Peguam Negara pertahan dakwaan

PUTRAJAYA 11 Mei – “Saya malas hendak pergi,” jawab Ahmad Harizal Ahmad Fauzie, 19, semasa soal siasat polis, punca menyebabkan remaja itu dihadapkan ke mahkamah.

Selain itu, remaja tersebut juga tidak menceritakan `masalah sebenar’ yang dihadapinya.

Ketika mempertahankan tindakan pihak berkuasa, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sidang akhbarnya di sini hari ini berkata:

“Jika dia bagi tahu kita, dia ada masalah itu dan ini, kita akan beri pertimbangan.

“Kalau alasan yang diberikan ialah, `saya malas’ atau `saya tak nak pergi’, kita tidak dapat membuat pertimbangan selain meneruskan pendakwaan.”

Ahmad Harizal yang dijatuhkan hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Kangar semalam selepas tidak dapat membayar denda kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mencetuskan polemik baru program tersebut.

“Kita ada banyak kes di mana remaja memberitahu yang dia sakit. Kita lepaskan. Ada yang kata dia terpaksa kerja mencari nafkah, emak bapa dia sakit, kalau tak pergi kerja dia kena buang kerja juga kita lepaskan.

“Ada juga bagi alasan buta huruf, cacat, hendak menduduki peperiksaan… juga kita lepaskan. Tetapi semua ini tidak patut jadi alasanlah (untuk tidak menghadiri PLKN),” kata Abdul Gani.

Peguam Negara kemudian menegaskan, kes itu tidak akan menghalang pihaknya daripada meneruskan pendakwaan ke atas remaja lain yang gagal menghadiri PLKN.

Dalam kes Ahmad Harizal, Abdul Gani memberitahu, pelbagai soalan telah ditanya semasa soal siasat termasuk:“Kenapa tidak pergi” malah disusul pula dengan: “Adakah kamu mahu membuat apa-apa pindaan atau nak cakap lebih”.

Bagaimanapun, katanya, Ahmad Harizal berkata: “Tiada.”

Berdasarkan jawapan yang diberikan itu, menunjukkan remaja itu tahu pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Cuma apabila ditanya:“Adakah kamu nampak nama kamu tersiar dalam mana-mana surat khabar atau laman web untuk menghadiri program tersebut,” dia menjawab: “Saya tak tahu sebab tak baca surat khabar dan tak pernah beli surat khabar.”

Sebenarnya, kata beliau, remaja itu sudah menerima notis supaya menghadiri program tersebut tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pejabat Peguam Negara akan memohon semakan untuk meringankan hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

Abdul Gani berkata, walaupun Ahmad Harizal telah dibebaskan pagi ini setelah membayar denda tetapi pihaknya akan tetap menyemak keputusan mahkamah itu bagi memastikan keadilan benar-benar terlaksana selepas mengambil kira latar belakangnya.

“Remaja itu mungkin bersalah tetapi kita tidak mahu ibunya pula yang menderita. Dalam kes ini, kita tidak hendak melepaskan dia (Ahmad Harizal) daripada kesalahannya kerana kita mahu menyemak hukumannya sahaja, sabitannya kekal,” katanya.

Nak kata miskin tak bole bayar denda rm600, pegi PLKN bukan nyer kene kluar duit…lagipun bukan ker PLKN siap bagi elaun rm300 kat setiap peserta? (kalau salah tolong maapkan ek) so dapat duit lagi aderlar…itu pon lagi MALAS nak pegi…persoalan miskin tidak sepatutnya menjadi isu, sebab dia sendiri yang pilih untuk dipenjarakan. Last-last ibu dia gak yang derita risau anak dia jadi camtuh…aku hanya kesiankan ibu dia sahaja…menyusahkan orang jek…[-X

39 thoughts on “miskin atau malas?

