PTPTipu…

 

2 hari lepas (sepatutnyer maser tuh da nak post entry nih…tapi takleh guner plak plugin exhibit nih >p: ), satu surat yang aku geruni sudah sampai…surat yang sama seperti surat 4 tahun lepas, yang aku benci tengok…yang aku nyampah, yang macam-macam lagi ler…memula ingat aper ler, agung ker bagi surat kat aku? siap tulis “URUSAN SERI PADUKA BAGINDA” lagi../:)..ituler surat PTPTN, ataupon PTPTipu… dah suruh aku start bayo…siap tertera kat bahagian perkara tuh, “Arahan bayaran balik…” bla bla bla, arghh tidak!!!, keje pon tak tercari lagi (aku keje ngan bapak aku, part time buat maser nih)…tapi aper nak buat kan, dah adat meminjam, kene ler bayo balik…

Continue reading

“Grin YM/MSN Smiley” Plugin – Extended Version

Ok ok, aku rasa takder ler mende nih penting sangat…pasal mungkin ader solution yang lebih baik dari yang aku buat sekarang nih…ok

Sekarang bila diteliti file grin.php tuh, dier refer ker default smilies yang dah disediakan dalam wp-images, (nih untuk WP 1.5, kalu version yang sebelom tuh tatauler…), perhatikan coding line 27 dan 30 dalam file tuh, sekarang, aper yang aku buat, aku akan setkan global function $wpsmiliestrans ker $yahoosmiliestrans … tada…itu jek, lepas tuh berlambak-lambak ler smilies kluar kat page comment tuh…kalu korang rasa baloi untuk di godek, dipersilakan, kalu tak berbaloi…toksah buat aper-aper…senang citer…:-j

Budak kene gigit anjing

 

PUTRAJAYA 21 Mac – “Sakit mak, sakit…,” rintih Mohd. Hazman Khan Seh Zahidi, 9, yang menerima 180 jahitan akibat digigit tiga ekor anjing garang semasa berjalan untuk solat Jumaat di Puchong, minggu lalu.

Dia kini menghadapi trauma. Murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Putra Perdana itu enggan pulang ke rumah kerana takut anjing-anjing berkenaan akan menyerangnya lagi.

Igauannya digigit anjing jenis kacukan Jerman Shepherd dan Rottweiler secara serentak sukar dilupakan.

Hazman terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit untuk tidur nyenyak, tetapi selepas terjaga dia akan menangis lagi.

“Walaupun dia sudah boleh berdiri dan berjalan, keadaannya masih lemah.

“Kecederaan pada seluruh bahagian badan Hazman menyukarkan pergerakan serta jadual makan minum hariannya,” ujar bapanya, Seh Zahidi Seh Hashim, 36, ketika ditemui di kediamannya di Taman Putra Perdana, di sini.

Hazman dibenarkan keluar dari Hospital Putrajaya petang ini.

Bagaimanapun, anak sulung daripada tiga beradik yang dibenarkan pulang pada pukul 4 petang ini, masih perlu mendapatkan rawatan susulan dalam tempoh minggu ini.

Kata Seh Zahidi, anaknya mula meminta ibunya menyuapkan makanan dan boleh bercakap.

“Perkataan yang keluar daripada mulutnya kepada ibunya adalah keluhan keperitan menanggung kesakitan dan enggan pulang ke rumah kerana trauma dengan kejadian yang menimpanya,” katanya sambil ditemani isterinya, Mashitah Saaid.

Jumaat lalu, Hazman diserang anjing peliharaan jirannya di Taman Putra Perdana, Puchong ketika sedang dalam perjalanan bersama dua orang sepupunya untuk bersembahyang Jumaat.

Akibat serangan itu, Hazman dimasukkan ke bilik bedah hospital hospital hampir lapan jam dari pukul 6 petang hingga 2 pagi bagi membolehkan doktor menjahit luka-luka pada seluruh badannya.

Menurut Seh Zahidi, Hazman asyik merengek-rengek dan mengadu seluruh badannya sakit.

Seh Zahidi menegaskan beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing terbabit.

“Ini kerana bukan kali pertama kejadian tersebut berlaku.

“Walaupun beberapa laporan mengenai anjing terbabit dibuat sebelum ini, tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga insiden yang menimpa anak saya,” katanya.

Source: utusan.com.my, 2nd image from bharian.com.my

Kesian gak aku tengok budak tuh, teruk kene gigit dek anjing…yang owner anjing nih pon satu, tau nak bela anjing jek, jaga makan minum tanak, tuh pasal anjing jadik brutal ganas giler tuh…aku tak salahkan anjing, tapi salahkan owner…so kasik bunuh samer itu owner…huahuahua…