…Keesokan malam nya plak aku ngan sorang member aku laie gi ke Mines untuk menonton citer CJ7 lakonan dan arahan Stephen Chow, Jim Carrey Hong Kong :D . Saper yang tak kenal ngan beliau yang femes ngan citer Shaolin Soccer & Kungfu Hustle. Ingatkan tak ramai ler penonton tapi sebaliknya plak…kira dapat sambutan ler citer ni.

 

Citer ni mengisahkan pasal kehidupan ayah dan anak (watak ayah lakonan Stephen Chow) yang serba daif. Si ayah berkerja sebagai buruh kasar dikawasan pembinaan. Kehidupan depa ni bebetul cukup daif sangat sampaikan pakaian si anak untuk ke sekolah pun si ayah kutip dari kawasan pembuangan sampah. Tidak juga lupa untuk disebut yang depa ni tinggal kat rumah (rasanya rumah terbiar) yang bebetul usang.

CJ7 ni lak, sebenarnya rekaan oleh watak si anak dalam citer ni, ia sepatutnya berasal dari CJ1, iaitu satu robot mainan femes yang sangat diidami oleh budak-budak, termasukler si anak tersebut (konon cam AIBO ler ni). Tapi memandangkan si ayah takder duit maka terpaksaler si anak pasrah. Wujudnya perkataan CJ7 tu akan diterangkan kemudian.

Tapi pada satu hari semasa si ayah dok mencari pengganti untuk kasut anak dia yang dah koyak-rabak (kasut tu pun asalnye kutip kat tempat sama gak) dier terjumpa satu objek berbentuk bulat yang agak menarik. Jadi dia pun bawa balik barang tu tujuan untuk diberikan kepada anak nya sebagai hadiah. Maka si anak tu pun gembira dan bawa objek tu ke sekolah lalu diperkenalkan kepada rakan-rakannya sebagai CJ7 yang didakwanya lagi canggih dari CJ1. Tapi kemudian si anak dapat tahu yang objek yang disangka mainan tu merupakan makhluk asing dari angkasa lepas. Cukup setakat itu sahaja :D

Keseluruhan citer ni memang agak lawak dan menghiburkan (memang boleh diagak pasal arahan Stephen Chow). Tapi bezanyer ader part yang sedih sket dimana si ayah mati akibat terjatuh dari bangunan, tapi ada keajaiban selepas tu (takmo citer lebih2 :) ). Ada gak babak parody dari citer sebelum ni iaitu Kungfu Hustle tapi takder ler banyak sangat. Nak tau lagi kene tonton sendiri citer ni…direkemen oleh saye :D

Bookmark:

  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • Technorati