I’ve decided to do something…there’s no need for further explanation at this moment, for the sake to change. But for one I thing I can say it is for my greater good
But the only thing now that’s bothering is to initiate it
I’ve decided to do something…there’s no need for further explanation at this moment, for the sake to change. But for one I thing I can say it is for my greater good
But the only thing now that’s bothering is to initiate it
Dapat nih dari email…ader yg penah wat camni? hahaha
Elok jer awek tu tido bawah meja…skali imbas tgk cam takder org…hehehe
Dapat tau berita ni dari paksu aku awal pagi sabtu lepas…terus dalam lepas Maghrib (sepatutnyer lepas Asar bertolak tapi menunggu sepupu aku dari Singapura nyer pasal maka bertolak lambat ler sket) aku bertolak dari rumah lepas mintak balik awal dari keje ngan bapak aka boss aku. Menurut abang aku yang terima panggilan pada masa tu, nenek aku dimasukkan ke wad ICU di Hospital Sri Manjung pasal dia mengadu tak cukup nafas…
Aku tiba di destinasi dalam kol 1 pagi…al maklum ler aku pilih laluan biasa nak balik ke kampung…lagi lak aku berhenti jap rehat kat R&R jambatan alternatif ke lumut sebelum Teluk Intan minum-minum (tekak kering ler plak time tu)…tak larat nak lalu yang bertol nyer…
Keesokan pagi nyer baru gi melawat nenek aku, Alhamdulillah dah dipindahkan ke wad biasa. Menurut doktor jantung nenek aku tak cukup kuat. Itu yang menyebabkan tak cukup pernafasan tu. Boleh difahami gakler memandangkan keadaan nenek aku yang dah pun berusia 77 tahun. Tambahan lak arwah suami aka datuk aku baru jer meninggal baru-baru ni. So mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi dia gakler…
Abah aku dimasukkan ke Hospital Assunta pada Ahad lepas selepas dia mengadu sakit seakan-akan pedih dan mencucuk dibahagian ulu hati. Sebelum ni pegi ke PPUM untuk sebab yang sama gak. Tapi pengalaman masa berada kat sana hari tu (PPUM) boleh dikatakan sungguhlah tidak menyelesakan, pasal terpaksa tunggu dekat satu hari baru ler nak selesai (apa yang depa buat pn cuma rawatan ECG, blood test - ini yang paling lama menunggu ni! ngan urine test). Padahal abah aku tengah sakit nih, menunggu bagai nak gila!. Dan tak berpuas hati gakle pasal akhirnya depa cuma bagi ubat ajer, itupun ubat kene beli sendiri pasal farmasi hospital takder stok. Ader ker camni? tak patut betul! Pastu kalu ada rasa sakit lagi kene datang lain hari (maka nak kene tunggu satu hari lagi…hmphh)
Keesokannya sakit abah aku menjadi makin teruk lak, tangkap sampai ke pinggang lak. Abah aku cakap rasa sakitnya sama cam masa dia kene batu karang dulu. So timbul ler suspek batu karang tu datang balik.
Kali ni abang aku lak yang bawak abah aku gi Hospital Assunta. Masa kat sana depa bagi ubat penahan sakit (pain killer) kat abah aku untuk hilangkan rasa sakit mencucuk tu. Tapi tak menjadi langsung abah aku masih rasa sakit lagi maka depa terus masukkan dia ke wad.
Dipendekkan citer, Jumaat lepas baru depa bagi abah aku keluar. Diagnosis mendapati ada kuman Ameba di bahagian Colon bapak aku. Alhamdulillah takder aper-aper yang serius. Pasal memula masa depa buat rawatan Endoscopy depa tengok cam ader tumor (ketumbuhan) kat bahagian colon tu. Risau gak memula tapi lega bila doktor ader cakap yang ianya bukan bersifat kanser.
Apa pun Alhamdulillah abah aku dah makin sihat. Sedih gak aku masa tengok dia terlantar atas katil hospital dalam keadaan lembik, lemah longlai sebelum ni. Teringat lak masa arwah mak masuk hospital dulu
Recent Comments