apa sudah jadi?

Tahun baru ni, sumer website torrent yang femes2 da wat hal. Aku biasa download torrent dari tokyotosho (anime) dan Eztv (TV series) untuk citer yang latest. Dulu memang aku peminat setia Mininova. Boleh kata tiap-tiap hari la aku menjengah website tu untuk torrent2 yang terkini. Tapi memandangkan derang dah tak provide dah torrent2 untuk anime dan TV series maka terpaksa la beralih arah (aku rasa disebabkan oleh kes nak kene saman kot).

Tokyotosho pun ader mengalami gangguan beberapa kali dan kembali online tapi paling terkini aku check pagi tadi wat hal balik. Harap-harap sementara la problem dier tu. Kalu tak tatau la kat mana lagi nak cekau torrent2 anime ni. Bole ajer nak check tiap-tiap fansubs untuk torrent terbaru tapi banyak keje la. Kalu diikutkan dari list anime yang aku kumpul, memang banyak anime yang aku ske tonton. Tokyotosho ni la berfungsi sebagai penghimpun torrent2 anime yang terkini.

Lagi satu, Eztv lak. Aiyoo tak ingat aku dah bape lamer down ni. Biasanya kalu down pun jap ajer tapi ni da amek masa bape hari gak ler. Biasanya untuk TV series ni memang aku rely 100% kat Eztv pasal dier memang up-to-date dan kualiti torrent pun bagus. Antara citer yang feveret untuk TV series ni, Supernatural, Smallville, Heroes & Ugly Betty (dan ader yang lain, tak banyak tapi takder la nak wat list pn :p ).

Sesape yang ada sumber-sumber lain untuk download torrent (ataupun direct download, tak kisah la janji kualiti bagus, saiz lebih kurang 350mb), sila la bagitau ye :worried:

new year @ muar, johor – part 2

Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi satay. Mesti herankan nape pagi-pagi makan satay ni? Orang biasa makan satay ni malam-malam. Actually kat sini memang dah biasa sarapan dengan satay. Tak caya tanya je sape-sape orang Johor especially yang dok kat Muar ni. :)

Plan pada hari ni adalah untuk mandi sungai di Gunung Ledang. Kitorang (aku, hafiz, ekin tunang dier, dan muz sepupu) disertai sekali dengan adik-beradik hafiz yang lain.

 

Continue reading

new year @ muar, johor – part 1

Tahun 2010 dimulakan dengan pengembaraan aku ke Johor atau lebih tepat lagi di Muar pada 1 & 2hb yang lepas. Rancangannya adalah untuk menolong member yang juga housemate untuk menghantar motor dia balik ke kampung pasal (oleh kerana sudah berkereta – MyVi premium…jeles). Dan tugas aku… tolong pandukan kereta baru dia tu..hehe. Disertai sekali bersama dengan sepupu dan tunang dia. Ini juga merupakan pertama kali aku pergi ke Johor. :) Continue reading