Cuti raya aku kejap sahaja. Raya pertama petang tu aku dah balik KL dah pun. Lepas aje cuti raya aku da start keje balik dalam 3hb. Ape nak buat cume dapat cuti 1&2 hb aje. Tapi da cukup baik le ada cuti. Masa kat kampung haritu pun tak ramai lagi sedara-mara yang balik. Pendek kata cuma aku sorang aje yang balik. Mana nak nye tengah puasa lagi masa tu. Pastu dah petang tu kene gerak balik KL dah…hmmm takpe la janji dapat jenguk muka nenek aku da cukup. Masa pagi raya pertama tu ajela dapat jenguk sepupu-sepupu yang memang duduk kat sane, dan ada yang balik malam sebelum raya. So sempat le jumpa depa.

 

Ade sepupu aku sorang tu yang baru aje aku perasan, (belakang gambar aku tu) tak hengat baru sambar kete Honda sebijik. Al-maklum le business woman katakan. Jeles lak aku hehe

 

Ni le rumah nenek aku. Yang sentiasa aku akan pulang setiap raya. Insya-Allah lepas kerja baru aku ni, ingatkan nak kerapkan sket lagi balik kampung tu. Takder lar setakat raya aje baru nak balik kampung nye. Yang kete itam seblah tu mungkin tak lama lagi hanyalah tinggal kenangan (itu citer lain le pulak ye nanti :) )

Pagi lepas sembahyang raya tu ramai le keluarga belah nenek aku datang kunjung ke rumah, yang aku nak kata tak tahu langsung tu takder ler…tapi jarang sangat jumpe. Even arwah mak aku pun jarang sangat sebut pasal depa (jadi susah gak tu bila orang pun tak kenal kita anak sape…huhu)

 

Yang kat belah kiri tu yang duduk atas kerusi tu le nenek aku. :)

 

Penuh gak le ruang kat belah bawah rumah tu. Bahagian depan rumah tu aras dia lebih tinggi jadi agak panas so tak digemari sangat le kalu duduk kat atas tu. Lagipun yang datang pun sedara-mara jadi lebih baik le dok kat bawah pasal nenek aku pun tak larat nak naik ke atas.

 

Yang kat belakang belah dapur sana semuanya sepupu-sepupu perempuan. Jadi malas nak kesana takut kene gosip hehehe…kalu nak berkenalan bagitau ajer kat aku nanti, senang le aku nak pelangkung korang…hehe kidding :D

>>>to be continued…