  1. dinswok says:

    darah muda.. biase lar.. rebellious. Mungkin desakan dan tekanan hidup dier buat jadi camtuh.. Btul lar, elaun aku dapat rm300. ;-)

  2. winter says:

    best per dpt rm300. pesal time aku dulu tade menatang nih, dari bosan dok umah elok gak pegi berjasa :D

  3. dinswok says:

    Btul tu.. drpd duk umah menghabiskan duit mak bapak… baik pi sana abiskan duit kerajaan. Best pon best. Aktiviti lasak siyot. ;-)

  4. azmie says:

    ha, dapat elaun konpem, so apsal budak tuh tanak gi plkn? mmg sah malas ler tuh…dah tau kalu tak gi kene denda rm600 & penjara 14 hari, still masih cari pasal…

  5. aPis says:

    dia tak pegi sebab :

    1. gaji mak dia (rm150 sebulan) x cukup nak menampung idup dia sekeluarga, jadi lepas sekolah dia kija kat sawah dpt gak rm30 sehari. senang ati mak dia beban dah kurang skit.

    2. kalau nak masuk plkn nak kena ade baju tshirrt berkolar, suar track, kasut bla bla. nak kena beli mende tuh.

  6. dinswok says:

    Adakah benda2 tersebut kene beli? Setahu aku.. sume tu krj yg sponsor. Pi sana bawak baju nak tido, spender untuk 3 bulan, berus gigi nak gosok gigi, sabun nak mandi… tu jer… Pemurahnye kerajaan Malaysia. Kalo x nak pi PKN, duk kat Indon.

    PS: Dinswok adalah peserta PLKN siri 2 2004-2004

  7. azmie says:

    haa…baju pon sponser, tinggal laporkan diri ajer…

    mmg susah hidup dier, tapi spt hakim cakap, kepentingan awam melebihi kepentingan sendiri…paling kurang pon, gie ler maklumkan kat pihak PLKN kalu tak dpt datang pon…

  8. aPis says:

    dia hanyalah budak kampung yang miskin, tade tv, radio etc.. kais pagi makan pagi, kais petang tak makan cacing (ayam je makan cacing).. ape yang dia tau, lepas je habis sekolah, dia kena buat something utk tlg keluarga dia (kerja as pesawah) yang mmg miskin. Nak harap mak dia dengan gaji rm150 berapa lah sangat, jadi pendapat aku tak salah dia abaikan plkn tudalam kes ni. lagi pun dia tu tonggak keluarga, ada 2 lagi adik kecik masih sekolah… bapa pulak dah lari, jadi sapa yang nak look after his mom, sibling dia yg lain kalau dia pegi plkn. (plkn ni baper bulan? 3 ka?)

    yang perbelanjaan tu, korang tau la dia miskin kan, berapa helai je baju dia ade, kasut pun tah tah kasut sekolah yg koyak je, spender lak tah ade ke tidak. bagi korang yang hidup senang ataupun sederhana mmg lah tak terasa kan. cuba korg ganti tempat dia, sanggup tinggalkan mak yang dah uzur dan adik adik kecik? nanti apa diorang makan dlam tempoh korang takde tu, sape nak jaga nak lindung keluarga masa korang takde? ha renung renungkan lah.. cuma kesilapan dia, time polis tanya kenapa tak ikut program plkn dia jawab “malas” hehehe

  9. Ariff Samani says:

    inilah malaysia… orang miskin makin ditindas, orang kaya makin dipuja..
    bayangkan.. anak orang kaye yang kaki arak, gi parti liar, gayboy club semue lepas langsung tak ambik endah perbuatan diorang… tapi budak miskin ni kesalahan kecil boleh kene penjare… tak masuk akal langsung.. :-$

  10. azmie says:

    ko cakap ader betol gak apis…tapikan dier bole jek maklumkan kat plkn kalu tak dpt nak dtg…atas sebab2 yg tertentu, dlm kes ni, dia tak bole nak tinggalkan keluarga dier…so dier pon partially to be blamed ler…

    satu lagi, dah terdedah lagi satu kes keluarga miskin melalui media massa…maner pegi program PPRT dan yg sewaktu ngannyer?…da masuk bab politik dah…cukup stakat ni sahaja…

    to ariff samani: itu ler, “semut seberang laut leh nampak, gajah depan mata leh tak nampak” ;-)

  11. syazwan says:

    ape susah susah… jwpnyer snang. bdak ni ler salah… biler org tanye tol2 pon nak membohong… bkanke slame ni krajaan dah kate… krajaan akan bagi pelepasan kpd pihak2 tertentu. dia leh bawak memain plak.

