Abah aku dimasukkan ke Hospital Assunta pada Ahad lepas selepas dia mengadu sakit seakan-akan pedih dan mencucuk dibahagian ulu hati. Sebelum ni pegi ke PPUM untuk sebab yang sama gak. Tapi pengalaman masa berada kat sana hari tu (PPUM) boleh dikatakan sungguhlah tidak menyelesakan, pasal terpaksa tunggu dekat satu hari baru ler nak selesai (apa yang depa buat pn cuma rawatan ECG, blood test - ini yang paling lama menunggu ni! ngan urine test). Padahal abah aku tengah sakit nih, menunggu bagai nak gila!. Dan tak berpuas hati gakle pasal akhirnya depa cuma bagi ubat ajer, itupun ubat kene beli sendiri pasal farmasi hospital takder stok. Ader ker camni? tak patut betul! Pastu kalu ada rasa sakit lagi kene datang lain hari (maka nak kene tunggu satu hari lagi…hmphh)
Keesokannya sakit abah aku menjadi makin teruk lak, tangkap sampai ke pinggang lak. Abah aku cakap rasa sakitnya sama cam masa dia kene batu karang dulu. So timbul ler suspek batu karang tu datang balik.
Kali ni abang aku lak yang bawak abah aku gi Hospital Assunta. Masa kat sana depa bagi ubat penahan sakit (pain killer) kat abah aku untuk hilangkan rasa sakit mencucuk tu. Tapi tak menjadi langsung abah aku masih rasa sakit lagi maka depa terus masukkan dia ke wad.
Dipendekkan citer, Jumaat lepas baru depa bagi abah aku keluar. Diagnosis mendapati ada kuman Ameba di bahagian Colon bapak aku. Alhamdulillah takder aper-aper yang serius. Pasal memula masa depa buat rawatan Endoscopy depa tengok cam ader tumor (ketumbuhan) kat bahagian colon tu. Risau gak memula tapi lega bila doktor ader cakap yang ianya bukan bersifat kanser.
Apa pun Alhamdulillah abah aku dah makin sihat. Sedih gak aku masa tengok dia terlantar atas katil hospital dalam keadaan lembik, lemah longlai sebelum ni. Teringat lak masa arwah mak masuk hospital dulu


























May 11th, 2008 at 4:57 pm [ Quote ]
mintak2 selamat laa semua…
May 13th, 2008 at 10:46 pm [ Quote ]
kite doakan selamat sumernye…
May 15th, 2008 at 8:31 am [ Quote ]
alhamdulillah jumaat lepas dah discharged…skrg ni on medication ajer…:)
May 21st, 2008 at 12:45 pm [ Quote ]
Alhamdulillah dah ok. Glad to hear that mie.
May 21st, 2008 at 12:51 pm [ Quote ]
thx…tp pastu nenek aku lak masuk hospital…sabtu malam ahad lepas balik kampung nak jenguk
June 20th, 2008 at 11:28 am [ Quote ]
same je mcm yg i kene.i went to ppum last week la.coz i dah seminggu sakit perut.mcm mengandung lak.kembung jee.tapi sakit la.so,i g la ppum check ape yang tak kene nak tau tak what happen?
ok,i g sane at 2.30.10 minit lps tu,diaorg panggil i masuk.ingatkan nak check i.rupanya amik blood pressure je.ok,i pon layan aje.pastu,1 jam setengah aku dok tunggu.sampai rase give up.tapi laki i advise tunggu je la.i pon tunggu la.after 1 hour n 45 minute,diaorg panggil aku.
i dapat doc laki.i bw laki i masuk.tapi kene halau oleh doc tu.i layan je lagi.pastu dia tanya i mcm2,tapi tak check pon.dia tanya,dia tulis.mcm interview kat melodi lak.pastu that doc tu mcm mengamuk tetibe.merungut.doc tu memang muda,mcm umur 25-30.mcm baya i la.pastu lepas i bg tau sakit i tang ni la,tang tu la.dia pon suruh i baring.dia tekan sane,dia tekan sini.pastu bila i kata ade part yang tak sakit.dia gelak.bodoh tul.i rase tak sedap hati dah.rase nk je ckp kat doc tu.kalau dia tak ingat aku ni main2 pasal i sakit,wat pe nak tunggu mcm org giler kat sini.ngok tul.ok,back to the story.lepas dia tekan sane,sini.dia kata nk check kat part yang sensitif,i ckp takleh.doc kata ok.then dia suruh aku g amik urine,wat x ray.check blood.i pon follow je.lepas all that.dia suruh i tunggu 2 jam utk tgk result.so,i pon g mkn.after 2 hour,i went back to ppum.i terus masuk g tempat doc tu.dia kata tunggu lg.dia nk solat.
ok,i hormat dia nk g solat.after 15 minit,he called me.then i pon ,masuk la balik.dia straight away ckp yang i ni takde sakit ape2.what!ok,i tak puas hati.i stay lagi.i tanya dia soalan2.dia just layan tak layan je.dia kata i ok,pastu dia diam.so,i tau la yang dia nak i balik umah.i tanya ubat,dia ckp i sihat.tak perlu ubat.ok
i keluar dr bilik dia dgn perasaan sakit hati sesangat.dahla i byr,kalau murah takpe.doc tu layan i mcm i ni saje2 wat citer.dah la tak tunjuk i sume result blood test n x ray.
esoknya i g specialist.malay doc,around 40-50 yr old.very nice.memang doc ni bg i the details.what eva i tanya,doc ni jwb sampai i fhm.n then,doc ni dpt detect yang i ade masalah pasal ulu hati,usus kecil.n hormon yg tak betul.cost nya takde la mahal sangat.around rm400.doc ni bg i ubat.n appoinment another day for free.sekurang2nya doc ni ade bende nak bg tau i.