Banjir di Sri Serdang

Dalam perjalanan balik ke Sri Serdang melalui Lebuhraya PLUS, ingatkan lancar ler, sekali sangkut ler plak. trafik sesak sampai ke susur masuk ke Sri Serdang lagi…ingatkan sesak biasa pasal ramai orang berjalan time hari cuti ni…so aku pun rilek ler di lorong belah kanan (actually satu lorong ajer jalan tu, terhasil akibat orang nak lalu lorong Touch N Go dan Smart Tag dibahagian kanan) dah ler tu biler sampai ke tol, pulak dah skali lorong Smart Tag dan tambah nilai Touch N Go pun tak jalan. Masa yang bagus untuk buat hal kan? Mengarut!!!

Selepas mengharungi sesakan tu seterusnya melepasi tol Serdang dan masuk Jalan Besar Serdang, lepas ajer lampu isyarat pun aku terus straight menuju masuk kawasan Sri Serdang, sekali terdapat banyak kawasan banjir yang boleh dikatakan besar-besar belaka saiznya dibahagian kiri dan kanan jalan, so terpaksa bawak dalam keadaan perlahan dibahagian kanan jalan dimana keadaan lebih selamat sedikit, takut pemanduan akan menjadi liar akibat mengharungi banjir.

 
 

Seterusnya sampai disimpang tiga lampu isyarat nak masuk ke kawasan rumah aku, Taman Sri Serdang, pulak dah banjir lagi teruk! sampaikan ader ler 3-4 bijik kete sangkut atas jalan bebetul depan kawasan sekolah. Tak jadi aku nak masuk simpang tu, sambil gerak aku tangkap ler gambar (tapi sorry ler agak blur sket…:P ) dan aku terpaksa melalui jalan yang agak jauh sedikit untuk pulang ke rumah.

 

Terus-terang aku cakap yang aku agak terkejut, pasal kat tempat kerja aku masa pagi & tengahari memang agak panas, masuk jer kol 3-4 petang keadaan jadi gelap dan hujan lebat tapi sekejap ajer….sekali biler nak balik rumah jadi camni lak…nasib baik kawasan rumah aku takder banjir, Alhamdulillah…mesti kat Serdang hujan lebat gila petang tadi sampai menyebabkan banjir yang agak teruk nih….