• surface

    Surface
     

    baru sahaja selesai menonton keseluruhan episod untuk musim pertama citer ni. yeah walaupun kat TV3 dah selesai tunjuk keseluruhan 15 episod tu, terus terang aku katakan yang aku tak tengok pun versi tv nyer. abes tu versi aper lak tu? huhu sendiri mau pahamler…

    aku boleh mengatakan yang siri ni amat menarik. “ada sesuatu di dalam air“. menceritakan pasal satu spesies dalam lautan yang baru ditemui. memula memang tiada minat langsung untuk tonton citer tersebut, tapi selepas menonton 3 episod awal, terus timbul rasa minat, boleh dikatakan rasa saspen dan ingin tahu mula melanda diri dan niat untuk menonton episod yang berikutnya pun muncul. antara yang menariknya dalam satu babak, dimana satu sekumpulan orang berada dalam satu bot ni untuk aktiviti memancing, dan sorang ni berjaya menangkap seekor ikan jerung. skali terkejut beruk pemancingnya bila didapati cuma sebahagian kepala ikan tu jer yang berjaya ditarik keluar. pastu satu makhluk besar telah menelan terus keseluruhan bot tersebut… shocking yet interesting!!!

    permulaan dia, bagi pandangan aku ada 3 watak utama, tiada kaitan antara satu sama lain, salah satunya ahli biologi marin, seorang abang yang merupakan pekerja syarikat insurans yang telah kehilangan adiknya dalam lautan, dan seorang lagi, budak remaja yang terjumpa sesuatu yang luar biasa ketika berada di laut.

    sorang ni, Dr.Laura Daugherty merupakan pakar dalam bidang hidupan biologi marin, sedang dalam proses penyelidikan dalam dasar laut, telah menemui suatu yang dianggapnya sebagai penemuan baru spesies hidupan dalam laut, tetapi niatnya untuk meneruskan penyelidikan tersebut telah dihalang oleh pihak-pihak yang tertentu sehingga menggugat kerjaya beliau. walau bagaimanapun beliau tetap nekad untuk mencari kebenaran dan mendedahkan penemuan tersebut kepada pengetahuan umum.

    seorang lagi yang bernama Richard Connelly (rich), bersama kawan dan adiknya telah membuat aktiviti untuk penyelaman dalam laut dimana pada masa tersebut dia (rich) dan adiknya telah bertembung juga dengan makhluk tersebut. adik rich secara tidak sengaja telah tertembak senjatanya yang merupakan sebuah harpoon pada makhluk tersebut akibat terkejut. tetapi makhluk tersebut telah beredar dari tempat kejadian serta menarik dan mengheret adik rich yang mana tangannya telah tersangkut pada senjata tersebut. dan akibatnya rich telah kehilangan adiknya. selepas kejadian itu rich mengalami pelbagai kejadian aneh dan menjadi semakin nekad untuk mengetahui tentang makhluk tersebut dan kemudian akan bertembung dengan Dr. Laura dalam perjalanan.

    Miles Barnett, seorang remaja berusia 14 tahun, yang selalu dibuli oleh kakaknya, pada satu hari telah terjumpa dengan sejumlah telur yang tidak dikenalpasti asal-usulnya (yang pasti telur tu dari makhluk tersebutler), bersama kawannya Phil ketika berada di laut. Seterusnya dia telah mengambil salah-satu telur tersebut dan telah menyimpannya di akuarium di rumahnya dan dari situlah telur tersebut telah menetas dan seekor makhluk berupa seperti biawak dilahirkan, dan dinamakan oleh Miles sebagai “nimrod/nim“. Mulai dari saat itulah kehidupan Miles sedikit demi sedikit telah berubah. Aku maksudkan berubah tu…sendirilah tonton citer ni… ;)

    Dalam episod terakhir untuk musim pertama ni ketiga-tiga (Laura & Rich bertemu Miles) watak ini secara kebetulan akan bertemu antara satu sama lain seorang watak lagi yang akan muncul dalam pertengahan siri (bakal awek Miles bernama Caitlin)

