Kali ni aku citer pasal makan-makan laks. First time aku citer pasal tempat makan kegemaran aku ni.
Korang tau kan nasi padang (kalau tatau bukan rakyat Malaysia ler!) Meh sini aku kongsi ngan korang antara (1 ajer…huhu) restoran nasi padang kegemaran aku yang selalu aku pegi. Nama restoran tu Restoran Mega Ceria, terletak di Taman Maju Jaya, Off Jalan Klang Lama (dekat ngan tempat aku kerja).
Restoran ni diusahakan oleh orang Melayu kita. Walaupun pengusahanya orang Melayu, tetapi ramai pelanggan yang datang tak kira bangsa langsung (ramai sampai kene beratur sampai ke luar semata-mata nak makan / tapau bawak balik kat situ, FYI hanya pelayan sahaja yang dibenarkan untuk mengambil lauk
).
Pasalnya lauk-pauk yang disedia dan dihidang semuanya sedap-sedap belaka. Biasanya orang mementingkan rasa setiap lauk-pauk tu, cam terkurang atau terlebih masin ker, goreng ker aper ker. Harga tu kira lain citer. Bagi aku semuanya kira ngam-ngam sesuai belaka. Dan aku dapat tau ramai gak pelanggan yang dari luar kawasan tersebut datang nak makan direstoran tu. Dan untuk maklumat gak, restoran ni dibuka dari pagi sampai ke pukul 3-4 petang (rasa aku ler pasal haritu aku nak beli waktu petang tapi restoran tu dah tutup), tutup agak awal barangkali lauk-pauk dah abis pasal laku semuanyer kot, mana naknyer, aku sampai lambat sket dalam kol 1 gitu, banyak lauk-pauk telahpun abes disapu oleh mereka yang datang dulu. Makanyer aku beliler makan tengahari dalam kol 11 pagi gitu.
Owh restoran ni tutup pada hari Jumaat saja (padanler pasal tokei dier ni cam orang yang kuat agama
)
Dan ader juga pihak2 cam kilang ataupun syarikat yang tempah sekali banyak nasi bungkus utk pekerja time nak dekat lunch hour tu, ader aku tengok sampai 50 bungkus pun ader…dahsyat tu…:o
p/s: antara lauk kegemaran, telur masin, daging rendang (daging dia memang lembut dan senang dikunyah, rendang pun sedap
), dan paling feveret, paru goreng, nasi jangan citer ler, tak penah terlebih keras ataupun lembik, ngam ngam choi
:D

woho.. cam menarik je… tapi aku tak bape minat mkn nasi padang ni.lain a kalo nasi kerabu. memang aku minat makan
aku minat makan nasi.. tapi kat mane tah kedai ko syorkan nih.. bak la peta sket.. eheheh… aku nak menyerang pun… tak tau nak ke mana.. next time aku g try… ko nak join tak..? (bile tah nak merasa duit ko… :joget )
nasi kerabu pn aku minat gak, nasi belauk ko penah cube? :d
bole ajer…ko turun kat jalan klang lama nnt kasitau ler sama aku nt…:)
Aku rasa macam nak makan je kat situ.. tp kalo ko yg blanjer ar.. kah kah kah
aku tak keysah…nak turun sini kasitau ler sama aku nt
lol… tak sangka ader org minat sgt kedai ni sampai blogkan. tau tak yg kedai dier dah pindah dekat dataran mentari, sunway…