• new year @ muar, johor – part 1

    Tahun 2010 dimulakan dengan pengembaraan aku ke Johor atau lebih tepat lagi di Muar pada 1 & 2hb yang lepas. Rancangannya adalah untuk menolong member yang juga housemate untuk menghantar motor dia balik ke kampung pasal (oleh kerana sudah berkereta – MyVi premium…jeles). Dan tugas aku… tolong pandukan kereta baru dia tu..hehe. Disertai sekali bersama dengan sepupu dan tunang dia. Ini juga merupakan pertama kali aku pergi ke Johor. :)

    Perjalanan tak le mengambil masa yang lama sangat (walaupun aku bawak agak slow dlm 80 je oleh kerana kereta masih baru lagi…takmau tekan lebih-lebih selagi belum season) memandangkan menggunakan lebuhraya PLUS. Kitorang sampai sana dalam tengahari.

    Sampai sahaja disana kami disambut mesra oleh keluarga member aku…Family 7 beranak yang besh! :-*

     

    Petang tu plan untuk makan malam bersama seluruh family member aku tu di Sabak Awor. Tempat tu memang femes ngan makanan laut berlatar belakangkan pemandangan sungai Muar. Kitorang pergi awal untuk buat tempahan dulu pasal kalu datang lambat nanti gerenti sesak ramai orang.

    Lepas siap je buat tempahan kitorang ke Tanjung Ketapang untuk berjalan-jalan makan angin sambil menunggu masa untuk makan malam lebih kurang pukul 8 malam nanti. Apa ada kat sana ye? Sila perhatikan gambar berikut:

     

    Ya…banyak kera kat situ tau…haha

     

    Pengunjung-pengunjung yang datang akan bagi kera-kera tu makan. Namun begitu kitorang bawak diri memasing jer…takder makanan untuk diberi…hehe Kitorang pun tak lama kat situ. Boring gak asek tengok aksi kera jer…hehe.

     

    Kemudian gerak ke bahagian lagi satu Tanjung Ketapang. Kat sini leh nampak dengan jelas pemandangan Sungai Muar yang agak luas. Masa kitorang sampai tu air sungai tengah surut so nampak le permukaan cam lumpur kat tebing sungai tu.

     
     
     
     

    Sekejap je masa berjalan dah pun masuk Maghrib, so kitorang gerak terus ke Sabak Awor untuk makan malam dan solat Maghrib terlebih dahulu kat surau sane. Dah makan angin, makan malam lak…makan ajer…hehehe

     
     
     

    Selesai makan…masing-masing perut memboyot…kenyang giler…Alhamdulillah…Sebelom balik tu kitorang naik ke menara tinjau yang terletak dalam medan makan tu gak tapi memandangkan hari dah malam, satu haram per pun tak nampak so singgah jap ajerlar. Alangkah bagus nyer kalu ader DSLR time tu… :worried:

    Kemudian kitorang gerak ke bazaar jalan-jalan tengok pe yang ada. Banyak gak barang-barang besh yang dijual tapi memandangkan bajet yang terhad so tengok aje lar. Aku cuma beli karpet dan souvenir yang gantung kat dalam kete tu je… :p

    Selesai hari pertama perjalanan ke Johor…

    To Be Continued… :)

    Tags: , , , , , , , ,

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p