100 camry setiap hari?

Korang tau kan pertandingan terkini dari Celcom iaitu 100 hari 100 kereta? (100 days 100 cars). Bermula 2 Jun lepas Celcom telah dengan “BERMURAH HATI” ingin memberikan sebuah kenderaan berjenama Toyota Camry (besh tu) setiap hari kepada sesiapa (pengguna Celcom sahaja) yang terpilih yang telah menyertai peraduan menjawab soalan yang secara keseluruhannya berkaitan dengan dunia hiburan berkonsepkan sistem pesanan ringkas (SMS). Dan ini berterusan selama 100 hari (mesti lar dah 100 Camry setiap hari maka 100 hari ler tempoh pertandingan ni) :D

 

Continue reading

Celcom Broadband sekarang!

Teka apa yang aku beli? Celcom Broadband! :D Beli semalam kat Celcom Bluecube di Menara PKNS Jalan Sultan PJ. Memula ingat nak beli yang pakej promo yang RM499, tapi setelah diberi penerangan oleh mamat & minah yang keje kat situ, aku pun beralih ke pakej yang RM1,299 nyer. Device jenama AT&T nyer…ader gak jenama lain cam Vodafone, murah sket…tapi biasaler…tak mengancam sangat. Sebab aku mintak pakej RM1k nyer tu, pasal pakej RM499 tu takder waranti, kalu rosak sendiri tanggung. Lagipun yang pakej RM1k tu bole support sampai 7mbps nyer connection.

Kotak packing style cam DVD Ori
 
Nampak kat belah tepi laptop?
 
Device brand AT&T
 

Tapi tu bukan sebab utama kenapa aku bertukar broadband nih. Sebenarnya aku tak lama lagi akan berpindah rumah, so takkan tinggal di area Serdang lagi dah. Mungkin akan berpindah ke area PJ, lagi dekat ngan bengkel bapak aku. Masih mencari lagi. Kalau sesapa yang nak jual rumah or ader member yang nak jual rumah kat area PJ diharap dapat bagitau aku yer…Bajet tak tinggi sangat lar…dlm RM150k bole lar…

So kesimpulannya akaun streamyx aku akan tutup. Dan akan tutup beberapa akaun yang lain gak cam astro, api & air. Banyak gak nak kene ubah info pasal sumer alamat surat-menyurat aku kat sini. :(

Berbalik kat Celcom Broadband ni. Speed bole ler tahan. Aku mintak pakej yg RM68 sebulan unlimited nyer. Speed dalam 384Kbps. Pasal nak usyar camner speed nyer dulu. Rasanyer tak lama lagi aku nak mintak upgrade yg speed 3.4Mbps nyer….(memang ader…tak caya tanyer mamat celcom kat Menara PKNS tu :P )