new year @ genting

1/1/09 disambut buat pertama kali nya sepanjang umur hidup aku, di Genting Highlands. Well bukan aku sorang, tapi bersama 2 orang lagi rakan-rakan merangkap budak sewa rumah aku. Jalan citer sebenarnya, member aku yang agak lama tak dihubungi telah berborak dengan aku menerusi YM. Al kisah dimaklumkan ler kepada aku mengenai satu konvoi ni yang dianjurkan oleh member aku bersama kawan-kawannya dimana konvoi itu akan disertai oleh sekumpulan kereta-kereta mewah dan juga sport, yang mana akan beramai-ramai memporak perandakan Genting.

Setelah berfikir 2-3 kali maka aku pun menerima pelawaan itu, terasa ingin gak dalam hati tu nak tengok kereta-kereta sport dan mewah dengan mata kepala sendiri disamping agenda lain aku untuk merasai bagaimana suasana kat sana :)

 

Continue reading