refresh my ride…

 

Baru jek tengok citer ni buat pertama kali kat TV3 kol 1930 tadi. Berkonsep cam Pimp My Ride MTV ler ni, tapi dalam bentuk versi yang lebih ringan sket oleh SHELL, dimana bajet diberikan sebanyak RM5,000 seorang kepada 2 peserta untuk “refresh” (menyegarkan) kereta mereka dalam apa2 jenis bentuk dari segi luaran ataupun dalaman kereta masing2.

Agak menyeronokkan gak ler, mana taknyer saper tak happy kalau diberikan bulat2 duit sebanyak RM5,000, untuk ubah keadaan kereta ikut kehendak memasing. Aku pon nak hohoh…Memacam plan dalam kpale otak aku nih…8->

Tapi aku tatau lak camner caranyer nak menyertai peraduan ni…kene isi minyak kat stesen shell ker? hmmm…:-?

NFS Carbon

 

Korang dah main tak game ni? besh giler tu…berbeza ngan game sebelum ni iaitu NFS-Most Wanted. Cara main ala2 “conquer” satu kawasan, dan lepas tu lawan ngan bos kawasan tersebut. Apa yang menariknya bila lawan ngan bos ader 2 jenis race, satu race dlm circuit, dan satu lagi jenis kejar-mengejar. Race kedua tu ader 2 fasa, iaitu sesi mengejar dan sesi dikejar. Apa yang menariknya kita mesti kejar bos tu dalam satu race dari atas bukit menuju ke bawah, dan kalau boleh kita mesti melepasi bos tersebut untuk mendapatkan jumlah mata yang banyak. Tapi kita juga tak boleh melanggar kenderaan bos tersebut atau kita kehilangan lebih kurang 5000pts, banyak gak tu!. Begitu juga sebaliknya dalam fasa kedua, dimana kita tidak boleh membiarkan si bos mendahului kita, dimana dia akan memperolehi point yang lebih banyak dari kita nanti, dan jika terlalu jauh ketinggalan, kita akan disingkirkan secara automatik, begitu juga jika kita terjatuh dari tebing! (part ni yang besh sgt ni! berbeza ngan game sebelumnya)

Dan kereta2 kali ni pun lebih menarik dan mengancam! antaranya Alfa Brera (ada gak kete alfa…cayala!), Dodge dan juga Ford GT…bila sampai peringkat 80% pencapaian dalam game tu, kereta2 cenggini ler yang paling sesuai digunakan. Sebab makin lama makin agak susah nak bersaing dalam sesuatu race tu. Tapi berdasar apa yang aku telah main setakat ni, takder pun event drag. Cuma ada event drift, sprint, circuit, checkpoint, speedtrap dan juga downhill race (lawan bos, dan juga sprint event). Aku bagi 4/5 bintang utk game. Tapi 2/5 bintang utk kualiti grafik (mmg buruk betul bila main kat pc AMD buruk aku, tapi tatauler kalau kad grafik berkuasa tinggi, aku fokuskan kat visual grafik utk orang nye)

Maklumat lanjut boleh didapati kat SINI :-D

wat hal dah!

Wat hal lagi! aku takleh nak gune stimix aku lagi!!! kali ni saspek line tepon ler plak! perasan tengahari semalam lagi dari tempat keje, aku tgk MSN messenger yg sepatutnya online, tetiba offline lak. Balik rumah malam tadi tgk modem aku dok berkelip manjang lampu DSL tu. Cam tau jek aper simptom dia, skali aku angkat tepon nak pastikan aper yang terjadi, ader bunyi bising yang agak kuat! Sah! mesti problem line tepon nih! Pasal sebelum ni aku penah kene masalah yang sama, akibatnya aku kene tukar wiring tepon utk seluruh rumah! Burn duit aku RM150 bagi kat tukang pasang wayar tu. :-l

Ekceli line stimix nih sensitif sket kalau ader aper-aper gangguan, contoh cam bunyi bising yang aku cakap tadi tu, DSL mesti tak jalan justeru takleh ler access stimix tu.

Ada masa biler lampu tu berhenti berkelip, aku try ler dail, selalunya tak dapat, tapi bila dapat connect pon, tadak respon! pasal line tak stabil ler tu!. Malam tadi sempat gune utk hantar email kat cik azurt jer, tulis email pasal problem aku ni (sori sesangat call ganggu dier malam tadi..huhu), dia keje TMnet so aku kira mengadu kat dia ler ni. Lepas jek hanto email tu terus stimix takleh pakai dah! Tensen giler.

Nasib baik ader dialup kat tempat keje ni…:|

penyelesaian masalah memory firefox

Aku ada jumpa satu artikel yang mengatakan bila kita minimize Firefox window ianya akan menyebabkan peningkatan dalam penggunaan memory. Dan setiap kali kita maximize dan minimize berulang-kali peningkatan itu akan kerap berlaku. Dan ini sememangnya benar kerana juga berlaku pada aku, bila aku minimize dan maximize kan Firefox, aku ada masa penggunaan memory akan meningkat adakala mencecah sampai 190K.

Dan ini mungkin ada kaitan dengan punca masalah Firefox aku yang sentiasa crash dan sebetulnya menyusahkan aku.

Dalam artikel tu juga ada menyebut tentang cara nak atasi masalah tersebut, seperti berikut:

1. Buka Firefox and taip about:config pada bahagian address bar kemudian tekan ENTER
2. Kemudian right-click dan pilih new -> boolean
3. Kemudian dalam kotak yang akan keluar, taip config.trim_on_minimize. dan tekan ENTER
4. Kemudian pilih True dan tekan ENTER
5. Tutup segala Firefox window yang anda buka dan restart kembali Firefox

Kesudahannya dapat disaksikan pada task manager anda, apabila window Firefox berada dalam keadaan maximized, penggunaan memory akan berada pada keadaan yang boleh dikatakan sentiasa meningkat (tapi tidak melampau) dan bila di minimize, ianya akan turun secara mendadak. Jadi tidak perlu risau akan penggunaan memory yang berlebihan.

Kredit kepada r9Studio diatas fix dan artikel tersebut.

~Selamat mencuba :-D