Korang tau kan pertandingan terkini dari Celcom iaitu 100 hari 100 kereta? (100 days 100 cars). Bermula 2 Jun lepas Celcom telah dengan “BERMURAH HATI” ingin memberikan sebuah kenderaan berjenama Toyota Camry (besh tu) setiap hari kepada sesiapa (pengguna Celcom sahaja) yang terpilih yang telah menyertai peraduan menjawab soalan yang secara keseluruhannya berkaitan dengan dunia hiburan berkonsepkan sistem pesanan ringkas (SMS). Dan ini berterusan selama 100 hari (mesti lar dah 100 Camry setiap hari maka 100 hari ler tempoh pertandingan ni) :D

 

Apa yang perlu dibuat adalah dengan menaip “Cars” dan kemudian dihantar ke 22222 dan selepas itu disusuli dengan pendaftaran (ingin diingatkan sms pertama diterima berharga RM5, begitu juga sms yang berikutnya - sms yang dimaksudkan berbunyi seperti berikut - “Terima Kasih. Celcom 100 Hari 100 Kereta. Thank You for your reply to Celcom 100 days 100 Cars“).

Konsep kuiz SMS ini adalah dengan menjawab sekurang-kurangnya satu soalan dengan betul dan akan menerima 10 mata, dan setiap jawapan yang betul jumlah bonus mata akan bertambah (jadi jawab banyak-banyak dapat kumpul mata banyak-banyak lar). Mata-mata tersebut juga digunakan untuk mengakses galeri kereta yang boleh didapati di laman web pertandingan. Dan kita BERPELUANG memiliki sebuah kereta Camry setiap hari JIKA TERPILIH menjadi pemenang harian. Pemenang mingguan pula adalah berdasarkan kutipan mata yang paling tertinggi.

 

Cukup penjelasan tu buat setakat ni. Terus-terang aku nyatakan yang aku pun ada terjebak untuk menyertai pertandingan ni. Tapi setelah beberapa ketika aku pun mengambil keputusan untuk tidak meneruskan untuk menjawab soalan, setelah menyedari realiti yang berapa banyak akan aku kena bayar secara buta-buta kepada Celcom kerana bodohnya menyangka akan dapat memiliki sebuah Camry. Senang saja nak tahu berapa banyak yang kita hutang, bukak message inbox dalam handphone anda tu kemudian kira berapa banyak mesej bertanda “(RM5 - kemudian diikuti ngan mesej seperti yang aku sebut diatas sebelum ni)” yang anda dapat, maka banyak itulah yang anda hutang (teka ler baper banyak aku dah abis). :8

Jika perhatikan dari sudut yang berlainan, bayangkan betapa banyak keuntungan yang boleh dikaut oleh pihak Celcom melalui pertandingan ni. Kalau aku sahaja telah mengeluarkan beratus-ratus ringgit hanya dengan harapan dapat memenangi hadiah. Bayangkan 10 orang lagi macam aku yang juga pelanggan Celcom. Jika ikut rasional boleh dibayangkan bagaimana Celcom boleh menjanjikan 100 buah kereta Camry sebagai hadiah! (sebahagian atau mungkin keseluruhan kutipan duit SMS digunakan agaknya). Jika yang menyertai berjumlah misal kata dalam 1000 orang, maka 900 orang lain lagi bertanding dengan sia-sia kerana akhirnya hanya 100 orang sahaja yang akan terpilih (Penyebab utama mendorong aku berhenti…bodoh dan haloba nya aku ni). :o:

Sekarang ni aku fokus untuk melangsaikan hutang secara ansuran. Peduli lar kalau takleh wat outcoming call. Janji dapat setel sedikit demi sedikit. Tapi kalau korang nak join gak walaupun setelah aku citer pengalaman aku ni, takder hal. Join ler…lagi suka ler Celcom nanti…hmmm :((

ps: Dalam forum LYN selalu aku baca tanggapan orang ramai untuk pembekal rangkaian ni:-

- Maxis = Maxshit
- Celcom = Sialcom
- Digi = ? (Ntah tatau lagi…hehe) ;)

Bookmark:

  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • Technorati