    lagi satuh rm30 nak dibandingkan rm 300 … kalo aku baik amek rm300 tuh… bukan sbb aku giler duit, tp yelah…sape yg xmo duit lebih. alah…macamler jiran sebelah x geti2 nak tolong… honestly lah aku kate. mmg salah dia. bukan sbb miskin. tolak soal miskin ke tepi.l-)

  12. dinswok says:

    Hm.. at least.. die kene kasitau kat Kementerian Pertahanan psl masalah dier nie. Aku sokong pernyataan syazwan. KERAJAAN AKAN BAGI PELEPASAN KEPADA GOLONGAN TERTENTU. So… nape dier x buat rayuan?

    Aku x menyebelahi sesiapa dlm hal ni coz:
    1) Kerajaan sepatutnya ambil tau kenapa budak nie xleh ikut serta plkn.
    2) Budak nie pown… darah muda sangat.. yg ko jawab “malas” pesal?

  13. Ariff Samani says:

    syazwan: cakap memang senang.. cuba kalau kau berada pada situasi dia.. bayangkan keluarga ko tersangat miskin sehingga rumah ko reban ayam pun lebih lawo (itu pun kalau ko tengok buletin utama malam tuh)…

    bila orang tanye ko.. kenape tak gi.. ko nak jawap ke.. “saye ni miskin.. tak mampu.. takde duit langsung… rumah saye pun reban ayam lagi cantik…” mestila ade perasan malu.. :-@ …

  14. azmie says:

    heh rilek rilek…buat per nak gado-gado, memasing ader pendapat sendiri…

  15. dinswok says:

    Bagus la entry ni! Dapat sambutan menggalakkan di samping mengasah bakat debat dalam diri memasing. Kekekeke~ Dulu masa PKN aku masuk debat.. masuk peringkat akhir, kena debat depan seluruh pelatih PKN kem aku skali ngan juruletih2 skali. Aku jadi penggulung hujah. Tp team aku kalah ngan team lawan yg mmg ada sorang budak tu pembahas peringkat kebangsaan. Huhu~

    Tuka topik!
    Masa aku kat kem dulu.. lepas 2-3 minggu pkn.. ader laa mamat2 ngan minah2 yang baru nak lapor diri. Pekene ngan diorang ni? Aku tanya mamat tuh.. memula dier xnak pegi, pastuh ada orang ketuk pintu rumah dier. Biler bukak, ada pakcik yang pakai baju biru gelap skali ngan pistol kat tali pinggang dier. Tataw ar ape jadi lepas tuh. Pastuh beliau pon terpaksa akur ngan saranan kerajaan malaysia iatu MEMUPUK SEMANGAT INTEGRASI ANTARA KAUM DI SAMPING MEMBENTUK JATI DIRI DAN SAHSIAH BELIA NEGARA. Jadi.. jadilar beliau sbg peserta rasmi plkn.

    PS: die kene warning jer.. x masuk jail.

  16. azmie says:

    derang ingat nih macam gi kem motivasi kat skolah jek…suka-suka jek tanak gi, biler dah sampai polis depan pintu rumah, dah mula cuak dah…

    kene ingat, PLKN nih WAJIB, MESTI, wajibul ghunnah, kene gi, kerajaan awal2 dah bagi warning…tak pegi kene tindakan mahkamah, what part didn’t they understand? :kening

  17. hantu says:

    apa punya bodoh ler kurang. korang duduk depan pc boleh la cakap byk. cuba hari2 cari makan utk family ko.. tv takde pc takde radio takde … bodoh la korang ni.. sia2 jer ada pelajaran tapi hati perut takda.. lembu

  18. dinswok says:

    Bodoh? Satu perkataan yg menarik untuk dibincangkan! Cakap pasal bodoh ni lar wahai hantu yang bijaksana akalnya di samping baik agamanya, saudara hantu ni skola sampai darjah brape? Kalo dah sampai kat universiti… alhamdulillah. Syukur. Tapi kalo ngan budak tu… dier berenti skola masa form 2. Jadi PMR pon tak sempat. NAk belajar Sejarah bab kedaulatan undang2 malaysia pon tak sempat.

