• Takziah…

     

    Murid mahu hadiah guru kerongsang maut nahas

    Oleh: ZAINI RABAN

    KLANG 16 Mei – Keriangan seorang murid untuk menghadiahkan kerongsang kepada ustazahnya sempena Hari Guru hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia mati digilis treler di Lebuh Raya Shapadu, Kampung Rantau Panjang, tengah hari ini.

    Kemalangan menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 1.15 tengah hari ketika Nur Salina Saparedi, 7, hendak melintas jalan bersama kerongsang yang disimpan dalam kocek baju dan dibeli khas buat Ustazah Hanizah.

    Lebih memilukan lagi apabila kejadian itu berlaku di depan mata ibunya sendiri, Arliza Mohd. Sani, 37, yang mahu menghantarnya hingga ke seberang jalan tetapi mangsa sendiri beria-ia melintas jalan bersama rakan-rakan lain.

    Tiba-tiba sebuah treler yang dipandu laju terus meluru ke arah murid-murid dari Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang itu.

    Melihat keadaan yang mencemaskan itu, kira-kira 10 murid sedang melintas jalan terus berlari menyelamatkan diri.

    “Bagaimanapun Nur Salina tidak sempat berbuat demikian. Mangsa terus dirempuh oleh treler dan terperosok di bawah kenderaan itu. Ketika itu saya lihat mangsa masih hidup dan cuba untuk berlari semula menyelamatkan diri.

    “Sebaik sahaja merangkak untuk berlari, tayar belakang treler itu pula menggilis mangsa,” kata pengawal lalu lintas sekolah berkenaan, Ahmad Abdul Rashid @ Ahmad, 58, kepada pemberita hari ini.

    Ketika kejadian, katanya, kenderaan dari Pelabuhan Klang telah berhenti bagi memberi laluan kepada kumpulan murid berkenaan.

    Bagaimanapun sebuah treler dari arah bertentangan terus meluru laju dan menggilis mangsa.

    Sementara itu, Arliza berkata, kerongsang tudung berkenaan dibeli bersama anak sulungnya itu Sabtu lepas setelah didesak berkali-kali oleh mangsa.

    “Nur Salina membeli dua kerongsang tudung sebab mahu hadiahkan kepada dua gurunya iaitu satu untuk Ustazah Hanizah manakala satu lagi untuk gurunya di sekolah kebangsaan,” katanya.

    Dalam pada itu, kemalangan tersebut telah mengundang kemarahan penduduk tempatan hingga menyebabkan treler membawa muatan cerucuk konkrit itu dibakar sekumpulan lelaki.

    Pemandu treler berkenaan yang mempunyai status penduduk tetap dan berusia 35 tahun pula teruk dibelasah orang ramai.

    Dia mengalami cedera ringan.

    Pemangku Ketua Trafik Daerah Klang, Cif Inspektor Ruslan Ramli berkata, pemandu treler berkenaan sempat diselamatkan setelah polis tiba di tempat kejadian.

    Beliau memberitahu, pemandu itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    “Polis bagaimanapun kecewa dengan tindakan orang ramai yang membakar treler berkenaan kerana ia merupakan bahan bukti utama kes tersebut,” katanya.

    Jenazah Nur Salina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang kira-kira pukul 7 malam ini.

    Takziah diucapkan buat keluarga mangsa, dan juga mangsa-mangsa kemalangan sebelum ni di tempat yang sama gak…tengok berita hari tuh, cara kematian Nur Salina agak mengerikan, mengikut apa yang diceritakan oleh saksi-saksi. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ni?…

8 Comments


  1. winter says:

    isk.. tatau nak cakap ape :|

  2. azmie says:

    awal online nampak ;))

    driver tuh mmg salah, tak endahkan arahan berhenti pengawal lalu lintas, but then again, jalan tuh banyak berlaku kes kemalangan sejak dulu lagi…

    last-last polis lepaskan driver tuh ngan ikat jamin, patutnyer takyah kasi lepas…:-l

  3. Nashrex says:

    Takziah kepada keluarga mangsa.. Sian kat diorang.. adieh.. sedey ar plak..

  4. azmie says:

    hari ni baca utusan bapak kepada arwah nak saman syarikat shapadu, pasal tak bina jejantas kat depan skolah…spatutnyer ada jejantas, baru ler senang murid2 nak lalulintas…

  5. Ariff Samani says:

    takziah kepada keluarga mangsa, pemandu lori dan bas kalau bawa kenderaan memang tak ingat dunia.. bayangkan kat highway dia lebih laju dari kenderaan lain, memang patut kena belasah, sampai mati pun bagus gak, sebab dia la punca hilang satu nyawa.. ni dikira membunuh tanpa niat..

    tapi orang kampung pulak ada silapnya, buat keputusan yang melampaui batas sampaikan membakar bahan bukti l-)

  6. azmie says:

    mana naknyer, cara kematian budak tu buat depa naik berang…sampai hilang pertimbangan, ditambah laks dengan kejadian yg samer seblom tuh…

  7. fungkur says:

    takziah buat kluarga si mati. patotnye dikenakan hukuman berat lagi utk si pemandu treler tuh..!! diorg nih, mentang bawak bende besa, laju bukan main. sbab diorg tau, kalu eksiden pon, diorg takkan ape²…

    pasal yang azmie ckp yang nak saman shapadu tu.. heran gak naper bile dah berlaku bende camni baru nak saman sana sini. sebelum ni die ade mintak bina jejantas ke? kalu ye, tapi x dilayan.. mmg panas ar..

    harap ciri² keselamatan berdekatan sekolah² akan dipertingkatkan..

  8. azmie says:

    aku rase derang ader dpt nasihat peguam kot, tu pasal ler nak saman menyaman tuh…

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p