selamat hari raya

Kejap jek dah hari Jumaat dah, kalu tak silap tengok anak bulan pon petang nih…so samada esok atau lusa raya….tapi yang aku heran, ramai orang cakap raya samada ahad atau isnin? awat camtu laks? kalu dah tengok anak bulan petang nih, mestiler samada besok ataupon lusa…tak caya tengok masa 1st posa…hari nih tengok anak bulan, pastuh announcement kata besok start posa…ader yang cakap sekarang nih ikut kalendar jek…kalu tulis ahad-isnin, kira samada ahad atau isnin ler raya…FYI, kalendar biasa tuh kalendar Gregory, maner leh tengok ikut situ, kalendar Islam guna kalendar Qamari…maknanyer ikut bulan (bukan bulan=month, bulan=moon), itu mengikut pemahaman aku ler…

Anyways, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN, kepada bloggers, dan juga sesape yang mengenali aku. Kepada yang rasa tersinggung ker aper ker sepanjang coretan aku kat blog nih, harap ler dimaafkan yek? 0-0 :D… Raya takyah datang rumah :P…hehehe (bese orang kata jemput datang rumah), beraya kat luar bole ler…sesaper yang sudi nak ajak, aku ok jerk…;)

komikz

Untuk pengetahuan korang, aku nih suka betol bab komik-komik nih….start kumpul komik dari tahun 1994, first komik kumpul, Alam Perwira…pastuh diikuti ngan komik-komik dari pengeluar yang sama, komik lain pon kumpul gak cam Dragonball, Doraemon, Dragonquest dll…nak diikutkan dah baper kotak dah aku simpan kat rumah, penoh ngan komiks…:P tapi sekarang nih aku nak fokus bab satu komik nih, Pedang Setiawan…sebab itu jerk komik yang aku kumpul skarang nih, yang lain sumer dah abes, ader sambungan gak, tapi dah tak berminat nak baca pasal jalan citer dah lain….tapi pedang setiawan nih still tak abes-abes laie, dah masuk bilangan yang ke-409 dah…kira antara komik yang tertua ler dalam sejarah komik hong kong-malaysia nih…

nak di citerkan ler, satu watak yang penting dalam komik nih, iaitu Tanpa Nama (image atas) yang sesaper baca komik nih pasti tau, kira antara watak-watak yang terhebat ler…(kira handal kung fu ler nih…) sepanjang citer nih kira dier sentiasa hebat…lawan dengan mana-mana musuh, sampai hilang tangan sebelah, tapi tetap hebat, tapi dalam keluaran ke 409 nih (sebenarnyer dalam beberaper episod seblom nih, dier telah dicabar oleh abang angkat nyer iaitu Mu Ying Xiong, watak yang hebat gaks, untuk bertarung dengannya) merupakan kesudahan riwayat Tanpa Nama, dan juga abang angkat nya. Selepas habis bertarung, masing-masing telah kehabisan tenaga, dan terhumban jauh di tempat yang berasingan… dipendekkan citer , mereka telah berjumpa semula, dan masing-masing menghembuskan nafas terakhir bersama-sama, seperti tajuk keluaran nyer, “hidup dan mati mesti bersama“, kira begitulah hubungan derang adek beradik nih….

i know i know, mesti kelakarkan aku tulis camnih..? tapi kira aku respek ler kat penulis citer nih…cara yang baik nak endingkan watak yang hebat…iyer takleh ler matikan watak tuh camtuh jerk…:D