Selamat Merdeka 49

Merdeka!

Tinggal baper jam laie sebelom genap 31 ogos 2006…aku nak ucapkan Selamat Hari Merdeka / Kebangsaan yang ke 49 kepada bloggers dan juga sumer visitor laman blog aku yang tak seberapa nih…haihh tahun depan cukup ler setengah abad kita ni dah merdeka. Rasa cam tua ler plak hohoh (mmg tua gak pon…umur dah suku abad…;)) )

mengelamun

Korang masih ingat tak camner korang first wat IC korang? Yeah dulu kalau nak wat IC bukan cam sekarang, kene pi kedai gambar dulu nak tangkap gambar utk IC, ni jenis IC yang warna hitam putih nyer (pastu baru diperkenalkan yang version warna nyer)

Well aku tak baper ingat details maser nak wat IC dulu, tapi yang aku tau maser tu ramai giler orang, and satu perkara yang tak dpt nak aku lupakan, maser tangkap gambar utk IC tu, aku wat muka senyum tak hengat nyer…skali biler bagi kat akak pendaftar tu dier pon gelak kecil-kecilan cakap kiutnyer muka…huhu

Ingatkan nak scan IC lamer aku tu wat kenangan tapi sayangnyer telah diambil oleh akak pendaftar masa nak amek MyKad aritu…heran laks bapak aku wat MyKad depa tak amek laks IC lamer dier…

One more thing, ader satu perkara yang membuatkan aku terfikir sejenak, memandangkan masa aku first buat IC, adalah bersama abang dan arwah mak aku, so giliran aku ngan abang aku kira selang satu ajer…IC aku 810726-08-5037, dan abang aku 5035…(FYI, IC lelaki nombor hujung adalah ganjil dan perempuan pulak nombor genap….ni utk yang tak tau ler…huhu)

So aku terbayangkan ler, time tengah boring2 ni (pastu terus dijadikan bahan blog) sapakah gadis yang bernombor 5036 yang telah mendaftar, rasanya mesti sekali ngan aku pada masa tersebut? Can’t help wondering….~ 8->

renungan

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, “Macam mana percutian kita kali ni?”

Si anak menjawab, “Menarik dan hebat, ayah,”

“Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?”

“Ya,”

Bertanya lagi si ayah, “Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?”

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

“Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga kekali langit,”

“Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,”

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata, “Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita”