29th february

Read the rest of this entry »

knight rider (2008)

 

Satu lagi siri telah ditambah pada koleksi aku sekarang iaitu Knight Rider (sebelum ni baru download Bionic Woman, kalu ader maser akan aku review sket nt :D ). Mesti korang tau citer ni kan yang sememangnye femes semenjak aku masih kecik2 dulu. Kalau tatau gak baik dok hutan ajerlar. Aku ader perasan torrent utk citer ni terpampang kat mininova aderlar dlm 4-5 hari gakle…So ambil keputusan utk mendownload citer tu. Ternyata berbaloi :D

 

Knight Rider kali ni menggunakan kenderaan yang berlainan dari citer yang terdahulu (dulu jenama Pontiac). Tak silap model nyer adalah Ford Mustang. Diringkaskan citernyer lar, pereka KITT (Knight Industries Two Thousand) telah mereka sebuah lagi versi Model KITT (Knight Industries Three Thousand - model kereta seperti yg aku sebut tadi) Tapi kali ni pemandu dia adalah anak kepada Michael Knight (David Hasselhof) iaitu Mike Traceur (Justin Bruening). Tapi depa ni (bapak ngan anak) tak penah bertemu sejak Mike kecil lagi. Cukup setakat tu…citer pasal keretanyer laks.

Apa yang aku ske adalah part teknologi FX digunakan yang mana KITT berubah warna bertujuan untuk mengelak dari dikesan oleh musuh. Dan juga scene dimana KITT ditembak tetapi peluru tidak dapat menembusi “perisai nano” yang telah diaktifkan. Tapi kali ni musuh depa pon bole kate hebat gak, ader scene dimana mereka cuba menggodam masuk ke sistem komputer untuk mengawal KITT. Perghh menarik gak tu… :D Boleh ler dibayangkan citer tu diterbitkan semula dan diolah ngan lebih canggih lagi berbanding citer yang dulu tu (tahun 1982 tu).

Tak sabar nak tunggu episod selanjutnya :D

CJ7 ler plak

…Keesokan malam nya plak aku ngan sorang member aku laie gi ke Mines untuk menonton citer CJ7 lakonan dan arahan Stephen Chow, Jim Carrey Hong Kong :D . Saper yang tak kenal ngan beliau yang femes ngan citer Shaolin Soccer & Kungfu Hustle. Ingatkan tak ramai ler penonton tapi sebaliknya plak…kira dapat sambutan ler citer ni.

 

Citer ni mengisahkan pasal kehidupan ayah dan anak (watak ayah lakonan Stephen Chow) yang serba daif. Si ayah berkerja sebagai buruh kasar dikawasan pembinaan. Kehidupan depa ni bebetul cukup daif sangat sampaikan pakaian si anak untuk ke sekolah pun si ayah kutip dari kawasan pembuangan sampah. Tidak juga lupa untuk disebut yang depa ni tinggal kat rumah (rasanya rumah terbiar) yang bebetul usang.

CJ7 ni lak, sebenarnya rekaan oleh watak si anak dalam citer ni, ia sepatutnya berasal dari CJ1, iaitu satu robot mainan femes yang sangat diidami oleh budak-budak, termasukler si anak tersebut (konon cam AIBO ler ni). Tapi memandangkan si ayah takder duit maka terpaksaler si anak pasrah. Wujudnya perkataan CJ7 tu akan diterangkan kemudian.

Tapi pada satu hari semasa si ayah dok mencari pengganti untuk kasut anak dia yang dah koyak-rabak (kasut tu pun asalnye kutip kat tempat sama gak) dier terjumpa satu objek berbentuk bulat yang agak menarik. Jadi dia pun bawa balik barang tu tujuan untuk diberikan kepada anak nya sebagai hadiah. Maka si anak tu pun gembira dan bawa objek tu ke sekolah lalu diperkenalkan kepada rakan-rakannya sebagai CJ7 yang didakwanya lagi canggih dari CJ1. Tapi kemudian si anak dapat tahu yang objek yang disangka mainan tu merupakan makhluk asing dari angkasa lepas. Cukup setakat itu sahaja :D

