a51 removed

Akhirnya direktori tu telah dimansuhkan (well masih ada lagi cuma tinggal direktori kosong jer, mungkin malam nanti akan dibuang terus) setelah digunakan selama agak-agak nak dekat 2 tahun rasanyer, sejak aku join exabytes ler (rujuk entri pertama aku masa baru install wordpress dulu).

Aku telah memindahkan direktori wordpress aku ke direktori root aku, bermakna tiada lagi splash page, yang ader mamat/minah dalam shoutbox aku merujuk sebagai gambar pelik, yang sebenarnya gambar salah satu watak dalam citer Get Backers. Dan ada juga dirujuk oleh seseorang sebagai “useless, no meaning”. Takper aku terima pandangan korang, tarak hal. Lagipun aku buat camni pun bukan pasal ada orang desak aku soh buang splash page tu, pasal aku terasa nak buat perubahan, ditambah lak dengan pendapat sorang member aku nih, yang diutarakan dalam perbualan chat kami baru-baru ni. Mungkin aku akan cuba mengikut pendapat dia tu, in due time.

Dan Gempax.net juga mempunyai page indeks yang tersendiri, tidak lagi merujuk kepada page indeks Azmie.net, thanks atas pertolongan member tu gak. Buat masa ni takder default page. Nanti-nantiler baru aku sentuh, ader projek yang nak dibuat untuk page tu dalam masa terdekat ni.

Jadi buat semua yang mempunyai link aku tu sila ler update. Sekian terima kasihan. :-D

13 thoughts on “a51 removed

  1. Ye, terima kasih kepada zeo kerana membantu azmie memindahkan semua blog blog dia yang berada di sub-direktori ke main directori. :malu

  2. semalam aku tgk dah pindah ke root… sebab aku biasa taip /a51…
    dulu aku pun guna sub tapi bila pikir tentang SEO, PR dll… aku guna domain aku terus ke blog…
    lagipun banyak benda dah aku belajar tentang SEO, PR, backlinks dll…
    so, congrats sebab ‘bertukar’…

  3. Wizurai on December 19, 2006 at 11:12 pm said:

    semalam aku tgk dah pindah ke root… sebab aku biasa taip /a51…
    dulu aku pun guna sub tapi bila pikir tentang SEO, PR dll… aku guna domain aku terus ke blog…
    lagipun banyak benda dah aku belajar tentang SEO, PR, backlinks dll…
    so, congrats sebab ‘bertukar’…

    thanx :)

    Zeo on December 19, 2006 at 11:40 pm said:

    mie, ko lupa satu bende. Say NO to www. ;)

    so remove www gak?

    korokmu on December 20, 2006 at 4:06 am said:

    Apesal tak redirect je gune php. Bukan ke care tu SE frinedly jugak ke :-?

    redirect? ntah ler tak berkenan pacik ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p