mengarut

 

Sesape yang keje di Maybank or sesape la yang tau pasal mende ni boleh bagitau kat aku kenapa boleh jadi camni dan camne fungsi pengenaan caj 50 sen ni? Aku taula aku dah buat lebih daripada 4 pengeluaran dari ATM dalam 1 bulan tapi bila da start caj 50 sen setiap kali aku buat pengeluaran…cam dah naik lemak ler plak! Aku ingatkan caj 50 sen tu skali aje. :!:

pixelpost & putrajaya

 

Aku baru install pixelpost (tak baru gakle…dah lamer cumer tak announce jer). Ini juga berlanjutan dengan pembelian D40 aku (D40 merupakan model kamera untuk Nikon). Mula berjinak-jinak dalam dunia DSLR (Digital Single Lens Reflex) ni. BTW, SLR ataupun DSLR? Aku dengar orang kata ada perbezaan. Tapi bagi aku bezanya adalah antara digital ataupun tidak. Sesape yang lebih tahu boleh tolong jelaskan?

Aku telah pergi ke PICC Putrajaya (presint 5) pada Ahad lepas untuk cubaan photo shoot yang pertama disamping bersiar-siar dan berpiknik dengan rakan serumah sewa dan tunang member aku. Lepas tu lepak sekejap di jambatan berbekalkan pemandangan masjid putra disebelah kiri dan masjid besi disebelah kanan. Dipersilakanlah untuk menjenguk dan memberi komen (jangan terlampau keras sangat ye…saya budak baru belajar) di laman pixelpost aku. Kalau nak tengok kat tempat lain pun boleh juga. Layari di SINI.

kenderaan pengangkutan

 

Buat masa ni, ini merupakan kenderaan pengangkutan utama aku untuk pergi dan balik kerja ataupun berjalan kemana-mana yang aku suka. Kereta “old school” ataupun OTAI ni merupakan kereta jenama FORD model Escort Ghia. Walaupun mempunyai 4 gear dan gear reverse yang terletak bersebelahan dengan gear 1, kereta ni agak power la jugak.

Cukup cerita pasal kereta ni, ke mana perginya kereta yang biasa aku guna? Neo? Dah lama tak guna daa kereta tu. Kenapa? Takmo cerita. Yang dah lepas biarkanlah sahaja lepas dan berlalu…Hehe…Dah, kembali kepada kereta Proton Saga ataupun model yang sering dipanggil Saga LMST / Saga 2 / Robocop / Kereta Kebal. Susah senang aku dengan kereta tu la juga akhirnya. My precious!

Jadi kemanakah perginya kereta itu? Anggaplah aku telah pun menghantar kereta tersebut untuk di “upgrade” :)

Terlanjur aku telah menukar transpot aku buat sementara ni. Aku ada tangkap gambar kereta-kereta pelanggan yang singgah kat bengkel bapak aku semalam. FYI, semuanya jenama Datsun / Nissan…Dan semua leh kata laju-laju gak le kalau jumpa atas jalan…

 
 
 
 
 
 

Cuma ni satu je yang lain. Model FIAT 131 Racing 8)

 

Owh ye dan gambar-gambar ni ditangkap menggunakan handphone n95 aku, jika ada yang bertanya…hehe

:D