• AJL 21 milik Adibah Noor

    Juara Lagu ke 21
     

    Berakhirnya AJL ke 21 TV3 sebentar tadi…sekalung tahniah buat kak Adibah Noor, lagu dia yang famous iaitu terlalu istimewa telah berjaya memikat para juri kali ini. Aku pun memang amat meminati dan menghayati lagu ni. Tambahan beliau juga merangkul 2 lagi anugerah iaitu vokal terbaik dan juara kategori balada. Tahniah juga buat komposer Azlan Abu Hassan

    recap pemenang-pemenang anugerah:

    Persembahan terbaik : Mungkir Bahagia – Hazami
    Vokal terbaik : Terlalu Istimewa – Adibah Noor
    Kategori Balada : Terlalu Istimewa – Adibah Noor
    Kategori Pop Rock : Juwita Citra Terindah – M. Nasir
    Kategori Irama Malaysia : Warkah Buat Laila – Zahid
    Juara Lagu ke 21 : Terlalu Istimewa – Adibah Noor

    Kali ni penganugerahan memang tidak ada yang patut dipersoalkan. Sememangnya memang tepat untuk setiap kategori. Seperti yang dinyatakan oleh para pengacara Ally, Fara dan Cheryl, pemilihan dibuat berdasarkan lagu dan lirik yang terbaik, bukan berdasarkan siapa yang menulis dan yang menyanyikannya (untuk juara lagu).

    Lanjut boleh didapati di laman rasmi AJL

4 Comments


  1. mr.eims says:

    hamek ko… dulu xde producer yg nak kuakan album adibah noor..

    kne penampo sbijik.. :-\”

  2. azmie says:

    ituler, ada penah dier kater dulu, sumenyer kene kuar duit poket dier sendiri nak buat album…kira berbaloi ler sume usaha dier tu :d

  3. nadiah_88 says:

    lepas ni berduyun-duyun lah org nak amik kak adibah jd artis rakaman..
    sayang kak adibah.:x

  4. amulct says:

    memang lagu yang dia nyayikan tu terlalu istimewa sehingga menyebabkan dia menjadi teristimewa dan tahniah buat Adibah nor suaranya memang memukau ,liriknya yang membaluti persaan memang terlalu istimewa dia punya lagu…;)[-(8-|:d

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p