• kadar tol naik lagi???

    Berkuat kuasa 1 Januari ini, kadar tol di lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang akan dinaikkan antara 20 peratus hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1.

    Lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kenaikan kadar tol itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

    Katanya, kenaikan itu perlu kerana ia telah termaktub dalam perjanjian konsesi masing-masing.

    Sebelum keputusan diambil, satu kajian telah diadakan sejak Januari 2005 dan didapati kenaikan tol bagi kelima-lima lebuh raya itu mesti dilaksanakan bagi mengelakkan pembayaran pampasan yang tinggi

    Petikan dari Utusan Malaysia

    Well bagi aku, stakat ni tidak merupakan hal bagi aku pasal ianya tidak meliputi kepada tol yg aku lalu setiap hari untuk ke rumah di Serdang, iaitu Plus (Sg Besi) dan Besraya (Laluan di The Mines). Tapi aku rasa tidak lamer lagi akan ada juge kenaikan tu :(

    Pertama-tama kali nya lar…aku nak persoalkan disini…adakah dengan kenaikan tol pada 1 Januari 2007 nanti, kita akan dapat satu perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain dengan lebih cepat dan lancar? Definisi cepat dan lancar disini adalah, dari segi penggunaan masa sewaktu dalam perjalanan ke destinasi menggunakan lebuhraya tersebut, dan juga faktor-faktor yang lain seperti keadaan permukaan jalan, keadaan lalu lintas, dsb. Umum mengetahui penggunaan lebuhraya adalah untuk perjalanan yang selesa, tanpa kesesakan dan juga menjimatkan masa untuk ke destinasi. Aku yakin semua setuju tanggapan ni kan?

    Contoh yang terbaik disini adalah senario tol di lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong aka LDP, kalau dulu sebelum ni (masa LDP baru dibuka dulu) kadar tol adalah RM0.50 (kalau tak silap…kalau salah tolong betulkan), yang kemudiannya telah naik kepada RM1.00, adakah masalah kesesakan telah dapat diatasi? Bagi aku rasanya tidak…masih berlaku juga kesesakan yang teruk terutama sekali bila tiba waktu puncak. dan selepas ini pula akan naik kepada RM1.60 pula? Dan aku dapat agak yang masalah yang sama tetap akan berlaku. :|

    Dan selepas baca artikel dari satu blog ni, dan penulis juga menyertakan fakta yang menyokong bahawa kenaikan kadar tol sebenarnya tidak perlu memandangkan syarikat konsesi dah dapat pulangan yang mencukupi.

    …Jadi pendapat anda bagaimana???

18 Comments


  1. ZeMMs says:

    That sux.. Semua bende nak naik skarang.. Nampak gayenye kene mintak naik gaji jugak ler camnih.. :-w

  2. azmie says:

    yang bengongnya skali naik banyak tu!!, LDP tu, dari RM1 naik jadi RM1.60! cam ikut trend harga minyak naik ler plak!

  3. ikoko says:

    pendapat saya..

    ..bila tengah sesak, memang takleh nak pi jauh-jauh yg ada guna tol..

    ..tapi, bila fikir.. macamana perasaan orang yang kena pi keje memang lalu high way tiap-tiap hari.. naik pulak kereta.. naik motor bleh jimat lagi..
    :( camni kopak duit tiap-tiap hari kat tol je la kan.. makan kena kurengkan.. sangat sedih..

  4. CypherHackz says:

    yang bengong nye tu adalah duit dari tol tu dapat kat dorang jugak. dats why dorang naik kan.

    yang pasal nak bayar pampasan2 tu, pampasan dorang la tu. yang setuju tuk naikkan tol pun dorang. cube kalau tanya rakyat sendiri setuju ke tak naikkan harga tol. mesti tak punya.

    kalau tanya dorang nih, mesti dorang setuju coz duit tu dapat kat dorang. :-l

  5. azmie says:

    itu ler pasal…dah ler dapat duit, lagi mau naik kadar tol lagi…

    kalau tol tu tak laku, lain ler citer nyer…[-(

  6. cake says:

    lalala.. no komen. ‘sekarang’ mungkin xde effect lagi hal2 nih ngan diriku.. hehe. :-“

  7. adib says:

    sammy vellu tarak cukup duit laa tu..bengong…keje bt jalan ngan naik tol..patut laa itam je..asik kene simbah ngan minyak tar..(adakah ayat2 diatas over :-")

  8. ejon says:

    mari la ramai2 kuar naik lrt atau rapid kl

  9. azraai says:

    ramai lagi yang tak paham macam mana perjanjian konsesi ni berjalan rasanya. hanya org yg terlibat jer akan rasakan mcm mana tertekan bila menentukan harga tol.

    perjanjian konsesi berlaku mcm ni.

    kerajaan peruntukkan duit kepada syarikat tertentu utk buat highway. jadi dia kena bayar balik dalam masa tertentu. kadar tol adalah tetap melainkan ada penambahan pada lebuhraya tu sendiri. konsesi ni juga adalah sumber kewangan kerajaan.

    maknanya kalo naik harga maknanya ada penambahan lebuhraya sedia ada.
    lebuhraya yang ada penambahan.
    1. Lebuh Raya Damansara-Puchong E11
    2. Lebuh Raya Cheras-Kajang
    3. Lebuhraya Utara Selatan

    Lebuhraya dalam pembinaan
    1. Lebuh raya pantai timur – konsesi bersama lebuh raya karak-kuala lumpur.

    — Pesanan Khidmat Masyarakat —
    kalau kerajaan tgh banyak duit tapi naikkan harga tol, minyak, air, dan elektrik. ertinya apa? Kerajaan korup. Gunakan hak anda pada pilihan raya akan datang.

  10. azraai says:

    ejon on December 16, 2006 at 10:37 pm said:

    mari la ramai2 kuar naik lrt atau rapid kl

    RapidKL nak naik tambang bas lagi 20% bila bas baru sampai! apa kes?

  11. ejon says:

    azraai on December 16, 2006 at 10:48 pm said:

    ejon on December 16, 2006 at 10:37 pm said:

    mari la ramai2 kuar naik lrt atau rapid kl

    RapidKL nak naik tambang bas lagi 20% bila bas baru sampai! apa kes?

    aiyohh… pakat2 naik basikal la, cam kat China buat.

  12. cake says:

    haah. cake pnah nampak beskal kat china.. parking.. giler byk. cane nak kenal beskal seniri pun xtau.. ratusan ribu rasanya.. huhu. kat japan pun sama.

  13. abah says:

    One word dude “SUCKS” [-(

  14. adib says:

    huhuh..setuju..kita patut tentukn kerajaan kita sendiri..

  15. mr.eims says:

    Kat tewan plak ramai pakai skuter je…. moto kapchai tak maen…. /:)

    nway.. menggong tol tol ni… sampai 60% beb.. naek 6% cokop lar… [-(

  16. shadowX_19 says:

    huhuhu.. sume barang naik.. kalo harga minyak n tol naik comfirm sume barang naik. angin tul la… tandas pun dah naik harga. sekali masuk 20sen [-(

  17. shadowX_19 says:

    *pembetulan

    harga masuk tandas 30sen sekali masuk :d

  18. azmie says:

    ASB lak…makin turun dividen nyer…[-(

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p