Posted by azmie on July 26th, 2008
Today I’m officially 27 years of age. Pretty old huh…What’s more that’s pathetic is…I’m still single…owh the sorrow….the horror… A friend said to me…”Not to worry…you’ll find the love of your life and get married at the age of 29″ Yeah right! That’s only 2 years from now!
Posted by azmie on July 15th, 2008
Sekali lagi pada setiap tahun sempena menyambut Hari Kebangsaan Malaysia, Exabytes (hosting provider aku) telah melancarkan peraduan yang terbuka kepada khalayak ramai. Pada tahun ni peraduan tersebut dalam bentuk mengira jumlah logo Exabytes dan bendera Jalur Gemilang yang terdapat dalam imej yang telah diberikan. Untuk maklumat lanjut sila ke SINI
Dan seperti biasa juga konsep “refer” diamalkan dimana jika peserta yang di “refer” oleh kita memenangi peraduan tersebut maka secara automatik nya kita juga akan memenangi hadiah yang sama.
Maka aku ambil kesempatan ini dengan tak malunye, sila lah letak nama dan email aku:
Noor Azmie Bin Ramly
azmi1152@yahoo.com
…diruang yang disediakan ye. Terima Kasih.
Sebagai balasan, aku akan memberikan jawapan nye so takyah ler korang susah-susah nak kira baper banyak Jalur Gemilang ngan logo Exabytes yang ader…tapi nak mintak kene bgtau kat sini la yer. Sekian Terima Kasihan.
Posted by azmie on July 10th, 2008
Ahad baru ni lebih kurang kol 6.50 pagi bergegas nak gi tempat keje. Masa tu dalam keadaan nak cepat sangat pasal dah terlambat nak masuk keje yang sepatutnya masuk kol 6.45. Aku telah dengan selambanya meredah trafik berlampu merah di kawasan Jusco Sri Kembangan dari Serdang menghala masuk ke kawasan McD drive thru tu. Tanpa disedari aku, ada kete peronda selang 2-3 biji kete belakang aku. Dan lantas menyala lah lampu biru berkerdipan mengejar aku. Terasa jap masa tu cam scene dalam NFS ler plak. Tapi pasal aku pemandu yang berhemah aku pun berhenti kan la kenderaan aku ditepi jalan.
“Cik mintak Lesen Memandu leh?”, sapa salah seorang anggota polis tu. “Boleh”, aku pun menghulurkan lesen memandu aku sambil bercakap, “Sori ler cik pasal tadi saya nak cepat nak masuk keje dah lambat dah ni”. “Ya ke, tapi cik dah buat kesalahan tadi kalau saya tak tahan kang apa lak kata pemandu lain nanti, kata polis tak wat keje lak”. Aku pun menjawab “ya tak ye gak”. Lepas tu aku pun menunggu le sambil jam berdetik nak dekat kol 7. Dalam hati aku cakap “isk aphal lak lambat sangat nak tulis saman ni…cepat lar aku dah lambat ni….ntah2 nak hulur kot….mampus aku mana ada duit pon”. Aku pun ambil keputusan untuk senyap dan tunggu je…tak lama pastu baru ler sorang lagi anggota polis tu hulur surat saman kat aku. Lantas aku pun cakap, “itu je ye cik? saya gerak dulu ya”. Dan terus aku beredar tanpa berlengah2 lagi…
Haihh…lom apa2 dah kene saman….keje pon lom cukup sebulan lagi dah kene kuar duit…apelar nasib…tu ler aku ni…bangang sangat gi redah trafik light tu watpe…
P/S: pagi tadi baru setel saman kat Balai Polis Puchong Jaya…sayangnye dikecualikan dari rayuan saman trafik…so kene bayar full
Recent Comments