Posted by azmie on August 31st, 2008
Combo disini bermaksud Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke 51 dan juga pada masa yang sama, Salam Ramadhan 1429 Hijriah. Walaupun agak lambat atau secara tepatnye 7 jam 35 minit lambat untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan, tapi bagi aku tak semestinya nak menunggu tepat-tepat jam 12 semata-mata untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan…kan?
Hari ni aku kene keje…takpe, cari duitnye pasal…lagipun kalu cuti pun cam takde idea nak watpe pun, gerenti dok rumah sepanjang hari nye…jadi kesimpulannya lagi baik la keje…dapat le double arini
Salam Ramadhan juga buat semua Muslimin dan Muslimat…Tahun ni suasana Ramadhan memang berlainan untuk aku, menyambut puasa ditempat kerja yang berlainan. Biasanya sebelum ni dengan bapak aku aje. Terus-terang aku cakap aku risau gak le camner keadaan bapak aku nanti. Takut nanti nak sahur ape, nak buka ape…kira jaga gak le bab makan minum die. Tapi abang aku ada untuk menggantikan aku jadi dapat le kurangkan sket rasa risau aku… =(
Ape pun, aku nak kongsi satu mende kat sini…korang cuba ler sendiri…adakah ianya magik ataupun logik?
Klik link SINI ye
Posted by azmie on August 23rd, 2008
Jarang sangat aku online sejak dua menjak ni. Keje kat ofis memang slalu online internet pon pasal nak monitor website. Tapi memacam mende takleh nak wat nye!. Tensen! Sume kene block. Sampaikan nak bukak friendster pon takleh pasal diblock IP dier… :bloody:
Dah ler tu, punya ler lama aku nak tunggu akaun telepon ngan streamyx aku pindah dari alamat lama ke alamat baru nih. Baru Sabtu lepas depa mai nak pasang line tepon kat rumah aku. Padahal aku dah wat permohonan lebih kurang nak dekat sebulan yang sebelumnye. Pulak tu da pasang line, streamyx nyer tak pasang pon. Bila ditanya kata nye tatau, “mungkin minggu depan kot”. Hah takpe aku tunggu gak…skrg ni seminggu dah lepas pon masih takder citer lagi. Takkan nak aku call depa lagi tanya bila nak pasang.? Adoi letih tol la! Geram aku dibuatnyer! :choler:
Pada yang mintak jawapan utk contest exabytes tu, nanti aku bagi jawapannyer pasal mende tu tersimpan kat dalam laptop aku, yang jarang dibukak kerana tak dpt nak akses internet, yang sepatutnya mmg aku ada tapi aku terpaksa tunggu sampai sekarang dan masih menunggu lagi, pasal masih tak terpasang2 lagi! warghhh nak ngamuk ni! :o:
Posted by azmie on August 11th, 2008
Calling all jobseekers, please read the following:-
Pn.Aisah/ Pn. Aida
Kekosongan jawatan sebagai Customer Service Representative (CSR) bertempat di Taman Equine,Seri Kembangan.
Syarat2 Kelayakan:
Diploma ke atas
Boleh bekerja shift(7am-4pm, 4pm-1am)
Boleh bekerja berkumpulan,toleransi,berdisplin dan penyabar.
Gaji mengikut kelayakan dan pengalaman bekerja.
Sesiapa yang berminat, sila hantar resume ke admin@dsynergy.com
Posted by azmie on August 3rd, 2008
Untuk pengetahuan, LP8 tu merupakan nama kawasan tempat tinggal aku, singkatan kepada Lestari Perdana 8, Taman Lestari Perdana.
Seperti yang telah disebut dalam twitter aku tak lama dulu. Aku telah pun selesai berpindah 100% dan menduduki serta mendiami dirumah baru aku di Taman Lestari Perdana. Walaupun rumah ni aku sewa buat masa sekarang, tapi aku merancang untuk terus membeli rumah tu suatu masa nanti (RHA1 - Rancangan Hidup Azmie I). Tapi sebelum tu tunggu aku stabil dalam bidang kerja yang aku ceburi sekarang ni dulu. Maka aku telah menjadi secara rasmi warga Seri Kembangan (walau pun rumah lama aku tu pun alamat Seri Kembangan gak
)
Aku start pindah barang kecil-kecilan (gune kete aku ajele) sejak dari awal Julai lagi, mende yang paling utama aku bawak adalah komik kesayangan aku…hehe…itu ajele yang boleh muat dalam kete aku nyer pon…tak caye tengok gambar-gambar berikut:-
Banyak nostalgia terhadap rumah lama aku tu. Lebih-lebih lagi kenangan bersama arwah mak aku (Moga Allah cucuri rahmatnya). Mak aku le yang beriya-iya sangat nak duduk kat rumah tu sampai sanggup belanja abes duit dia semata-mata nak ubahsuai rumah tu.
Tapi akhirnya jual juga
So rasa terkilan tu ada gakle. Banyak sebab sebenarnya antaranya nak pakai duit nyer pasal. Satu lagi abah aku memang asek terkenang arwah mak bila berada dalam rumah tu. So terasa sayu le. Elok jual terus, kata sepakat kami bertiga, abah, abang dan aku. Haihh kalau mak aku ada sekarang ni mesti menjerit dia defend rumah tu. :o:
Proses pindah secara besar-besaran berlaku hari Ahad 20hb Julai lepas…angkut sume tak tinggal apa pun kecuali habuk ajele :((
Dan camniler rupa ruang tamu kat rumah yang baru. Rumah sememangnya lagi besar banding ngan rumah lama. Tapi masih banyak lagi yang tak terkemas nye. Mana naknye aku sorang je yang dok handle buat sume ni. Jadi slow-slow ajela kemasnye. Rumah yang aku duduki sekarang ni rumah 2 tingkat, ada 3 bilik air dan 4 bilik tidur. Satu bilik air & tidur dibahagian bawah dan 3 bilik tidur (1 bilik tidur utama) & 2 bilik air (satu di billik utama) dibahagian tingkat atas. Sewa nya? RM500 sahaja…berpatutan tak?
Posted by azmie on July 26th, 2008
Today I’m officially 27 years of age. Pretty old huh…What’s more that’s pathetic is…I’m still single…owh the sorrow….the horror… A friend said to me…”Not to worry…you’ll find the love of your life and get married at the age of 29″ Yeah right! That’s only 2 years from now!
Recent Comments