Keseluruhan citer ni memang agak lawak dan menghiburkan (memang boleh diagak pasal arahan Stephen Chow). Tapi bezanyer ader part yang sedih sket dimana si ayah mati akibat terjatuh dari bangunan, tapi ada keajaiban selepas tu (takmo citer lebih2 :) ). Ada gak babak parody dari citer sebelum ni iaitu Kungfu Hustle tapi takder ler banyak sangat. Nak tau lagi kene tonton sendiri citer ni…direkemen oleh saye :D

Jumper

 

First movie aku tonton untuk tahun ni adalah Jumper, yang baru aku tonton sebentar tadi dihari pertama penayangan bersama member di The Mines. Terus-terang sebelum ni dah lama benar tak tengok wayang, aderlar dalam 4-5 bulan rasanyer…Al-Maklum ler hari-hari berkerja tak ingat masa nak enjoy…hmmm

Aku citer serba sedikit sinopsis aku mengenai citer ni…

Jumper ni (bukan jumper cable yer), merujuk kepada seseorang yang mempunyai kebolehan istimewa sejak lahir yang mana mereka boleh bergerak merentasi dari satu tempat ke tempat yang lain dengan sekelip mata. (kan bagus kalau memang benar ada kebolehan seperti tu…:P )

Dan citer ni bermula ngan kisah seorang budak sekolah yang bernama David Rice (Hayden Christensen) yang kemudiannya mendapati yang dia mempunyai kebolehan istimewa seperti yang disebut sebelum ni.

Apa yang dia tidak sedari adalah terdapat juga orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama seperti dia diserata dunia dan mereka (Jumpers) ni diburu oleh satu organisasi yang bernama “Paladin” yang tidak merestui kewujudan Jumper ni dan bertekad untuk menghapuskan sumer Jumper yang ada.

Secara keseluruhannya citer ni boleh dikatakan ok, persembahan fx yang menarik, agak kagum bila menonton satu scene dimana kawan David (yang mempunyai kebolehan yang sama) membawa kereta sport mercedes sambil mempraktikkan kebolehan dia, walaupun agak pendek tempoh tayangan nye (1 jam 20 minit kalau tak silap). Kebarangkalian untuk citer ni mempunyai sambungan tu rasanyer takder, tapi itu terpulang kepada pengarahnya lar kalu nak buat sambungan ker idak.

Keseluruhan diberi 8.5 daripada 10 markah :D

ps: nak citer lebih-lebih takder ar kang hilang suspen lak nak orang lain nak tonton citer tu nanti

Icq 6

Biasanya korang pakai messenger aper biler online? Aku bet mesti samada Yahoo atau MSN, tak pun google talk. Tapi korang masih ingat lagi tak pada ICQ messenger? (kalau korang masih menggunakannya lagi maka aku ni ler orang yang ketinggalan…huhu). Masa belajar dulu aku ader guna gak bende ni pastu ntah camner lama-kelamaan aku berhenti guna dan tau-tau terus lupa pasal messenger ni. Kalau tak silap ader ler dalam 4-5 tahun gakle aku dah stop guner.

Sampai ler skejap tadi baru aku teringat balik pasal ICQ ni. Check balik kat website dier, sekarang version yang paling latest adalah version 6.

 

Memang banyak giler perbezaan antara version yang dulu ngan yang sekarang ni. Aku masih ingat lagi salah satu sebab aku guner messenger ni adalah disebabkan ramai member sekolej aku ader akaun ICQ ni dan kebanyakan yang menggunakannya terdiri dari kaum Cina, dan lagi satu sebab yang lain adalah penggunaan bunyi “uh-oh” nye yang memang femes masa tu, yang selalu kedengaran dalam makmal komputer di kolej tempat aku belajar dulu. (aku perasan yang sekarang depa telah pun menaiktaraf lagi bunyi tu…makin sedap didengar :) )

Apa pun aku telah mendaftar akaun yang baru utk ICQ messenger ni, memandangkan aku telah langsung tak ingat akan akaun lama aku yang dulu, ntah email yang mana aku gunakan untuk register pada masa tu. Kalau sudi, add ler aku yer…no ICQ aku: 450262744 ataupun email: azmi1152@yahoo.com (mengimbau kembali kenangan yang lama menggunakan ICQ :D )