kadar tol naik lagi???

Berkuat kuasa 1 Januari ini, kadar tol di lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang akan dinaikkan antara 20 peratus hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kenaikan kadar tol itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Katanya, kenaikan itu perlu kerana ia telah termaktub dalam perjanjian konsesi masing-masing.

Sebelum keputusan diambil, satu kajian telah diadakan sejak Januari 2005 dan didapati kenaikan tol bagi kelima-lima lebuh raya itu mesti dilaksanakan bagi mengelakkan pembayaran pampasan yang tinggi

Petikan dari Utusan Malaysia

Well bagi aku, stakat ni tidak merupakan hal bagi aku pasal ianya tidak meliputi kepada tol yg aku lalu setiap hari untuk ke rumah di Serdang, iaitu Plus (Sg Besi) dan Besraya (Laluan di The Mines). Tapi aku rasa tidak lamer lagi akan ada juge kenaikan tu :(

Pertama-tama kali nya lar…aku nak persoalkan disini…adakah dengan kenaikan tol pada 1 Januari 2007 nanti, kita akan dapat satu perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain dengan lebih cepat dan lancar? Definisi cepat dan lancar disini adalah, dari segi penggunaan masa sewaktu dalam perjalanan ke destinasi menggunakan lebuhraya tersebut, dan juga faktor-faktor yang lain seperti keadaan permukaan jalan, keadaan lalu lintas, dsb. Umum mengetahui penggunaan lebuhraya adalah untuk perjalanan yang selesa, tanpa kesesakan dan juga menjimatkan masa untuk ke destinasi. Aku yakin semua setuju tanggapan ni kan?

Contoh yang terbaik disini adalah senario tol di lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong aka LDP, kalau dulu sebelum ni (masa LDP baru dibuka dulu) kadar tol adalah RM0.50 (kalau tak silap…kalau salah tolong betulkan), yang kemudiannya telah naik kepada RM1.00, adakah masalah kesesakan telah dapat diatasi? Bagi aku rasanya tidak…masih berlaku juga kesesakan yang teruk terutama sekali bila tiba waktu puncak. dan selepas ini pula akan naik kepada RM1.60 pula? Dan aku dapat agak yang masalah yang sama tetap akan berlaku. :|

Dan selepas baca artikel dari satu blog ni, dan penulis juga menyertakan fakta yang menyokong bahawa kenaikan kadar tol sebenarnya tidak perlu memandangkan syarikat konsesi dah dapat pulangan yang mencukupi.

…Jadi pendapat anda bagaimana???

cicakman

 

Baru balik dari The Mines tadi…lepas tengok citer Cicakman, bersama kapel terhangat B-). Apa yang bole aku katakan. Best & Bangga! Bangga pasal anak watan yang pertama dapat buat citer macam ni. Dan best bukan sahaja ngan teknologi grafik yang digunakan untuk sepanjang citer tersebut (memang dua ibu jari keatas!!), malah jalan citer juga memang amat menarik. Tabik dan pujian diberikan pada Yusry KRU kerana dapat mencapai tahap seperti ini.

Memula ingatkan bodoh ler tajuk Cicakman, dalam hati aku pikir aper ler boh namer camtu, cam takder nama lain ker?. Tapi seperti serangkap ayat Inggeris, “You Have To See It To Believe It!”. Nak kene tengok baru tau! :-D

Tidak dilupakan juga casting untuk citer ni, Saiful Apek sebagai Hairi, Yusry sebagai Dani, Fasha Sandha sebagai Tania, Aznil sebagai Professor Klon dan AC Mizal & Adlin Aman Ramli sebagai Ginger 1 & 2. Sumer nyer memang best-best!!! Adapun si Aznil yang agak over ngan lawak jahatnyer tu tapi kira dapat membawa watak tu gakler..huhu

Aku takmo nak citer bebanyak sangat kat sini kang ilang saspen lak bagi mereka yang belum menonton citer ni lagi. Tapi aper aku nak sentuh sket sini, pasal kebarangkalian untuk kesinambungan citer ni. Memang agak tinggi, cam bagaimana Si Cicakman hendak mendedahkan identiti dia kepada kekasih yang sangkakan kawan dia si Dani tu adalah Cicakman, si Tania tu. Dan Professor Klon yang akhirnya ditangkap atas segala perbuatan jahatnya tu, adakah dia….? noktah disini…huhu

Walau bagaimanapun sambungan untuk citer ni tetap ada. Baru-baru ni dalam suratkhabar mengatakan yang Cicakman mengaut jumlah kutipan sebanyak RM2 Juta sejak dari tarikh pertama ditayangkan citer nyer. Memandangkan sambutan untuk citer ni agak luar biasa, maka pihak terbabit iaitu KRU Productions akan menjalankan penggambaran untuk Cicakman 2 pada awal 2007 nanti.

