Berkuat kuasa 1 Januari ini, kadar tol di lima lebuh raya di sekitar Lembah Klang akan dinaikkan antara 20 peratus hingga 60 peratus atau 30 sen hingga RM1.
Lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kenaikan kadar tol itu telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.
Katanya, kenaikan itu perlu kerana ia telah termaktub dalam perjanjian konsesi masing-masing.
Sebelum keputusan diambil, satu kajian telah diadakan sejak Januari 2005 dan didapati kenaikan tol bagi kelima-lima lebuh raya itu mesti dilaksanakan bagi mengelakkan pembayaran pampasan yang tinggi…
Petikan dari Utusan Malaysia
Well bagi aku, stakat ni tidak merupakan hal bagi aku pasal ianya tidak meliputi kepada tol yg aku lalu setiap hari untuk ke rumah di Serdang, iaitu Plus (Sg Besi) dan Besraya (Laluan di The Mines). Tapi aku rasa tidak lamer lagi akan ada juge kenaikan tu
Pertama-tama kali nya lar…aku nak persoalkan disini…adakah dengan kenaikan tol pada 1 Januari 2007 nanti, kita akan dapat satu perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain dengan lebih cepat dan lancar? Definisi cepat dan lancar disini adalah, dari segi penggunaan masa sewaktu dalam perjalanan ke destinasi menggunakan lebuhraya tersebut, dan juga faktor-faktor yang lain seperti keadaan permukaan jalan, keadaan lalu lintas, dsb. Umum mengetahui penggunaan lebuhraya adalah untuk perjalanan yang selesa, tanpa kesesakan dan juga menjimatkan masa untuk ke destinasi. Aku yakin semua setuju tanggapan ni kan?
Contoh yang terbaik disini adalah senario tol di lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong aka LDP, kalau dulu sebelum ni (masa LDP baru dibuka dulu) kadar tol adalah RM0.50 (kalau tak silap…kalau salah tolong betulkan), yang kemudiannya telah naik kepada RM1.00, adakah masalah kesesakan telah dapat diatasi? Bagi aku rasanya tidak…masih berlaku juga kesesakan yang teruk terutama sekali bila tiba waktu puncak. dan selepas ini pula akan naik kepada RM1.60 pula? Dan aku dapat agak yang masalah yang sama tetap akan berlaku.
Dan selepas baca artikel dari satu blog ni, dan penulis juga menyertakan fakta yang menyokong bahawa kenaikan kadar tol sebenarnya tidak perlu memandangkan syarikat konsesi dah dapat pulangan yang mencukupi.
…Jadi pendapat anda bagaimana???