• renungan

    Diambil dari email dari kawan kepada kawan kepada kawan (ntah berapa kawan lagi) saye…

    Satu penjelasan terbaik kenapa Allah memberi kesakitan dan penderitaan seperti yang telah kita lihat:

    Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting rambut itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, si tukang gunting itu pun berkata, “saya tak percaya Allah itu wujud.”

    “Kenapa kamu kata begitu?” tanya si lelaki tadi.

    “Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan Allah yang maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku”.

    Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting rambut itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

    Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, “kamu tahu tak yg sebenarnya tukang gunting rambut juga tidak wujud?”

    “Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi” , kata si tukang gunting rambut itu.

    “Tidak!”, kata si lelaki tadi. “Kalau tukang gunting rambut wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu”.

    “Ah! Tukang gunting rambut memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya”, kata si tukang gunting rambut itu.

    “Tepat sekali!”. Kata si lelaki tadi.

    “That’s the point!. Allah juga wujud. Itulah yg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya untuk memohon pertolongan.”

    Tags: , ,

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p