Aku rasa korang semua sudah sedia maklum akan pembekal hosting website aku iaitu Exabytes. Terkini Exabytes ada menganjurkan satu pertandingan dimana pemenangnya bakal memiliki sebuah Macbook Air. Namanya Exabytes ” I Want a MacBook Air ” Contest. Menarik sungguh hadiah tu. Aku pun boleh dikatakan mengambil bahagian juga didalam pertandingan ni. ;)

Kalau tak tau apa kebenda menatang tu, sila la dengan segala hormatnya rujuk di laman INI. Apa yang aku respek kat pihak Exabytes ni la, ialah mereka ni memang tak jemu menganjurkan pertandingan-pertandingan yang menawarkan hadiah dan ganjaran yang menarik. Yang istimewanya, seperti yang aku selalu juga beritahu sebelum ni, pertandingan ni juga terbuka kepada pihak luar!. Dalam erti kata yang lain, yang bukan pelanggan juga boleh menyertai pertandingan ni. Memang menarik, kan? :)

Tak percaya? Taip saja keyword “Exabytes” kat dalam ruangan “search” aku dibahagian atas laman ni. Dan korang akan jumpa beberapa keputusan yang berkaitan. Dan juga korang boleh merujuk kepada beberapa kroni aku yang juga ada menyertai pertandingan-pertandingan yang pernah dianjurkan.

Berbalik kepada pertandingan Exabytes yang terbaru ni, secara terperincinya, Exabytes bakal melancarkan laman web terbarunya tak lama lagi. Sehubungan dengan itu 100 peserta diberi peluang khas untuk pra-tonton laman web baru tersebut dan memberikan pandangan ikhlas mereka terhadap laman web baru tersebut. Sebagai permulaan peserta dikehendaki mendaftar terlebih dahulu supaya pihak Exabytes akan melakukan tindakan susulan melalui email dengan memberikan “akses khas” kepada laman web baru tersebut. Kemudian peserta dikehendaki menulis entri di blog mereka mengenai pandangan mereka terhadap paparan terbaru laman web Exabytes dan dengan syarat meletakkan pautan (link) laman web rasmi Exabytes didalam entri mereka. Pemenang dipilih berdasarkan keputusan hakim dan juga bergantung kepada jumlah trafik ke laman web peserta. Jika ada yang berminat untuk menyertai, sila lah ke laman INI ya :)

Penerangan mengenai pertandingan sudah selesai, maka pandangan aku terhadap laman baru ni pun menyusul. Secara keseluruhannya, aku berpendapat paparan terbaru kali ni adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Walaupun akses yang diberikan hanya terhad kepada beberapa bahagian sahaja, tapi dengan konsep berwarnakan biru dan putih, dan rekaan grafik dan ikon yang begitu ranggi, menarik dan mudah difahami, walapun agak ringkas tetapi pada aku jelas melambangkan kekemasan. Tidak perlu menggunakan grafik yang begitu ketara yang menyebabkan proses memuat turun paparan sesuatu laman menjadi lembab. Satu lagi perubahan yang nyata dimana jika sebelumnya paparannya lebih menjurus kepada bahagian kiri laman, mendedahkan banyak kawasan kosong dibahagian kanan laman. Tetapi kali ini ia telah diubah kepada bahagian pertengahan laman membuatkan ia lebih kemas dan menunjukkan keseimbangan yang rata. ;)

Dari segi penerangan terhadap sesuatu produk. Aku dapati ianya agak jelas dan mudah difahami, contohnya dibahagian Xstudent Hosting, yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar lepasan kolej ataupun universiti, dimana cara untuk melanggan amatlah mudah berkonsepkan “online shopping cart” dimana mereka hanya perlu mengisi nama “domain” pilihan, jenis “extension” pilihan dan kemudian klik pada butang “add to cart“. Cukup ringkas dan mudah. 8)

Aku rasa itu sahaja pendapat yang boleh aku bagi. Walaupun ringkas, tetapi secara kesimpulannya, laman terbaru ni berbaloi menggantikan yang lama. Tahniah dan syabas kepada pihak Exabytes :)

3 thoughts on “exabytes berwajah baru

  1. gie says:

    dulu ebiz plan tak silap aku rm190 je…skang dan 270…makin mahal nampak…hahaha

  2. azmie says:

    ape lak makin naik nyer…betul lar tu…tp bukan ler rm190…rm199 ler…pastu gedebuk gedebak kalu campur ngan domain name…ader gak ler nak dekat rege 270 tu… ;)

  3. […] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain & Web Hosting menawarkan perkhidmatan sewaan ruang web kepada individu dan syarikat dengan menyediakan pelbagai variasi pakej yang menarik […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p