Selesai aje solat Zohor tadi terus aku pegi ke tempat mengundi kat sekolah rendah aku dulu iaitu SRK Bukit Bintang (L) 2 di Jalan Sungai Jernih Petaling Jaya. Seperti yang telah aku duga, tak ramai orang langsung. Iyerlar nak pegi awal-awal time orang reramai watpe, riuh-rendah aderler.
Aku sudah pun menunaikan kewajipan aku sebagai warganegara. Sudahkah anda? Kalau tak mendaftar tu pi ler mendaftar cepat-cepat. Walaupun satu undi pun tetap memainkan peranan penting untuk masa depan rakyat dan negara.
(cakap bukan main padahal baru first time aku pi ngundi… lol :)) )