wat hal le lagi!

Aku la pe lagi. Sebulan dh x apdet blog ni. Tau tau je dah bulan 11 dah. Punye la cepat masa ni berlalu tak perasan. Ni tak lama lagi sampai la masa nak perah kocek aku lagi ni. Nak kene renew domain name ngan hosting. Waduhh…well itu la yang patut dipertimbangkan jika dah mempunyai hosting sendiri ni. Tapi jangan risau akan tetap aku sambung langganan aku hehe

Lepas citer balik kampung raye aritu, hmmm. Well ucapan selamat tinggal kepada kereta kebal itam aku tu. Aku dah serahkan kat abang aku untuk diserah milik kepada orang lain. Berlaku sejurus lepas aku sampai dari kampung kat bengkel bapak aku. So aku pakai kete pe sekarang? hehe. Takde gambo lagi, tapi yang aku dapat bagitau, ia lebih kurang bersaiz kecil berbanding kete lama aku dan berwarna oren. The orange thing le katakan :P.

Cite lain, dalam beberapa ketika gak le aku dah start kembali menggunakan PC, no more laptop mode always. Aku beli lengkap satu sistem dari LYN aritu, yang bagi aku kira berpatutan le (2nd hand ajer, malas nak beli baru). Bukan pe terasa tak dapat nak pi lebih ngan laptop aku tu. Dah ade PC ni leh main game berat2 sket nt. FYI aku baru belajar main DOTA ni kekeke. Takle terer sangat tapi lama2 nanti terer la tu….kuikuikui.

suasana raya 2008

Cuti raya aku kejap sahaja. Raya pertama petang tu aku dah balik KL dah pun. Lepas aje cuti raya aku da start keje balik dalam 3hb. Ape nak buat cume dapat cuti 1&2 hb aje. Tapi da cukup baik le ada cuti. Masa kat kampung haritu pun tak ramai lagi sedara-mara yang balik. Pendek kata cuma aku sorang aje yang balik. Mana nak nye tengah puasa lagi masa tu. Pastu dah petang tu kene gerak balik KL dah…hmmm takpe la janji dapat jenguk muka nenek aku da cukup. Masa pagi raya pertama tu ajela dapat jenguk sepupu-sepupu yang memang duduk kat sane, dan ada yang balik malam sebelum raya. So sempat le jumpa depa.

 

Ade sepupu aku sorang tu yang baru aje aku perasan, (belakang gambar aku tu) tak hengat baru sambar kete Honda sebijik. Al-maklum le business woman katakan. Jeles lak aku hehe

 

Ni le rumah nenek aku. Yang sentiasa aku akan pulang setiap raya. Insya-Allah lepas kerja baru aku ni, ingatkan nak kerapkan sket lagi balik kampung tu. Takder lar setakat raya aje baru nak balik kampung nye. Yang kete itam seblah tu mungkin tak lama lagi hanyalah tinggal kenangan (itu citer lain le pulak ye nanti :) )

Pagi lepas sembahyang raya tu ramai le keluarga belah nenek aku datang kunjung ke rumah, yang aku nak kata tak tahu langsung tu takder ler…tapi jarang sangat jumpe. Even arwah mak aku pun jarang sangat sebut pasal depa (jadi susah gak tu bila orang pun tak kenal kita anak sape…huhu)

 

Yang kat belah kiri tu yang duduk atas kerusi tu le nenek aku. :)

 

Penuh gak le ruang kat belah bawah rumah tu. Bahagian depan rumah tu aras dia lebih tinggi jadi agak panas so tak digemari sangat le kalu duduk kat atas tu. Lagipun yang datang pun sedara-mara jadi lebih baik le dok kat bawah pasal nenek aku pun tak larat nak naik ke atas.

 

Yang kat belakang belah dapur sana semuanya sepupu-sepupu perempuan. Jadi malas nak kesana takut kene gosip hehehe…kalu nak berkenalan bagitau ajer kat aku nanti, senang le aku nak pelangkung korang…hehe kidding :D

>>>to be continued…

salam aidilfitri

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menyambut hari kejayaan umat Islam berpuasa. Jadi disini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada sesiapa yang mengenali diri aku ni. Maafkan lah segala tersalah kata, terkasar bahasa, tersinggung rasa, dan halalkanlah segala makan minum aku ye. 0-0 antara kita :)

ikan makan kaki

Haha…ekceli bukan makan kaki…tapi makan sel-sel mati dikaki :D

Kelmarin aku gi Jusco Sri Kembangan ngan kawan aku teman die shopping untuk barang-barang raya die. Skali aku pun terlanjur beli baju ngan kasut raye :)
Read the rest of this entry »

your mobile info

Got this interesting piece of info from a friend of mine…

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile *#06# and the-international mobile equipment identity (IMEI) number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

 

 

1

2

3

4

5

6

7 th

8 th

9

10

11

12

13

14

15

Phone serial no.

x

x

x

x

x

x

?

?

x

x

x

x

x

x

x

 

IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health

I’ve checked mine (both N95 8GB & 6670) and one of them is very good quality and the other one is the best quality…yeay ;)