Memang aku dah agak! Kalu depa start buat mende yang pelik-pelik ni, mesti ada apa-apa ni. Baru-baru ni aku dapat bil dari TM, depa dah sekalikan bil Streamyx ngan bil tepon sekali. Tapi ada satu tambahan pada amaun yang pada aku pelik dan menyakitkan hati aku lagi terhadap depa. Ianya dipanggil pelarasan debit seperti disebut dalam bil tu (gambar diatas). Jadi jumlah yang aku kene bayar, adalah sebanyak RM2++!!! Memula kyoshiro ada bagitau aku pasal mende ni tak lama dulu, tapi masa tu bil yang aku terima masih normal lagi cajnya. Jadi aku pun buat tak hirau ajerlar.

WTF bil tepon kat bengkel tempat keje aku pun takder mahal sampai camni! Siap ader 3 line lagi kene bayar, pakej bisnes lak tu! Ni kan pulak bil tepon rumahnyer. So aku tak puas hati sesangat dan tepon ler ke nombor 100 untuk bertanyakan hal bil ni. Berikut adalah singkatan perbualan aku ngan sorang mamat telefonis TM ni:

Aku: Ya saya nak tanya ape mende lak pelarasan debit RM90 ni? mana datang lak ni?
Mamat tu: Ya boleh saya tau nombor telefon encik
Aku: 03-8**3***4 … Noor Azmie Ramly
Mamat tu: Ya Encik Azmie ada apa boleh saya bantu
Aku: Ya saya nak tanye lar, aphal lak bil saya tetiba naik sampai RM2++ ni? Mana lak datang tambahan RM90 ni?
Mamat tu: Bil tu tarikh bila ya Encik?
Aku: 25hb Ogos
Mamat tu: Kejap ya Encik, saya tolong check kan bil nyer

Mamat tu: Ya Encik, ada sebarang tunggakan tak?
Aku: Takde, saya selalu bayar on time(aik dah check bil tu takkan tatau ader tunggakan ker idak?!) Pe halnye ngan caj RM90 tu?
Mamat tu: (sambil ader orang cakap kat die) Ya Encik ni kira caj Streamyx, sekarang dah gabung ngan bil telefon Encik
Aku: Aik dah ader caj RM90 tu, nak caj aper lagi?
Mamat tu: erm….
Aku: Ok la, saya nak tanya, caj ni cuma sekali ajer ker? takkan dibawak ke bulan depan?
Mamat tu: erm…ya (dier ni tau ker idak?)

(senyap baper saat)
Aku: ok la…saya pun heran ler camner leh ader caj ni, dah ler streamyx saya ni slow, tak padan ngan yang saya bayar
Mamat tu: Kalau camtu bole saya minta no telefon Encik sebagai rujukan?
Aku: Apa? handphone ke?
Mamat tu: Ya
Aku: 016-2**9*83
Mamat tu: Ok selain tu ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?
Aku: Takde
Mamat tu: Ok terima kasih kerana mengubungi TM…bye

Perbualan yang akhirnya membuat aku bertambah bengang lagi…nampak gaya mamat tu pun tatau apa mende nyer caj tu, main cakap ikut suka ajer. Tapi yang penting aku nak tau, adakah caj tersebut akan terpapar lagi dibil yang akan datang. Kalau masih ada gak, aku rasa mungkin kene ucapkan selamat tinggal ajerlar kepada Streamyx ni. Servis yang diberikan tidak memuaskan hati aku langsung. Pastu kene bayar caj yang sekali ganda harganya lagi. Melampau!!!

Bookmark:

  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb
  • Technorati