    Saya x cakap dier bodoh, kerana bodoh atau ‘stupidity’ merupakan satu sifat lurus yang memang tidak boleh berfikir secara rasional. Saudara hantu jangan salah anggap kerana saudara hantu ni nampaknyer berfikiran agak agresif. Jadi saya x cakap dier bodoh, cuma x berpelajaran.

    Budak tu kluar skola masa form 2. So… dier kene cari duit untuk MAK BAPAK dier. Biler kiter hidup dah berduit, maksud saya duit sendiri, susah lagi untuk menerima arahan dari pihak luar supaya beralih kepada perkara lain yang tidak mengundang DUIT. Mungkin budak tu tidak sedar bahawa PLKN ni mampu membentuk sahsiah diri. Jgn saudara hantu cuba kaitkan dengan situasi PLKN mula diperkenalkan kerana mmg diakui PLKN siri pertama memang ‘hancus’ kalau diikutkan bahasa pasar. Tapi PLKN siri ke-2 jauh berbeza dr siri pertama, lebih baik segalanya.

    Mengenai isu sensitiviti masyarakat pula… mmg diakui perbuatan budak tersebut yang ingin menolong keluarganya sebagai satu perbuatan yang mulia. Akan tetapi, ketika budak itu masuk umur 18 tahun dan terpilih secara rambang melalui komputer untuk PLKN, dier tertakluk kepada undang2 malaysia yang mengarahkan budak itu menyertai PLKN. Serkiranya dier ingkar, dan didapati bersalah, penjaralah jawabnya. Situasi budak ni lain pula! Dier x pergi PKN kerana sebab2 tertentu yang saudara hantu sudah tau dan x perlu lagi diterangkan kerana saudara hantu x BODOH. Pihak kerajaan sepatutnya meneliti keadaan budak tersebut sebelum mengenakan tindakan. Peguam negara tetap mempertahankan undang2 tersebut dengan rasional: Supaya remaja yang bakal terpilih ke program PLKN tidak mengingkari dasar kerajaan.

    Situasi ini berlaku secara kebetulan dan secara tidak langsung membawa elemen positif. Tindakan memenjarakan budak tersebut menjadikan satu teladan kepada bakal2 peserta PLKN yang lain. Tidakkah itu menjadi satu perkara positif?

    Sekali lagi saya ulang, saya tidak menyebelahi mana2 pihak kerana bagi saya, pihak kerajaan dan budak itu sendiri yang salah. Pernah dengar ayat, “manusia mana x melakukan kesilapan”? Kerajaan merupakan institusi sosial, dan tidak wujud institusi sosial tanpa manusia. Secara konklusi, kerajaan adalah manusia. Kerajaan pon boleh buat salah. Apatah lagi budak tersebut yang menyandang jawatan rakyat yang mulia disisi agama kerana menolong keluarganya.

    Undang2 yang digubal oleh manusia adalah berdasarkan perkara2 yang TELAH berlaku, bukan perkara2 yang akan berlaku. Saudara hantu ni pandai matematik kan? Sudah berapa tahunkah PLKN dilaksanakan? 2 tahun bukan? 2 tahun tu.. dapatkah manusia meramal apa yang berlaku. Undang2 yg berkaitan Khidmat Negara digariskan berdasarkan apa yang difikir oleh logik akal manusia – apa yg akan berlaku, golongan mana yg patut dikecualikakan, dsb. Penah dengar undang2 PLKN bahawa golongan belia 18 tahun yg gagal kerana disebabkan kemiskinan dikecualikan? Saya rasa takder. Saya pon tak pasti kerana saya ni golongan LEMBU seperti yang dikatakan oleh saudara hantu. Saudara hantu lebih CERDIK dr golongan2 di atas kan?

    Jadi, kesimpulannya, jangan senang2 cakap orang BODOH atau LEMBU. LEMBU sekarang dah pandai ragut rumput yg best2.. yg x sedap diorang x layan.

    Kami hanya mengemukan pandangan kami. Ada yang positif, ada yg sebaliknya. Kami tidak membawa hal ini kepada satu pentas yang serius, betul tak Azmie? We’re just expressing our opinions and argue between each other through the peace way. (Lembu pon bley ckap english.)

