• JJCM – Village View

    Aku berserta 2 orang rakan serumah berkeputusan untuk menjamu selera makan malam di village view yang terletak di Bangi pada hari Khamis 2 minggu lepas atas cadangan salah sorang rakan serumah aku gak. Lokasi nya terletak berdekatan dengan jalan besar gak tapi agak terselindung sikit kerana jalan yang seakan-akan menuruni bukit dan keadaan lorong menuju tempat masuk yang agak gelap. Ada gakla rasa ragu-ragu tu…huhu

     

    Setibanya diperkarangan, kira boleh tahan la tempat letak kereta nya, agak banyak kereta berada kat kawasan tu menunjukkan ramai orang yang mengunjungi tempat ni.

    Tempat nya bole tahan cantik gak la, berbelakangkan kawasan hutan kecil dan tempat masuk utama menyusuri satu jambatan yang mana dibawahnya ada kawasan kolam air yang penuh dengan ikan-ikan yang besar-besar dan gemuk-gemuk belaka. Tak lupa gak ada kawasan air pancut untuk menyerikan lagi suasana yang sedia ada.

     
     

    Sampai je melalui pintu masuk dia, terus je aku pilih meja makan yang dekat dengan kawasan kolam tu… :D

    Beralih ke menu makanan kitorang, member aku sume pilih untuk makan nasi goreng. Yang pada aku malam tu agak koman sangat dan agak jemu asek makan nasi je manjang, jadi pilih le untuk bersantap makanan barat lak.

     
     

    Jadi aku pilih le Ayam Potong atau lebih dikenali sebagai Chicken Chop. :wink: Layanan dia agak pantas gak le kerana tak sampai bape minit dah siap hidang dah. Sambil-sambil makan tu la kitorang menikmati suasana lanskap kat restoran tu. Yang menjadi tarikan utama adalah ikan-ikan kat dalam kolam tu. Bukan main berebut-rebut bila ada orang lontar secebis makanan kat ikan-ikan tu. Apa tuan kedai tak bagi makan pe…kesian kat depa (tapi ikan-ikan tu besar-besar sihat belaka)…huhu

    Cite pasal makan, aku agak tak puas hati sket dengan penyediaan hidangan aku tu. Bole lak dia tak sediakan kuah/sos untuk dicicah chicken chop tu. So aku pun panggil la pelayan dia yang agak ramai (tapi susah benar nak panggil). Boleh lak pelayan tu balas memang takde kuah untuk chicken chop ni. Dalam hati…(what the?? nak makan camne kalau takde kuah? muak la!). Dan pelayan tu sambung lagi dengan berkata biasanya makan chicken chop dengan sos cili je (skali lagi dalam hati…what the?? pe nye style ni??). So aku pun tak cakap banyak, terus je mintak kat pelayan tu sediakan sos cili untuk aku. Kalu tak alamat terkeluar le balik ape yang aku makan sebelum tu…

    Apa yang pasti itu tak menjejaskan lagi tanggapan aku mengenai restoran tu pasal ni baru pertama kali aku makan kat sana. Mungkin pelayan tu sendiri tak tau pasal penyediaan makanan tu. Jadi aku ingin mencuba menu yang lain pulak pada masa akan datang. :D

    Tags: , , , , , ,

6 Comments


  1. Khai says:

    Dah dua kali pernah makan sini.. orang mmg sentiasa ramai even cam agak tersorok.. hehehe..

    Layan semua bagus.. tapi sometime ada gak pekerja yg kerek.. rasa nak lempang pun ada..

    Makanan dia kira ok ok je la.. xde la sedap mana sampai tiap kali nak makan, mesti rasa mau datang situ… hehehhe

  2. azmie says:

    owh ye ke…a’a ader gak yg kerek…so malam tu pn aku panggil le pelayan tu ngan penuh kerek gak…hehe

    lenkali kite set pi dinner kat sane k? :evil:

  3. Z3MMs says:

    dulu aku slalu gak datang sini lepak utk minum2 sambil makan sket2 tu..
    tpt mmg cantik sesuai utk lepak.. tp cam ko kata.. makanan so-so la.. :D

  4. azmie says:

    yup yup…nostalgia bagi ko kan? hehe jgn mare :p

  5. Abah says:

    Sebenarnyer kan…. maner gambar makanan itu?????????????? ni marah ni.

    Scroll, scroll…gambar makanan tader. Kecewa.

    Warf.

  6. azmie says:

    nak tgkp gambar da…tp da tinggal sisa-sisa jer…huhu

Trackbacks/Pingbacks

  1. 2009…sum it all up - azmie (dot) net

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p