2 minggu sudah…

aku telah menceburi bisnes…menanam anggur!!! memandangkan kontrak kat tempat kerja aku telah tamat. bukan disebabkan oleh syarikat tidak mahu menyambung lagi kontrak tu. tapi oleh kerana syarikat yang lagi besar yang telah memberikan kontrak kepada syarikat aku tidak dapat menyambungkan lagi kontraknya dengan kerajaan. jadi kesimpulannya sudah tidak disambung…so…sape yang menjadi mangsa keadaan disini? aku berserta lebih kurang 25 lagi rakan-rakan yang lain…alahai nasib…

baru ni untuk meraikan apa yang telah berlaku nie, aku dan beberapa rakan lain mengambil keputusan untuk menghilangkan rasa tekanan dengan bercuti-cuti makan angin di Port Dickson pada hari khamis dan jumaat lepas. walaupun cuti yang singkat tapi puas gak la…kalu boleh nak gi lagi…kalu masih tanam anggur lagi lar…huhu

nak tengok gambar-gambar tersebut, sila lah ke FB saya. malas nak upload kat server…hehe

apa-apa pun…rasa tak senang duduk gak la…bukan ape, pikir camne nak bayar perbelanjaan untuk bulan depan lak…stakat bulan ni leh la lagi nak cover…. :emotion:

happy birthday fadilah@manja

Apekah ini? Aku memakai topeng? Bukan ke tajuk pasal harijadi? Adakah ini costume party? Bukan…hehe Al-maklum la berkaitan ngan virus pendemik H1N1 ni. Lebih baik kita mencegah sebelum terkena…

Anyways…

Hari ni celebrate harijadi die (rujuk tajuk pos ni ye) yang ke 21 di tempat kerja aku…sempat le sambut sebelum puasa ni. Kepada sesape yang harijadi nye time puasa tu jangan risau, bukak puasa sesame nanti ye (ditujukan kepada bebudak geniusmind sahaja…huhu)

Cubaan menggunakan feature wordpress yang tak pernah aku try lagi…pemuat naikan video dan terus dilancarkan ke dalam pos… :D

Selebihnya sila lah ke facebook ambo… :D

hari ini hari Jumaat

Hari nie hari Jumaat. Ape yang ade pada hari Jumaat nie? Semestinya la Solat Jumaat. :evil:

Ini yang aku tau serba sedikit mengenai orang yang meninggalkan Solat Jumaat ni. Walaupun mungkin tak berapa tepat untuk aku menaksirkannya tapi bunyi lebih kurang camni le :

Barang sesiapa yang meninggalkan Solat Jumaat 3 kali berturut-turut dengan sengaja maka sesungguhnya dia telah keluar dari Islam“.

Kalau salah tolong betulkan ye.

So, fikir-fikir kan lah ye :eek:

Anyways, tadi aku mencuba satu aplikasi dalam Facebook. “My Arabic Name On Facebook”. Ada ke plak dia eja nama aku salah. “Alif” “Zai” “Meem” “Ain“. Sepatutnya “Ain” “Zai” “Meem” “Yaa“. Tak tepat, tak tepat :evil:

Takpe la. tak kesah mana pun…huhu. :) Yang penting tinggal lebih kurang 1/2 jam sebelum kol 1. Masuk waktu solat pada pukul 1316 mengikut waktu solat Kuala Lumpur. Jadi siap sedia melakukan apa yang patut sebagai persediaan untuk Solat Jumaat ye :D