-
19
Aprbudak belasah cikgu…
Source: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 18 April – Murid berumur 12 tahun membelasah seorang guru menggunakan kayu penyodok sampah – inilah nasib seorang guru di sebuah sekolah di Taman Desa, di sini pagi semalam.
Tindakan kasar itu dilakukan setelah guru berusia 26 tahun berkenaan memarahi dan menyuruhnya membuat kerja sekolah yang belum disiapkan sambil berdiri.
Polis telah mengambil keterangan daripada guru terbabit dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Dalam kejadian pukul 11.55 pagi, guru berkenaan telah memarahi murid tersebut kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, murid Tahun 6 itu bagaimanapun tidak mengendahkan kata-kata guru tersebut sebaliknya duduk di tempat duduknya semula.
Ketika mangsa sedang menyemak buku, tiba-tiba murid tersebut menyerangnya.
Ekoran dibelasah beberapa kali menggunakan kayu penyodok, mangsa mengalami kecederaan di lengan kiri dan lebam di mukanya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini hari ini.
Difahamkan murid tersebut tidak hadir ke sekolah sehari selepas kerja sekolah tersebut diberikan.
“Apabila dia kembali ke sekolah semalam, cikgu tersebut memarahinya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah walaupun sudah beberapa hari,” kata Mohd. Dzuraidi.
Menurutnya, polis juga akan menghubungi ibu bapa murid terbabit untuk memberitahu mengenai kejadian itu dan tingkah laku anak mereka.
Aku respek ler samer itu cikgu, walaupon budak tu belasah dier ikut suka hati (ingat bagus sgt ler tu cam gengster…kecik-kecik dah kurang ajo, besar nanti aper nak jadi tatauler… [-( ) walaupon aku pikir budak 12 tahun pukul takler sekuat maner, tapi dier tetap mendiamkan diri, dan terus ajer buat repot polis. Dier tau kalu angkat tangan ajer, mesti mak bapak budak tu mai salahkan dier…tuduh dera budak ler, mak bapak sendiri pon tak penah pukul anak dier bole pukul anak ler…mesti berlarutan lak kes ni nanti…
ituler bebudak sekarang ni, sentuh sket pon tak bole…camner ler nak bagi disiplin? tu pasal naik kepale tu…b-( [-(
Posted by azmie in Blah Blah...

hadiApril 19, 2006 at 2:03 pm
ape nak jadi budak zaman skang ni ye? zaman aku dulu paling berani kalau tak puas hati ngan cikgu cume calarkan keretanye dengan 2 posen je, takde ah sampai pukul2.
tapi aku tak penah buat le. :d

azmieApril 19, 2006 at 3:55 pm
ahaha…maser aku skola dulu ader mende camni gak…samaler aku tak nah buat…depa wat keje senyap2 calo kete cikgu…huhuhu

flowerbunkusApril 19, 2006 at 5:54 pm
ini laaa yg terjadi bila rotan xleh digunakn..aku puji sekolah agama rakyat sbbb rotan masih lg digunakn..

gieApril 19, 2006 at 8:29 pm
ish….rileks laaa…kalo aku jadi cikgu tu…belanje je budak yg pukul aku tu…biar ade keinsafan…budak layan jahat,kite balas layan baik…biar terkedu…

winterApril 20, 2006 at 4:39 am
gie, bukan sume budak leh makan ngan care tu.. skrg ni sume dah act cam bagus, aku tengok pun bole hangin.. ahahahha

ejonApril 20, 2006 at 1:34 pm
ragging kat asrama kena troskan..
kalo tak junior naik kepala..

azmieApril 20, 2006 at 3:51 pm
ituler…time aku skola dok asrama dulu warden siap rotan bebudak wat hal…kitorang no prob takder ler ngadu aper2 pon…
kalu dah tak wat keje skola takkan tak dimarah…mesti kene ajar…kalu tak lagi banyak ler keje skola tak siap…
yep yep totally agreed…
ala ragging pon bukan aper…biasaler adat dok asrama, semua tu dibuat supaya yg junior freshies nih belajar hormat yang senior…

ejonApril 20, 2006 at 5:21 pm
itu la pasal.. kena pukul sket repot kat paper..
then budak2 naik kepala.. senior takleh nak wat pa per
sentuh sket, repot byk.
mak bapak syg sgt anak2, belai sgt sampai taktau adat, tatasusila, dan tingkahlaku..

gieApril 21, 2006 at 6:20 pm
betol punyer marah ejon.. :d

abahApril 22, 2006 at 12:51 pm
sib baik penyodok sampah…kalao dier serkupkan ngan tong sampah pastu di bawa ke tapak pelupusan sampah….
FAIL la budak tuh sepanjang idup dier sbb buat tulah kat cikgu….mrasa!:-w

azmieApril 22, 2006 at 12:56 pm
yep yep stujuk!!!
bukan sbb emo tapi fact tu…
menderhaka kepada cikgu…iyer ler kan cikgu tu second parents…

ikokoApril 23, 2006 at 5:16 pm
aiyak…
menci laa..
ingatkan skolah rendah tadek masalah sangat.. nieh.. hadeih…
masalahnya kalau pukul sikit takpe.. ni.. hadoih..
Murid berumur 12 tahun membelasah seorang guru menggunakan kayu penyodok sampah – inilah nasib seorang guru di sebuah sekolah di Taman Desa, di sini pagi semalam.
kalau bleh.. aku nak mintak cikgu besar jadualkan aku untuk ajar bebudak tahap 1 je.. huuu :-”

darkz05April 24, 2006 at 1:40 am
apa le nak jadi… baru darjah 6 perangai macam beruk…. [-(

azmieApril 24, 2006 at 7:56 am
huhu harap2 budak2 tahap satu takder perangai camtu…
kecik2 dah perangai camtu…belom lagi masuk skola menengah…b-(