• new year @ genting

    1/1/09 disambut buat pertama kali nya sepanjang umur hidup aku, di Genting Highlands. Well bukan aku sorang, tapi bersama 2 orang lagi rakan-rakan merangkap budak sewa rumah aku. Jalan citer sebenarnya, member aku yang agak lama tak dihubungi telah berborak dengan aku menerusi YM. Al kisah dimaklumkan ler kepada aku mengenai satu konvoi ni yang dianjurkan oleh member aku bersama kawan-kawannya dimana konvoi itu akan disertai oleh sekumpulan kereta-kereta mewah dan juga sport, yang mana akan beramai-ramai memporak perandakan Genting.

    Setelah berfikir 2-3 kali maka aku pun menerima pelawaan itu, terasa ingin gak dalam hati tu nak tengok kereta-kereta sport dan mewah dengan mata kepala sendiri disamping agenda lain aku untuk merasai bagaimana suasana kat sana :)

     


    Kami berjumpa di Stesen BHP selepas tol karak dimana disitulah bermulanya konvoi tersebut. Dari jauh dah boleh nampak betapa sesaknya stesen tersebut dipenuhi oleh manusia-manusia dan juga kereta-kereta dan motor-motor…Walau bagaimanapun kumpulan motor tersebut tidak sekepala cuma kebetulan berada di stesen tersebut dimana tujuan mereka pun sama ngan group kami…iaitu kasi havoc Genting :D

     
     
     

    Terasa teruja dihati apabila cuaca semakin lama menjadi semakin sejuk dalam perjalanan naik ke atas tu. Sori la takder gambar diambil masa pendakian menggunakan kereta tu, teruja sampai tak terambil pun gambar…hehe. Dah sampai diatas kami semua berkumpul di tempat letak kereta dibahagian belakang Hotel First World. Pada mulanya agak sukar mencari tempat tersebut dimana kami terpaksa bertawaf lebih kurang 3 kali sekeliling kawasan tersebut hingga akhirnya dapat juga menjumpai kawasan tersebut. Al maklum la tersorok sedikit…

     

    Akhirnya jumpa juga tempat berkumpul tu. Sampai aje kereta-kereta mewah & sport dah pun tersusun atur. Memang tertanya-tanya dihati bagaimana pemilik kereta yang pada aku kebanyakannya agak muda boleh memiliki harta sebegini. Ada yang sempat aku tanya, umur nye baru 23 tahun (omg muda 4 tahun dari aku tuu!) dah pun memiliki sebuah kereta mewah. Tapi aku perasan dari cara mereka komunikasi ni…semua nya agak-agak happy go lucky sket…memiliki sifat ceria yang pada aku semacam le gak…terus aku buat kesimpulan yang mereka ni mungkin dari satu organisasi berkonsepkan MLM…iyerlar seperti yang terpampang dalam media, bagaimana anak-anak muda boleh memiliki kenderaan & juga rumah kediaman yang besar-besar belaka…

    Tapi bagi aku, aku memang tak sesuai dengan cara sebegini…been there, done that…therefore…not for me hehe. Tapi kami tak kisah dan tetap menyertai untuk memeriahkan acara tersebut dan juga mencari kenalan baru. Memang seronok berkenalan dengan mereka…ada yang peramah dan ada juga yang agak dingin (tapi bukan pemilik kereta, sebaliknya awek-awek yang mereka bawak…tak sedar diri kan? tapi hanya segelintir sahaja…hehe :wink: )

     
     
     
     

    Dalam pertengahan acara tu kami singgah sebentar untuk solat Zohor di surau berdekatan. Terletak di belakang bangunan Balai Polis sebelum pintu masuk ke Hotel First World. Terasa seronok juga la keadaan semasa berada di sana. Seolah-olah nak hujan… 8)

     

    Selepas selesai solat kami kembali ke acara tersebut tetapi sudahpun berada di penghujung. Niat dihati asalnya hendak singgah di Theme Park tapi apakan daya pada masa tersebut terlampau ramai pengunjung memandangkan hari cuti am. Tempat parking kereta juga penuh dan kami juga tidak mendapat diskaun 30% memandangkan terlampau ramai peserta dalam konvoi kami. Jadi kami (aku dan juga member yang ikut) pun membuat keputusan untuk bersiar-siar sebentar disekeliling sambil mengambil gambar kenangan kemudian menuju pulang ke rumah…

    Kesimpulannya, pasni kalau nak pegi Genting, gi hari biasa je…pakat ramai-ramai naik bas aje naik ke sana baru le puas leh bersiar-siar kat Theme Park tu… :o

    tehehehe…

    [spoiler]

     

    [/spoiler]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

11 Comments


  1. Fahmishah says:

    aku x pernah pg genting. jom pakat gi sane ngan blogger2

  2. Kyoshiro says:

    aku ade gak, aku skali ngan kete veyron bugatti.. :D
    hoho..
    anyway, perenggan ke-4 tu ko nek kete fairlady biru tu ke?

  3. Hepan says:

    Aku pun tak penah pegi Genting :P
    Lawa clamp kat hood kete ko tu. Dah start modify ke NEO tu, wah wah aku standard gaban lagi even lepas pakai 2 tahun. haha.

    p/s – peh macho gamba last tu. Hahaha. Tak prasan memula.

  4. gi genting mmg elok la time2 orang kerja.. amik cuti sket.. kalo tahun baru tu, dah tentu2 la ramai orang.. hehe..

    tapi bro, why genting.. why… ehehehe..

    * bila aku nak ada kete ni :(

  5. azmie says:

    Fahmishah on January 5, 2009 at 2:02 pm said:

    aku x pernah pg genting. jom pakat gi sane ngan blogger2

    ok gak tu…sape yg nak organize nt ni?

    Kyoshiro on January 5, 2009 at 6:38 pm said:

    aku ade gak, aku skali ngan kete veyron bugatti.. :D
    hoho..
    anyway, perenggan ke-4 tu ko nek kete fairlady biru tu ke?

    erk ko ade kat sane ke time tu?

    hehe x dpt nak merasa pn… :P

    Hepan on January 5, 2009 at 10:47 pm said:

    Aku pun tak penah pegi Genting :P
    Lawa clamp kat hood kete ko tu. Dah start modify ke NEO tu, wah wah aku standard gaban lagi even lepas pakai 2 tahun. haha.

    p/s – peh macho gamba last tu. Hahaha. Tak prasan memula.

    aku amek mmg dah ader dh pn…kekeke

    perasan gak gambar last tu ye? kekeke :wink:

    Gadis Lonely? on January 6, 2009 at 3:15 am said:

    gi genting mmg elok la time2 orang kerja.. amik cuti sket.. kalo tahun baru tu, dah tentu2 la ramai orang.. hehe..

    tapi bro, why genting.. why… ehehehe..

    * bila aku nak ada kete ni :(

    nape? ade ape ngan genting? hehe

    itule, lenkali nak gi time hari biasa je le… :)

  6. che-mie says:

    kalau nak p genting jgn lupa habaq chek sama

  7. adib. says:

    spoiler tu best…hehhee…posing baik punya.. :P

  8. aman says:

    sama cam Fahmi, aku pun belum smpai kat Genting lagi….huhu :(

  9. ejon says:

    aku baru first time naik genting akhir december lepas,

    mula igt mcm jauh je. tp dekat je rupanya. siap pegi 3 kali lagi dalam bulan januari, bukannya pegi naik main2 tp sekadar nak rasa sejuk.

    best2. jom2 blogger skalian kita gentin!

  10. adib. says:

    nih laa aku duk rasa depa nih ada bt MLM yg nama LUXOR..aku ada dgr..tp tak minat nk join..sgt2 tak minat..

  11. DEV says:

    HI,BRO AKU NAK TYANYE CKIT.AKU ADA JUPA GENG NI KAT PENANG,BOLEHKAH PERCAYA DEPA NIE,DEPA SURUH AKU DEPOSIT, 13450 DALAM AKAUN PAS TU AKU DIJANJI AKAN DAPAT KEUNTUNGAN LUMAYAN.TAP AKU TAK SERATI LAGI

Trackbacks/Pingbacks

  1. 2009…sum it all up - azmie (dot) net

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p