takziah

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati kanak-kanak itu ialah Nurin Jazlin Jazimin, 8. Dia hilang sejak 20 Ogos lalu.

Ujian oleh Unit Forensik, Jabatan Kimia itu disahkan pihak polis dan hospital.

Bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, bagaimanapun sangsi dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu, polis mencadangkan ibu bapa Nurin Jazlin menjalani ujian kedua DNA di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jazimin diminta datang ke HKL pada pukul 12.15 tengah hari ini enggan mengakui mayat kanak-kanak perempuan itu adalah anaknya berdasarkan faktor fizikal mayat itu didakwanya berbeza daripada tubuh Nurin Jazlin.

Maklumat lanjut boleh didapati di SINI

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin. Aku terasa sedih gakle apabila melihat ayah dan ibu serta saudara-mara kepada arwah tersebak-sebak sambil memerhati jenazah buat kali terakhir. Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak mereka tiba-tiba hilang dan seterusnya apabila bertemu kembali berada dalam keadaan sekujur badan yang berselimut putih? Apa yang telah dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab keatas kehilangan dan seterusnya kematian arwah ni adalah teramatlah kejam, tidak dapat dimaafkan sama sekali. Semoga makhluk tidak berguna tersebut mendapat balasan yang setimpal.

Selepas selesai solat Jumaat tadi pun aku bersama jemaah yang lain bersolat hajat agar roh arwah dicucuri rahmat, dan meminta agar balasan yang setimpal diberikan terhadap orang yang telah menculik dan membunuh arwah, dan juga terhadap mangsa-mangsa yang lain yang menerima nasib yang sama.

hari ke 8

Entri yang pertama utk bulan puasa ni, tau-tau dah jer masuk hari ke 8 puasa, dah masuk seminggu lebih. Jadi, bagaimanakah puasa anda setakat ini? Bagi aku, ader ler dalam 2-3 hari tu mengalami masalah sket, ader satu hari tu aku penin agak kuat gakler dari siang sampai ker malam, dah masuk bukak puasa pun masih pening lagi. Tapi Alhamdulillah takder ler sampai masuk ke tahap batal puasa. Bole tahan lagi :D

Aku nak kongsi kat sini artikel yang aku dapat dari email, mengenai kesilapan kerap muslim dibulan Ramadhan. Sama-sama ler berkongsi maklumat :D Continue reading