• kenderaan pengangkutan

     

    Buat masa ni, ini merupakan kenderaan pengangkutan utama aku untuk pergi dan balik kerja ataupun berjalan kemana-mana yang aku suka. Kereta “old school” ataupun OTAI ni merupakan kereta jenama FORD model Escort Ghia. Walaupun mempunyai 4 gear dan gear reverse yang terletak bersebelahan dengan gear 1, kereta ni agak power la jugak.

    Cukup cerita pasal kereta ni, ke mana perginya kereta yang biasa aku guna? Neo? Dah lama tak guna daa kereta tu. Kenapa? Takmo cerita. Yang dah lepas biarkanlah sahaja lepas dan berlalu…Hehe…Dah, kembali kepada kereta Proton Saga ataupun model yang sering dipanggil Saga LMST / Saga 2 / Robocop / Kereta Kebal. Susah senang aku dengan kereta tu la juga akhirnya. My precious!

    Jadi kemanakah perginya kereta itu? Anggaplah aku telah pun menghantar kereta tersebut untuk di “upgrade” :)

    Terlanjur aku telah menukar transpot aku buat sementara ni. Aku ada tangkap gambar kereta-kereta pelanggan yang singgah kat bengkel bapak aku semalam. FYI, semuanya jenama Datsun / Nissan…Dan semua leh kata laju-laju gak le kalau jumpa atas jalan…

     
     
     
     
     
     

    Cuma ni satu je yang lain. Model FIAT 131 Racing 8)

     

    Owh ye dan gambar-gambar ni ditangkap menggunakan handphone n95 aku, jika ada yang bertanya…hehe

    :D

    Tags: , , , , , , , , , ,

7 Comments


  1. wan says:

    lawa ford escort tu.bengkel tu dimana? boleh la hantar ford escort nanti.

  2. azmie says:

    bengkel kat petaling jaya…taman medan…nak tau lanjut tepon 03-77858985

  3. wan says:

    ok nanti sy call..tinggal di lestari perdana ke? sy tinggal di taman equine.dkat je tu

  4. hafiz says:

    salam bro..sy nak tanya bengkel ni kepunyaan abg Ramli?terima kasih

  5. azmie says:

    Yup. Beliau adalah bapa saya… :)

  6. hakim says:

    Salam nk ty sume jenis ford boleh repair x..sy py kereta ford lynx thun 2000..,,boleh anta repair x

  7. azmie says:

    Nk repair pe tu?

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p