Haha…ekceli bukan makan kaki…tapi makan sel-sel mati dikaki
Kelmarin aku gi Jusco Sri Kembangan ngan kawan aku teman die shopping untuk barang-barang raya die. Skali aku pun terlanjur beli baju ngan kasut raye
Tapi sebelum tu gi usyar satu tempat rawatan ni. Ala korang tau kan rawatan yang gune ikan tu. Dimana ikan-ikan tersebut akan makan sel-sel mati yang terdapat kat kaki. Dan seperti mana korang tau kan yang kebanyakan toksin dari badan semua terkumpul kat bahagian kaki kita. So rawatan ni kira amat ler bersesuaian. Kosnya tak mahal mana, RM5 untuk 10 minit sahaja. Maklumat selanjutnya mengenai rawatan ni korang boleh tengok dalam imej dibawah berikut:
Memandangkan pada masa tu tak ramai orang langsung, maka aku kemudian diikuti kawan aku pun buat keputusan untuk cuba rawatan tu.
Sekali aku masuk jer kaki terus jer ikan-ikan tu kerumun cam kelaparan ler sangat. Memula tu takut ler gak kot-kot cam ikan piranha nak sambar daging…hehe. Tapi beranikan diri gak ler
Memula tu rasa geli ler plak skali banyak ikan hinggap kat kaki aku. Takder rasa sakit pun, cam kaki ko rasa kene sentuh ajer…
Lepas tu terus je aku mintak tambah lagi 10 minit pasal rasa besh ngan geli lak bila kaki dijamah oleh ikan-ikan tu…hehe
Manakala kawan aku lak meneruskan ngan shopping dia sementara menunggu aku selesai ngan rawatan aku tu. Dan selepas tu ler baru aku terlanjur beli 2 pasang baju raya jenama Alain Delon ngan kasut raya Dr.Cardin. Sorry takder gambar untuk barang-barang yang aku beli tu
Aku ader rekod skali video masa buat rawatan tu. Kalau korang nak tengok dipersilakan le download ye. Tak besar 50MB jer…hehe






























September 25th, 2008 at 11:26 pm [ Quote ]
Nak try nak try!
September 26th, 2008 at 4:07 pm [ Quote ]
meh ler sini…biasa gi sri kembangan tak?
September 27th, 2008 at 4:36 pm [ Quote ]
tak sangka ko letak gmbr aku..malu ar
September 27th, 2008 at 5:15 pm [ Quote ]
heh malu kunun…
September 29th, 2008 at 12:16 pm [ Quote ]
ohh, nama dia Yat eh?
Jusco Sri Kembangan memang tak ramai org… bolehlah nak wat ikan makan kaki ni… last week aku pergi tak perasan pulak ada benda ni…
October 2nd, 2008 at 9:29 am [ Quote ]
nape nak berkenalan ker? dier dah berpunya ler…hehe
mende ni dah lamer kat jusco tu ler…agak2 rasa nyer dari sebelum pose lagi dah ader…
October 7th, 2008 at 7:43 am [ Quote ]
hmm.. x sangka ada juga kenangan bersama yatie…
best ke hah..
tengak ikan dia macam sikit ah!!!