Aku amat mengharapkan yang lagi best untuk sambungan Cicakman ni. Pertama sepertinya dalam industri perfileman. Harap-harap yang lain tu dapat bangun dari lena diulit intan mereka, jangan ler asek buat citer ala-ala cinta aja. Lagi bagus digabung bermacam-macam elemen yang lain. Contoh terbaik seperti tajuk entri aku kali ni ler :-D

ps: Thanx alot to Azurt & Zemms for kindly giving me a treat for dinner @ pizza hut and a ticket to watch the movie with them. Lenkali biar aku lak belanja buleh? huhu B-)

WordPress Malaysia KL Meetup

 

And yes, we do have a WordPress community in Malaysia. And for the first time a meetup will be held at Berjaya Times Square, KL on Saturday, 16th of December 2006 at 2.30pm. The one who came out with the idea, my fellow friend Zeo (some of you might know him) is also the coordinator of this event. And yes this meetup is for wordpress powered bloggers only

There will be some goodies ready to be given away for those who attending the event. Not much, a bunch of WP stickers and t-shirts (unfortunately no size available for the huge me). But hey, it’s the spirit to support the effort that counts. :joget2

As for me, I’ll try to make it to the event, although on the same day I have to be at some other place, due to some family matters. But as said earlier in his blog, that I will always totally, absolutely, positively 100% support this event and idea all the way. :-D

So, calling to all my fellow wordpress bloggers aka cronies and also my fellow visitors. Please, tanomu, I urge you, spare your time to participate in such event. As said by Zeo, and I quote:

This is a great opportunity for us getting to know each other and probably kutuk-kutuk each other WordPress blog. And also, if you want to be a part of something big next year (yes, you will be the first to hear) for Malaysia WordPress community, be sure to be there.

I definitely wanna be a part of it :-D

bawang merah bawang putih

siska & alya
 

image ihsan khai @ scukz.com :-D

Terus-terang aku cakap yang aku ader gakle layan citer ni, dulu tu hari-hari layan gakle, tapi kebelakangan ni sudah kureng sket. sebabnya? kerana kejahatan siska dan rika yang tidak berkesudahan, ke sentiasa-tidak-berdaya-an alya dan juga jalan cerita yang bole dikatakan secara kasarnya, “lepas satu, satu! tak abes-abes!”.

Anyway takyah ler nak citer ngan lebih lanjut pasal kat blog khai dah penuh ngan kupasan para komentarnya. Aper yang aku nak bagitau kat sini, yang WHI, singkatan bagi Wanita Hari Ini, ala rancangan TV3 tu ler, akan menjemput kalau tak silap, 2 bintang utama untuk citer tersebut, iaitu Nia Ramadhani (bawang merah) dan juge Revalina S Temat (bawang putih) khusus untuk ditemubual. Untuk cast-cast yang lain tu tatauler plak. Dan depa berdua juga bakal muncul di karnival sure heboh TV3 yang bakal menjelang tak lama lagi. Awww!! syoknye aku nak jumpa Nia…kawaii desu ne! (main taram taip jepun aku nih!).

PS: Aku ni jenis hot-hot chicken shit jer…kunun nak jumpe berdepan tapi last-last tengok kat TV jer…huhu

hari2 yang meletihkan

(baca dengan intonasi yg skema)

Tiga hari kebelakangan ini merupakan hari yang amat meletihkan bagi saya. Hari ini hari Jumaat, semalam hari Khamis, dan sehari sebelum semalam adalah hari Rabu. Malam tadi pada hari Khamis berhajat hendak membeli komputer riba Acer dengan skim pembayaran ansuran mudah kad kredit, tetapi tidak kesampaian oleh kerana had kredit yang tidak mengizinkan, oleh itu punahlah hajat saya pada malam itu. Justeru membuatkan saya rasa letih untuk melakukan aktiviti seterusnya pada malam itu.

Sehari sebelum ini pada hari Rabu malam Khamis, komputer peribadi saya telah mengalami masalah. Masalah tersebut adalah kegagalan sistem untuk mengenalpasti kehadiran cakera keras. Pada pemulaan saya merasa agak cemas kerana menyangkakan kebarangkalian cakera keras telah mengalami kerosakan, dan banyak fail video telah saya muat turun dan tidak sempat untuk dibakar masuk ke dalam DVD. Tetapi agak hairan kerana cakera keras yang kedua juga tidak dapat dikenalpasti kehadirannya. Jadi akibatnya saya tidak menggunakan komputer tersebut untuk sepanjang malam itu. Keesokannya saya membawa komputer tersebut kepada abang saya untuk dikenalpasti punca masalahnya.

Alhamdulillah setelah diperiksa didapati cakera keras tidak mempunyai sebarang masalah, ianya telah dibetulkan dan setelah selesai waktu kerja saya membawa semula komputer tersebut ke rumah untuk dipasang semula. Tetapi didapati ada sedikit keganjilan dimana apabila saya hendak memindahkan fail, proses yang dilakukan teramatlah lembab dan perkara yang sama berlaku apabila saya hendak membakar sesuatu DVD dimana “read memory buffer” berada dalam keadaan tidak konsisten dan menyebabkan proses membakar DVD menjadi agak lembab dan perlahan. Saya tidak dapat mengetahui punca masalah tersebut, justeru membuatkan saya menjadi amat letih kerana memikirkan asyik dilanda masalah yang datang satu per satu.

Sebentar tadi pada hari ini iaitu hari Jumaat, semasa melakukan sembahyang Jumaat, saya berasa amat letih juga disebabkan cuaca sebentar tadi yang agak panas, dan Khatib yang membaca khutbah dan doa dalam keadaan berlagu menyebabkan saya menjadi agak mengantuk dan hampir terlena.

Oleh itu secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan yang hari Rabu, Khamis dan Jumaat pada minggu ini adalah hari-hari yang amat meletihkan. Sekian, terima kasih.