Dapat tau berita ni dari paksu aku awal pagi sabtu lepas…terus dalam lepas Maghrib (sepatutnyer lepas Asar bertolak tapi menunggu sepupu aku dari Singapura nyer pasal maka bertolak lambat ler sket) aku bertolak dari rumah lepas mintak balik awal dari keje ngan bapak aka boss aku. Menurut abang aku yang terima panggilan pada masa tu, nenek aku dimasukkan ke wad ICU di Hospital Sri Manjung pasal dia mengadu tak cukup nafas…

Aku tiba di destinasi dalam kol 1 pagi…al maklum ler aku pilih laluan biasa nak balik ke kampung…lagi lak aku berhenti jap rehat kat R&R jambatan alternatif ke lumut sebelum Teluk Intan minum-minum (tekak kering ler plak time tu)…tak larat nak lalu yang bertol nyer… :(

Keesokan pagi nyer baru gi melawat nenek aku, Alhamdulillah dah dipindahkan ke wad biasa. Menurut doktor jantung nenek aku tak cukup kuat. Itu yang menyebabkan tak cukup pernafasan tu. Boleh difahami gakler memandangkan keadaan nenek aku yang dah pun berusia 77 tahun. Tambahan lak arwah suami aka datuk aku baru jer meninggal baru-baru ni. So mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi dia gakler…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p