raya mood

Masih berada dalam mood raya lagi…Raya kan sebulan maa :D Malahan dalam hujung minggu lepas dan sebelumnya aku telah pi beraya kebanyakannya dikawasan sekitar Tanjung Karang & Kuala Selangor. Al Maklum la dulu aku bersekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun (SMKDH) di Tanjung Karang selama 5 tahun. So banyak ler kenangan yang besh2 (yang pahit pun ader…tapi itu diketepikan ler dulu) masa di alam persekolahan dulu. Tapi masa diberi selama sehari memang tak cukup pasal masih ramai lagi rumah cikgu dan member yang belum dikunjungi lagi…rasa tak puas hati gakle…kalu bole nak bermalam kat rumah member kat sana 2-3 hari baru rasa puas huhu…Kalu maser belajar kat kolej dulu leh ler sentiasa ada masa nak pi beraya, dah start keje ni takder maser nak buat tu sumer…melainkan pada hujung minggu saja. Tapi dalam kes aku ni, time keje aku start dari Isnin sampai ler ker Ahad…so kalu still nak keluar beraya kene mintak cuti gakle, maka masam ler muka boss aka bapak aku biler aku nak mintak cuti. Akan ditanya “kenapa nak cuti?” , “kemana nak gi?” start dari seminggu aku cakap nak cuti sampai ler tiba hari nak cuti tu…Kengkadang rasa geram pun ader…lupa ke? atau saja2 buat lupa? hmmm :|

Berbalik ke “baraan” (boleh dikatakan baraan ke? pasal yang pegi cuma 3 org jer…huhu) tu bole dikatakan berbaloi gak ler…antara pengalaman yang besh dalam hidup aku. Dapat gak jumpa cikgu2 yang sekian lama tak tersua…ada lah semenjak SPM tahun 98 dulu…ada yang wajah still maintain, dan ada yang dah bertambah “semangat” sket…tapi takper yang penting sihat dan happy :) . Aku siap pi beraya kat rumah penyelia asrama aku gak ler…:D Aku siap gelak lagi biler beraya kat rumah kak Gayah, penyelia asrama aku dulu (yang masih jadi penyelia lagi, semenjak aku masuk tingkatan satu lagi pada akhir tahun 93) kata dulu aku ni “Ku Semangat”, sekarang ni lak “Kurus Sangat” hahah (aku anggap sebagai pujian…hehe)

Sorry ler sesangat pasal takder gambar yang nak diupload…tak bawak kamera pun…kamera henpon pun takleh nak harap…huhu

Apa pun aku dah berazam nak jadikan ni aktiviti tahunan aku, setiap raya akan aku berkunjung lagi selagi masih ada masa dan selagi aku boleh. Cukup exciting/mengujakan :D Ingat nak cari teman yang orang situ gakler…ahaks! ;)

salam aidilfitri dari azmie.net

Sori agak lama tak berblog…bulan puasa kali ni ternyata lain dari yang lain. Memacam gak ler yang terjadi, dugaan tu. Dan sedikit sebanyak ianya mempengaruhi mood aku utk blog kali ni. Apa pun pada pagi Jumaat nanti akan aku bertolak untuk balik ke kampung di Manjung, Perak, biasanya aku balik pada pagi raya tapi kali ni balik awal, nak merasa gak bangun dipagi raya kat kampung, tambahan lak mak sedara ngan sepupu aku ikut balik sekali :D Tapi aku akan balik KL balik pada keesokan petangnya (petang raya pertama) :|

Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN, segala tersalah kata, terkasar bahasa, tersinggung perasaan, segala salah dan silap harap lah dimaafkan. 0 - 0 lah antara kita yer :D

Kepada yang ingin bernaung dibawah gempax.net. Diharap dapatlah bersabar buat masa ni, kerana masih ada banyak urusan yang aku kena selesaikan dulu. Selambatnya lepas raya baru dapat aku layan permintaan korang yer. Dan lagi satu, kalau nak buat permintaan tu elok lah dibuat menerusi laman contact tu, kalau buat melalui shoutbox tu pacik tak layan la yer :)>-