    Siapa yang bodoh? Hantu ni Islam ke pagan? Sebab Allah dan Rasul paling benci kepada orang yg mengenakan seseorang kepada gelaran yg tidak disukai.
    ;))

  19. azmie says:

    woi hantu ko jgn nak menyemak kat sini lain kali, cukup kat blog member2 aku ko nyebok, kat sini ko nak buat taik gak, jgn sampai aku tau ko nih saper…ko ingat ko tuh pandai sgt ker? ko tu lagi bodo! bukannyer bodoh or buduh, tapi BODO, aku dah cakap terang2 sini, memasing ader pendapat sendiri, CUMA PENDAPAT! what part don’t you understand? ader paham English tak? kalu tak paham? “TAK PAHAM BAHASA” ker? hah BM lagi..tu si Din dah bagi jawapan balas, detail lagi, aku takyah nak citer balik……l-)

  20. aPis says:

    halemak dah jadi lain ceritanya plak, admin sila lock topic wakaka.. cam forum lak B-)

  21. hantu says:

    :D hehe memang betul korang lembu… lembu din ruponyo hahahaha

  22. dinswok says:

    Kadang2.. teringat gak skali skale apa yang Tun Dr. Mahathir Mohamad cakap:

    “Antara kegagalan saya sepanjang menerajui pemerintahan Malaysia adalah mengubah cara orang Melayu berfikir.”

    Betullah apa yang beliau kata. Orang melayu terlalu sensitif. Tidak boleh disentuh langsung. :senyum:senyum

    ——————–

    Ok ah Azmie.. nie mungkin entry last Dinswok. Tengok ah, aku akan cuba cari cara nak blogging sepanjang masa. :-p Arap2 senang ler nak cari CC kat sana. Adios! May the force be with ya!

  23. dinswok says:

    oooo.. hantu online serentak ngan aku ek? OK ah! Aku pon tanak balas balik sebab agama aku larang aku kutuk mengutuk ni. Harap agama ko pon larang.
    PEACE upon you whore!

  24. azmie says:

    kepada sumer member aku sekalian, jgn layan mamat/minah sorang tuh, buat dek ajer, orang camnih bukannyer tau aper, memburukkan orang ajer, kalu pandai sgt tunjuk ler nama betol ngan email, nih main sorok2 laks…pengecut tader anu…:senyum

    tambah sket: dinswok: all the best to u kat matrix nnt, ala setahun jek, bukannyer lamer pon…lagipon mesti ader tenet kat matrix tuh nnt kan?

    apis: ahaha ko ingat nih unic ker aper?

    kesimpulan: lepas kejadian budak harizal tuh, aku rasa dier makin pemes, media buat liputan ler, orang datang bagi bantuan ler, bagi bantuan pembelajaran ler, itu ler ini ler, pasni mesti tarak idup susah punyer lagi kan? last-last saper dpt untung? mereka ngan keluarga mereka…:D

  25. hantu says:

    buat apa bubuh nama. nanti ko calarkan 3 series aku jer :-))

  26. azmie says:

    heh, aku tgk ko nih pon slalu online gaks, so tader bezaler pon…l-)

  27. Ariff Samani says:

    pelik aku dengan si dinswok ni.. memula selitkan ayat Tun Dr Mahathir “Orang melayu terlalu sensitif, Tidak boleh disentuh langsung”.. aku nak tanye kau bukan melayu ke?

    lagi satu ko tulis “Aku pon tanak balas balik sebab agama aku larang aku kutuk mengutuk ni” tetibe ending die ko tulis “PEACE upon you whore!” l-)l-)

    dinswok ni la sebenarnye melayu tulen :malu, jangan mareee.. tapi kalau marah ape salahnye, kau melayu kan… bukan ke melayu cepat terase :-p

  28. azmie says:

    melayu mudah lupa…

    aku luper nak bayo bil indah water bulan lepas, kene surat warning warna merah, kalu anda tak bayar, saluran najis anda akan ditutup…

  29. hantu says:

    aku dah 5 tahun tak bayar IWK. surat warning dah berlambak… takda apa2 pun :peluk

  30. syazwan says:

    dah tu?? ko nak bangge??

