• wahai pemandu yang budiman…

    Tetiap hari aku ulang alik dari rumah ker tempat keje nih, memacam jenis perangai orang bawak kereta dan keadaan kereta yang aku selisih. Ni aku nak senaraikan sket dan pada masa sama nasihat sekali ler, untuk diri aku dan korang yang bergelar driver ler gak…

    Pertama: Nak bawak kereta tu, kalu dah sedar diri tu slow (kengkadang tak sedar diri bawak kereta cam makan angin), pehtu yang p dok lane kanan tu watpe, ingat ni Amerika ker lane kanan lane slow? Pepandai ler dok kiri ek (and I mean left lane, jika bawak kereta slow giler, iyerlar cermat, jenis yang biar lambat asalkan selamat), jangan ler sampai kenderaan belakang dok horn sambil main headlight disertakan skali ngan maki hamun ngan sumpah seranah. Perbuatan camni walau sedikit mana pon leh menyumbang dalam berlakunya kemalangan.

    Kedua: Dah tau kete sendiri tu, (kalau kereta pinjam pon kene ler jaga gak), jagaler keadaan kereta tu sebaik yang mungkin, periksa ler sumer jenis lampu yang terdapat kat kereta anda, samada berfungsi atau tidak, sebelom memulakan perjalanan…lebih-lebih lagi pada waktu malam…ingat ler keselamatan orang lain gak, ni aku jumpa ada yang tak nyala langsung satu hape pon lampu…bahaya tu! bayangkanler, skali anda brek kecemasan orang belakang tak dapat nak agak kalau lampu brek tidak berfungsi, begitu juga lampu signal, terutama sekali biler nak masuk simpang ataupon dari keadaan bergerak hendak berhenti, ini kerana kenderaan didepan ataupon dari belakang memang takleh nak agak, lebih2 lagi jenis mereka yang jenis kununnye professional, ske ati lelaju nak berhenti or masuk simpang…fikirlah keadaan ataupon keselamatan kenderaan lain gak :|

    Ketiga: Berkaitan ngan lampu gak, tapi ini lampu headlight ataupon lampu 2 bijik besar kat depan kereta anda tu, periksa ler samada berfungsi atau tidak, takpon bagaimana keadaan lampu tu menyala, samada terlampau silau ker, ataupon terlampau rendah sangat… ini tidak, ada yang aku jumpa kereta seblah lampu tu terang, sebelah lagi malap, ini mungkin berkaitan mentol yang rosak, ataupon keadaan lampu 2 bijik tu nyala tak seimbang. Akibatnya, menyakitkan mata pemandu kenderaan yang datang dari arah bertentangan akibat silau, silap2 bole menyebabkan kemalangan tau! Jadi adjustkan lar supaya lampu tu seimbang nyalanya ataupon tukar mentol jika perlu.

    Keempat: Berkaitan lampu depan gak, ader yang aku jumpa ikut sesuka ati mak bapak derang jek nak pasang high beam ataupon lampu tinggi, high beam ni gunanyer untuk dalam keadaan yang berjangka pendek, ataupon dengan kata lain “kejap-kejap ajer bole ler”, kalu korang kat jalan yang memang betol2 gelap, takder lampu jalan langsung, dimana takder sebarang kete pon lalu kat kawasan tu, kalau ada pon sebijik 2 ajer…agak2 tak nampak jalan lebih2 lagi time selekoh ataupon nak tengok papan tanda, baru ler leh guna…kalau jalan yang sibuk jangan ler guna dek oi! dah namanyer sibuk, jalan pon terang benderang…nak high beam aper lagi! Sakit ler mata orang lain yang bawak kereta dari arah bertentangan! jangan ler fikir diri sendiri ajer!

    ni ajer yang aku terpikir wat masa ni, ader lagi aku tambah kemudian dalam entry baru…:|

8 Comments


  1. CypherHackz says:

    emo ek? hu3. btw memang betul pun, kadang2 dorang bawak kete tak tengok kiri kanan. main masuk je lane orang lain. hormatilah pengguna motosikal seperti aku ni.

    ps: nasib baik aku bawak kete cam aku bawak moto. hek3.

  2. c4stello says:

    aku bila bwk keta perkara pertama yang aku highlight ialah pemandu motor… yer la aku pernah bwk motor xciden psl kena himpit

  3. ZeMMs says:

    Aku cukup tak suke org yg pakai headlight jenis terang bersilau tuh..
    bahaye beb… [-(

  4. azmie says:

    CypherHackz on August 16, 2006 at 9:13 am said:

    emo ek? hu3. btw memang betul pun, kadang2 dorang bawak kete tak tengok kiri kanan. main masuk je lane orang lain. hormatilah pengguna motosikal seperti aku ni.

    ps: nasib baik aku bawak kete cam aku bawak moto. hek3.

    ko bawak moto camner tu? huhu

    c4stello on August 16, 2006 at 3:02 pm said:

    aku bila bwk keta perkara pertama yang aku highlight ialah pemandu motor… yer la aku pernah bwk motor xciden psl kena himpit

    bawak motor itu ler risiko dier…

    ZeMMs on August 16, 2006 at 3:47 pm said:

    Aku cukup tak suke org yg pakai headlight jenis terang bersilau tuh..
    bahaye beb… [-(

    u mean HID light tu? kalau ikutkan ader roadblock jpj mmg kene nya..melainkan kalu kete tu mmg dah standard datang sekali ngan lampu tuh…

  5. bardy says:

    hammek aku benci keta lampu warna aneh2 cam hijau dan putih. Silauuuu dan “macam” bagus :-w

    pastu motor yg tader tail light.. giler hangin.. ( eh moto masuk ke dalam diskusi ini?) lantak le.. nak hangin gak..

  6. hepans says:

    slalunye lampu kete jenis HID (yang putih bersinar2 tu) takpe asalkan diselaraskan dengan betul. Aku pun hangin kalo lampu biasa tapi dah macam hi beam tinggi dier.. sungguh sial skali.

  7. azmie says:

    bardy on August 17, 2006 at 12:14 am said:

    hammek aku benci keta lampu warna aneh2 cam hijau dan putih. Silauuuu dan “macam” bagus :-w

    pastu motor yg tader tail light.. giler hangin.. ( eh moto masuk ke dalam diskusi ini?) lantak le.. nak hangin gak..

    ekceli penggunaan lampu camtu mmg tak bagus…kalu time hujan lagi tak nampak jalan tau…baik lagi lampu mentol standard tu…

    hepans on August 17, 2006 at 9:44 pm said:

    slalunye lampu kete jenis HID (yang putih bersinar2 tu) takpe asalkan diselaraskan dengan betul. Aku pun hangin kalo lampu biasa tapi dah macam hi beam tinggi dier.. sungguh sial skali.

    tak gak…aritu abang aku kene tahan ngan JPJ, padahal lampu dier takder silau pon…tapi dier saman gak, pastu kene revert balik ker lampu lamer dan kene wat inspection laie…:(

  8. mohdismail says:

    entry ni kene masuk guideline baru jpj nih..haha

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p