    Musim kedua untuk citer ni? ntahler aku pun tak dapat nak konpem bila siarannya, pasal menurut dari wikipedia, citer ni telah disiarkan dari September 2005 sehingga ke Februari 2006, dan menyepikan diri disebabkan oleh siaran untuk Olympic Musim Sejuk 2006. Selepas tu pada 15 Mei 2006 kluar lak pengumuman dari NBC (saluran yang menyiarkan citer ni) siaran untuk citer tersebut telah dibatalkan. Bagi aku ler, sepatutnya memang ada musim kedua untuk citer ni, pasal pada permulaan episod terakhir, dari maklumat narrator dia ada mengatakan yang episod ini merupakan “season finale”, bermakna memang sah ada musim yang lain. Lagipun citer ni tergantung masa Tsunami melanda tempat tinggal Miles di Carolina Utara. Harap-harap siarkan ler musim kedua dan seterusnya untuk citer ni. Besh tu! :D

8 Comments


  1. ZeMMs says:

    Uiii.. panjangnyer review.. anyway.. aku mmg suka siri2 TV mcm ni..tp aku tak penah la lg tengok citer Surface ni.. takpe2. lepas ni jadi la dia antara citer yg aku bakal donlod. tp bukan ke skarang ni tgh masalah tak boleh nak donlod torrent luar negara coz ISP sekat utk jimat bandwidth? ke ko pakai mende lain.. haaa…

    ps: aku layan jugak LOST (feveret paling best!), prison break, sleeper cell :joget

  2. aman says:

    huhuhu…memang besh abis citer tue… :)

  3. azmie says:

    ZeMMs on January 29, 2007 at 9:53 am said:

    Uiii.. panjangnyer review.. anyway.. aku mmg suka siri2 TV mcm ni..tp aku tak penah la lg tengok citer Surface ni.. takpe2. lepas ni jadi la dia antara citer yg aku bakal donlod. tp bukan ke skarang ni tgh masalah tak boleh nak donlod torrent luar negara coz ISP sekat utk jimat bandwidth? ke ko pakai mende lain.. haaa…

    ps: aku layan jugak LOST (feveret paling best!), prison break, sleeper cell :joget

    takper arr…review yg panjang utk citer yg bagus :d citer2 lain yg aku ske cam smallville, heroes & desperate housewives ;)

    aman on January 29, 2007 at 1:27 pm said:

    huhuhu…memang besh abis citer tue… :)

    samaler :d

  4. abah says:

    erghh geramnyer aku tulis pepanjang time out pulakkkkkk [-(

    Neway, aku nak ckp yg citer ni cam best dulu ader citer teen series, namanye sooner or later tp dah kansel sbb slot citer lain lagi femes cam the apprentice.. soriler ayat tak sedap sbb dah ilang mud posting td dah ilang!:-w

  5. azmie says:

    abah on January 29, 2007 at 10:08 pm said:

    erghh geramnyer aku tulis pepanjang time out pulakkkkkk [-(

    Neway, aku nak ckp yg citer ni cam best dulu ader citer teen series, namanye sooner or later tp dah kansel sbb slot citer lain lagi femes cam the apprentice.. soriler ayat tak sedap sbb dah ilang mud posting td dah ilang!:-w

    stimix aku pn mengong jap tadi…tetiba jadi makin lembap…

    sooner or later? ader kuar kt tv malaysia ker?

  6. versi pe ko tgk?? cite skett

  7. nadiah_88 says:

    tgh tunggu sambungan tru calling.best lah cite tu.:)>-

  8. azmie says:

    littlehealerjr on January 31, 2007 at 7:03 am said:

    versi pe ko tgk?? cite skett

    downloaded from the internet nyer version ler…huhu

    nadiah_88 on January 31, 2007 at 11:28 am said:

    tgh tunggu sambungan tru calling.best lah cite tu.:)>-

    tru calling pn besh gak, tapi rasanyer dah takder season baru utk citer tu lagi dah…

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p