Aku ada jumpa satu artikel yang mengatakan bila kita minimize Firefox window ianya akan menyebabkan peningkatan dalam penggunaan memory. Dan setiap kali kita maximize dan minimize berulang-kali peningkatan itu akan kerap berlaku. Dan ini sememangnya benar kerana juga berlaku pada aku, bila aku minimize dan maximize kan Firefox, aku ada masa penggunaan memory akan meningkat adakala mencecah sampai 190K.

Dan ini mungkin ada kaitan dengan punca masalah Firefox aku yang sentiasa crash dan sebetulnya menyusahkan aku.

Dalam artikel tu juga ada menyebut tentang cara nak atasi masalah tersebut, seperti berikut:

1. Buka Firefox and taip about:config pada bahagian address bar kemudian tekan ENTER
2. Kemudian right-click dan pilih new -> boolean
3. Kemudian dalam kotak yang akan keluar, taip config.trim_on_minimize. dan tekan ENTER
4. Kemudian pilih True dan tekan ENTER
5. Tutup segala Firefox window yang anda buka dan restart kembali Firefox

Kesudahannya dapat disaksikan pada task manager anda, apabila window Firefox berada dalam keadaan maximized, penggunaan memory akan berada pada keadaan yang boleh dikatakan sentiasa meningkat (tapi tidak melampau) dan bila di minimize, ianya akan turun secara mendadak. Jadi tidak perlu risau akan penggunaan memory yang berlebihan.

Kredit kepada r9Studio diatas fix dan artikel tersebut.

~Selamat mencuba :-D

Bookmark:

  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • Technorati