
2006, tahun tersebut kali ini berlalu dengan cepat sekali, tup tup dah nak masuk Ramadhan, pastu sebelum sempat disedari, Syawal, pastu dah akhir tahun dah…sedar-sedar dah pun masuk 2007. Teringat aku kat sepotong ayat dalam surah Al-Asr, “Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Berada Dalam Kerugian“… Apapun bulan Ramadhan ini ialah bulan yang mana telah ditentukan oleh Allah Ta’ala sebagai bulan suci untuk melatih hambaNya membersihkan jiwa dan mencapai ketakwaan melalui ibadah puasa. (ciplak sket ayat dari site lain)
Justeru dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan bloggers dan juga visitors yang beragama Islam. Puasa biarlah cukup sebulan bagi kaum adam, bagi kaum hawa tu kalau ada sebab-sebab tertentu tu takpeler, tapi jangan lupa ganti puasa biler dah selesai ramadhan dan raya puasa nanti lak…:)>-
Maafkan daku kerana ayat yang agak skema, cuma hari ni merupakan hari yang agak tensen bagi aku. Harap-harap puasa nanti aku tak mengalami keadaan sedemikian rupa. Insya Allah.



