Michael Jackson, 50 disahkan meninggal dunia di Hospital Los Angeles.
Innalillahiwainnailaihiraji’un…
Beliau akan diingati…
btw…terbaca headline kat Utusan Online. Mesti salah tulis ni. Sebelum dia betulkan, elok aku capture screen dulu…
MENINGGALKAN DUNIA??? pergi dunia mana lak?
Tiap-tiap minggu pada hari Sabtu aku akan pegi ke PJ Newtown melakukan kerja rutin aku. Dan kebelakangan ni tiap-tiap minggu tu bila aku lalu satu kawasan tu aku akan perasan bangkai motor tak jauh dari tempat yang aku selalu singgah tu. Tak silap aku dah lebih sebulan la motor ni tersadai kat ruang pejalan kaki tu. Apa ni PBT? Laju aje nak menyaman orang kalau letak kereta tak bayar tiket parking / letak kereta atas garisan putih…dahle tu dekat ngan HQ lak tu…tapi motor tu lak dok biar tercongok kat situ lelama bagi sakit mata memandang….Aphal???
Teka ajerlar PBT mana yang aku maksudkan ye. Ada je klu kat dalam gambar tu….
Fakta nombor 1
Tahukah anda. Semenjak blog ni dilancarkan pada 12/03/05 menggunakan Wordpress sebagai CMS, sebanyak 23 lagu telah dimuat naik ke hosting untuk didengarkan kepada pelawat-pelawat?
So mana nak cari lagu-lagu tu? Senang sahaja. Dibahagian search/cari (terletak dibahagian atas sebelah kanan page, betul-betul dibawah tajuk blog aku tu. Ala, senang citer yang ada magnifying lens/kanta pembesar tu la), sila letakkan keyword “audio“. Dan akan jumpalah segala entri-entri yang mengandungi fail audio untuk dimainkan tu. Tapi rasanyer result dia takler tepat 100% tapi Insya-Allah kebanyakan entri hasil carian tu memang akan ada mengandungi fail audio.
Bukannye direct jumpa terus fail tu yek. Sebenarnya ia terselit bersama entri kat dalam blog. Bertujuan untuk menghilangkan rasa sunyi-sepi semata-mata. Hehe…
Jadi kalu rajin sila lah teroka setiap entri lepas dah search tu yer…
Fakta-fakta yang lain akan menyusul selesai aku fikir apa lagi fakta-fakta yang ader…huhu
Hari nie hari Jumaat. Ape yang ade pada hari Jumaat nie? Semestinya la Solat Jumaat.
Ini yang aku tau serba sedikit mengenai orang yang meninggalkan Solat Jumaat ni. Walaupun mungkin tak berapa tepat untuk aku menaksirkannya tapi bunyi lebih kurang camni le :
“Barang sesiapa yang meninggalkan Solat Jumaat 3 kali berturut-turut dengan sengaja maka sesungguhnya dia telah keluar dari Islam“.
Kalau salah tolong betulkan ye.
So, fikir-fikir kan lah ye
Anyways, tadi aku mencuba satu aplikasi dalam Facebook. “My Arabic Name On Facebook”. Ada ke plak dia eja nama aku salah. “Alif” “Zai” “Meem” “Ain“. Sepatutnya “Ain” “Zai” “Meem” “Yaa“. Tak tepat, tak tepat
Takpe la. tak kesah mana pun…huhu.
Yang penting tinggal lebih kurang 1/2 jam sebelum kol 1. Masuk waktu solat pada pukul 1316 mengikut waktu solat Kuala Lumpur. Jadi siap sedia melakukan apa yang patut sebagai persediaan untuk Solat Jumaat ye
Aku berserta 2 orang rakan serumah berkeputusan untuk menjamu selera makan malam di village view yang terletak di Bangi pada hari Khamis 2 minggu lepas atas cadangan salah sorang rakan serumah aku gak. Lokasi nya terletak berdekatan dengan jalan besar gak tapi agak terselindung sikit kerana jalan yang seakan-akan menuruni bukit dan keadaan lorong menuju tempat masuk yang agak gelap. Ada gakla rasa ragu-ragu tu…huhu
Setibanya diperkarangan, kira boleh tahan la tempat letak kereta nya, agak banyak kereta berada kat kawasan tu menunjukkan ramai orang yang mengunjungi tempat ni.
Tempat nya bole tahan cantik gak la, berbelakangkan kawasan hutan kecil dan tempat masuk utama menyusuri satu jambatan yang mana dibawahnya ada kawasan kolam air yang penuh dengan ikan-ikan yang besar-besar dan gemuk-gemuk belaka. Tak lupa gak ada kawasan air pancut untuk menyerikan lagi suasana yang sedia ada.
Sampai je melalui pintu masuk dia, terus je aku pilih meja makan yang dekat dengan kawasan kolam tu…
Beralih ke menu makanan kitorang, member aku sume pilih untuk makan nasi goreng. Yang pada aku malam tu agak koman sangat dan agak jemu asek makan nasi je manjang, jadi pilih le untuk bersantap makanan barat lak.
Jadi aku pilih le Ayam Potong atau lebih dikenali sebagai Chicken Chop.
Layanan dia agak pantas gak le kerana tak sampai bape minit dah siap hidang dah. Sambil-sambil makan tu la kitorang menikmati suasana lanskap kat restoran tu. Yang menjadi tarikan utama adalah ikan-ikan kat dalam kolam tu. Bukan main berebut-rebut bila ada orang lontar secebis makanan kat ikan-ikan tu. Apa tuan kedai tak bagi makan pe…kesian kat depa (tapi ikan-ikan tu besar-besar sihat belaka)…huhu
Cite pasal makan, aku agak tak puas hati sket dengan penyediaan hidangan aku tu. Bole lak dia tak sediakan kuah/sos untuk dicicah chicken chop tu. So aku pun panggil la pelayan dia yang agak ramai (tapi susah benar nak panggil). Boleh lak pelayan tu balas memang takde kuah untuk chicken chop ni. Dalam hati…(what the?? nak makan camne kalau takde kuah? muak la!). Dan pelayan tu sambung lagi dengan berkata biasanya makan chicken chop dengan sos cili je (skali lagi dalam hati…what the?? pe nye style ni??). So aku pun tak cakap banyak, terus je mintak kat pelayan tu sediakan sos cili untuk aku. Kalu tak alamat terkeluar le balik ape yang aku makan sebelum tu…
Apa yang pasti itu tak menjejaskan lagi tanggapan aku mengenai restoran tu pasal ni baru pertama kali aku makan kat sana. Mungkin pelayan tu sendiri tak tau pasal penyediaan makanan tu. Jadi aku ingin mencuba menu yang lain pulak pada masa akan datang.








