• hari2 yang meletihkan

    (baca dengan intonasi yg skema)

    Tiga hari kebelakangan ini merupakan hari yang amat meletihkan bagi saya. Hari ini hari Jumaat, semalam hari Khamis, dan sehari sebelum semalam adalah hari Rabu. Malam tadi pada hari Khamis berhajat hendak membeli komputer riba Acer dengan skim pembayaran ansuran mudah kad kredit, tetapi tidak kesampaian oleh kerana had kredit yang tidak mengizinkan, oleh itu punahlah hajat saya pada malam itu. Justeru membuatkan saya rasa letih untuk melakukan aktiviti seterusnya pada malam itu.

    Sehari sebelum ini pada hari Rabu malam Khamis, komputer peribadi saya telah mengalami masalah. Masalah tersebut adalah kegagalan sistem untuk mengenalpasti kehadiran cakera keras. Pada pemulaan saya merasa agak cemas kerana menyangkakan kebarangkalian cakera keras telah mengalami kerosakan, dan banyak fail video telah saya muat turun dan tidak sempat untuk dibakar masuk ke dalam DVD. Tetapi agak hairan kerana cakera keras yang kedua juga tidak dapat dikenalpasti kehadirannya. Jadi akibatnya saya tidak menggunakan komputer tersebut untuk sepanjang malam itu. Keesokannya saya membawa komputer tersebut kepada abang saya untuk dikenalpasti punca masalahnya.

    Alhamdulillah setelah diperiksa didapati cakera keras tidak mempunyai sebarang masalah, ianya telah dibetulkan dan setelah selesai waktu kerja saya membawa semula komputer tersebut ke rumah untuk dipasang semula. Tetapi didapati ada sedikit keganjilan dimana apabila saya hendak memindahkan fail, proses yang dilakukan teramatlah lembab dan perkara yang sama berlaku apabila saya hendak membakar sesuatu DVD dimana “read memory buffer” berada dalam keadaan tidak konsisten dan menyebabkan proses membakar DVD menjadi agak lembab dan perlahan. Saya tidak dapat mengetahui punca masalah tersebut, justeru membuatkan saya menjadi amat letih kerana memikirkan asyik dilanda masalah yang datang satu per satu.

    Sebentar tadi pada hari ini iaitu hari Jumaat, semasa melakukan sembahyang Jumaat, saya berasa amat letih juga disebabkan cuaca sebentar tadi yang agak panas, dan Khatib yang membaca khutbah dan doa dalam keadaan berlagu menyebabkan saya menjadi agak mengantuk dan hampir terlena.

    Oleh itu secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan yang hari Rabu, Khamis dan Jumaat pada minggu ini adalah hari-hari yang amat meletihkan. Sekian, terima kasih.

12 Comments


  1. ZeMMs says:

    Kalo ko keje as programmer… tiap-tiap hari adalah hari yg amat meletihkan.. termasuk sabtu & ahad.. huhuhu

  2. azmie says:

    nih baru letih pasal pc ngan time sembahyang Jumaat, belum lagi letih pasal hal lain…hohoh

  3. azmie says:

    lupa lak, pagi tadi baru jek melayang duit RM200, pasal nak renew hosting aku ni ler…letih letih…#-o

  4. kyoshiro says:

    umm… nie leh wat essay BM nie… :d

  5. CypherHackz says:

    sari berita penting. terima kasih kerana memberikan download link itu. semoga keletihan anda tidak berpanjangan. disamping itu, komputer saya turut mengalami masalah ganjil di mana ia kadang2 bunyi beeeeppp…. beeepppp… saya pun tidak tahu kenapa.

  6. azmie says:

    kyoshiro on December 1, 2006 at 3:49 pm said:

    umm… nie leh wat essay BM nie… :d

    sesungguhnya saya tidak pandai

    CypherHackz on December 1, 2006 at 4:47 pm said:

    sari berita penting. terima kasih kerana memberikan download link itu. semoga keletihan anda tidak berpanjangan. disamping itu, komputer saya turut mengalami masalah ganjil di mana ia kadang2 bunyi beeeeppp…. beeepppp… saya pun tidak tahu kenapa.

    bunyi? time dah masuk windows atau baru nak idup pc?

  7. hepan says:

    saya baru kehilangan cakera keras berkapasiti 160GB yang tersangat la banyak isi perutnya. penat saya menembak-masalah tapi masih belum mendapat kepastian yang abadi. mungkin cakera keras tersebut sudah tidak suka sama saya punya komputer peribadi.

    apa kata anda mencuba tongkat ali cafe yang mungkin boleh mengembalikan tenaga anda yang hilang itu. barangkali boleh juga menambah tenaga batin.

    ok cukop merepek.. ahahaha. tapi mmg hd aku rosak. dem dem dem dem dem dem dem. ok puas

  8. azmie says:

    saya tumpang simpati sama anda…saya juga mungkin menghadapi kebarangkalian yang sedemikian rupa juga…oleh itu saya telah membuat persediaan lebih awal dengan memindahkan segala data penting ke dalam cakera keras simpanan…diharap cakera keras tersebut tidak mengalami sebarang permasalahan…:(

  9. hepan says:

    actualy aku tatau la rosak ke tak. die macam tamo jalan tau as if aku tak cucuk power cable kat hd tu. nanti la aku try balik. sayang wooo 160GB tuuuu… wuu

    oo btw, aku beli external cooler master hd encloser (btol ke neh) best gileeeee

  10. azmie says:

    cooler cam peti ais nyer tu ker?

  11. paskal says:

    Assalamualaikum…
    Kehadapan abang azmie, semoga berada dalam keadaan sihat wal-afiat adanya. Merujuk kepada sebahagian isi kandungan entri ini, saya juga mengalami masalah berkenaan cakera keras yang dimiliki oleh saya. Pertama, cakera keras 30GB Maxtor, yang mana telah jatuh terhempas dengan jayanya dari atas kerusi ke atas lantai, dimana mengakibatkan isi kandungannya sudah tidak mampu dibaca lagi. :(( . Kedua, cakera keras yang baru dibeli di Plaza Lowyat, iaitu 80GB Samsung jugak telah mengalami kekejangan semasa hendak memasang Windows XP cap Lanun, dan masih kejang sehingga hari ini. Ketiga, cakera keras 2.5 inci 20GB Toshiba (laptop HD) juga kejang setelah beberapa kali digunakan melalui kekotak luaran yang berharga RM18, berjenama Hi-Speed (cap kura²). Sekian laporan kabinet. Huwaaaaaaa tensen :((:((:((

  12. azmie says:

    sebarang kesulitan amatlah dikesali…huhu

    aku check pc aku ni gune online virus scanner milik kasperky…belambak detect virus woo…dem norton satu hape pn x detect! padahal makin lembab slow jadinyer pc ni! x(

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p