Posts Tagged ‘smilies themer’

  • plugin smilies themer dan juga smilies themer toolbar

    16

    Sudah agak lama aku menggunakan plugin smilies dari Priyadi Iman Nur Cahyo yang membolehkan kita menggunakan smilies daripada Yahoo dan juga MSN. Seingat aku semenjak aku mula-mula install wordpress ni (sekitar 2005). Tapi sekarang, seperti juga wordpress yang telah melalui evolusi yang ketara dan menunjukkan banyak perubahan, maka banyak lah plugin baru yang lebih interaktif, menarik dan juga fleksible yang telah muncul, membuatkan aku telah beralih arah untuk bertukar ke plugin yang lain. Dan akhirnya aku telah menjumpai plugin ini…

    Plugin tersebut dikenali sebagai smilies themer, rekaan Ricardo Gonzalez. Seperti plugin milik priyadi, ianya juga membolehkan penggunaan simbol teks seperti “:” dan juga “)” , diterjemahkan menjadi seperti berikut, ” :) ” , yang juga lebih dikenali sebagai “smilies“. Tetapi uniknya plugin ini berbanding plugin yang sebelumnya, ialah ianya mengandungi beberapa variasi set “smilies” yang berlainan imej dan bentuk, yang membolehkan pengguna memilih dan menukar set “smilies“, mengikut citarasa sendiri. Dan yang menariknya lagi, pengguna sendiri juga boleh memuat naik set “smilies” pilihan mereka sendiri untuk ditambah ke senarai bersama set “smilies” yang lain.

    Dan satu lagi plugin yang amat bersesuaian dijalankan bersama “smilies themer” ini adalah “Smilies Themer Toolbar” milik Frasten. Fungsinya membolehkan pengunjung menggunakan “smilies” ketika hendak meletakkan komen. Dan plugin ini wajib dijalankan bersama plugin “smilies themer“. :D

    Untuk kemudahan bagi mereka yang berminat untuk menggunakan plugin ini, Smilies Themer boleh didapati di SINI manakala Smilies Themer Toolbar boleh didapati di SINI.

    Ditambah dengan kecanggihan wordpress versi 2.5 lagi, yang membolehkan pengguna menaiktaraf plugin mereka tanpa mengunjungi laman wordpress mahupun pereka plugin, segalanya menjadi amat mudah :)