Source: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 18 April – Murid berumur 12 tahun membelasah seorang guru menggunakan kayu penyodok sampah – inilah nasib seorang guru di sebuah sekolah di Taman Desa, di sini pagi semalam.
Tindakan kasar itu dilakukan setelah guru berusia 26 tahun berkenaan memarahi dan menyuruhnya membuat kerja sekolah yang belum disiapkan sambil berdiri.
Polis telah mengambil keterangan daripada guru terbabit dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Dalam kejadian pukul 11.55 pagi, guru berkenaan telah memarahi murid tersebut kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Continue reading