  31. dinswok says:

    to ariff samani: Ha.. mmg betul la apa yg doc mahathir cakap. Cepat tul ko respon biler aku cakap mcm tuh. :D huhu~ Tp itu realiti lar.. so, sma2 la ubah sikap & pemikiran.

    PS: Dinswok = Chinese + Java + Malay. Tp dlm IC aku melayu lar.. I’m proud to be malaysia. Peace. :peace

  32. Ariff Samani says:

    “hello”, ingat aku ni melayu asli ke? i`m a baba nonya mix with java and no malay tapi ic aku tulis melayu… hehehe. Ape kene mengena “cepat respon” dengan “melayu”? kalau bangsa lain respon cepat dikategorikan melayu gak ke.. haha. umo brape taun ni? cube paham bebetul mesej doc mahathir tuh wahai “adik”? :malu refer balik ape yg ko tulis sebelum taip yg baru ya

  33. anie says:

    apa la korang ni hal macam ni pun nak gaduh baik baca buku ke ada juga faedah

  34. anie says:

    l-)bwek
    arif samani kau ni bodoh ke jawa tu melayu la bongok

  35. anie says:

    oi arif kau tu pandai dengar cakap mahathir je ….kau tu mudah terpengaruh apa orang lain cakap pasal bangsa melayu kita. si mahathir tu la penyebab orang melayu bodoh sebab dia memang suka orang melayu bodoh!!! boleh la dia dan gengnya terus berkuasa lagi .kalau tak da orang melayu bodoh camne dia nak berkuasa.jadi dia saje je buat2 sedih bagi orang CAM KAU ni terpengaruh sikit. apa la kau ni.

  36. zid says:

    aku tak nak cakap banyak, tapi overallnyer memang aku tak berapa sokong PLKN ni. Berjuta wang rakyat habis, kalau guna nak subsidi minyak takpe jugak. Aku ader sorang kawan ni dier marah giler ngan PLKN, sampai buat website. Website nyer http://www.antiplkn.tk . tu aje lah…. Pada pendapat aku PLKN memang lah ader kebaikan.. tapi tak berbaloi memandangkan negara kiter ni takdelah kayer sangat. Pasal si budak tu, dier tu miskin… adik beradik ramai, tapi memang salah dier tak pergi PLKN.

  37. azmie says:

    eh aku tak perasan ader org still komen kat sini, whatever pon pls take note, ini cumer pendapat masing2, hanya diskusi dalam nih sajer…ok?

  38. stand_alone90 says:

    budak ni adalah budak yang miskin…
    dia terpaksa berenti sekolah…
    sebenarnya di seorang yang bertanggungjawab.. cuba anda baca “dia membantu keluarganya”.. dalam umur yang begitu muda.. dia tahu.. ibunya dan adik-adiknya mesti (wajib)dibantu.. dan dia telah melaksanakannya..
    Keadaan hidupnya yang miskin dan tertekan (bapa sebagai pencari nafkah tiada) menyebabkan tahap pemikiran menjadi terlalu fokus @ narrow minded..
    Budak ini tidak seperti tuan dan puan.. punyai bapa dan ibu.. bila nak kan sesuatu barangan.. mintak dan dapat.. Dia tidak.. dia kena berusaha baru dapat dan kadang kadang tidak… Tuan dan puan hanya tahu menyalahkan dia.. tapi tuan tidak tahu kekusutan, kemurungan, kebimbangan, kerisauan dan kegusarannya utk meninggalkan ibu dan adik adiknya.. Tuan dan puan dia adalah KETUA keluarga.. Tuan dan puan.. budak ini adalah seorang budak yang sangat bertanggungjawab…… Mungkin pendekatan yang diambil ketika dia ditahan menyebabkan dia menjawab begitu..
    KEPADA ANDA TUAN PUAN YANG ASAL MINTAK DUIT . EMAK BAPAK BAGI.. ANDA TIDAK AKAN FAHAM APA ITU KEMISKINAN

  39. azmie says:

    once again i would like to say…this is only a discussion…no emotional or whatsoever involved here, yes the fact that he comes from a poor family, i pity him too…

    that is from one side of review…but on the other side? you figure it out for yourself…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p