Untuk pengetahuan korang, aku nih suka betol bab komik-komik nih….start kumpul komik dari tahun 1994, first komik kumpul, Alam Perwira…pastuh diikuti ngan komik-komik dari pengeluar yang sama, komik lain pon kumpul gak cam Dragonball, Doraemon, Dragonquest dll…nak diikutkan dah baper kotak dah aku simpan kat rumah, penoh ngan komiks…:P tapi sekarang nih aku nak fokus bab satu komik nih, Pedang Setiawan…sebab itu jerk komik yang aku kumpul skarang nih, yang lain sumer dah abes, ader sambungan gak, tapi dah tak berminat nak baca pasal jalan citer dah lain….tapi pedang setiawan nih still tak abes-abes laie, dah masuk bilangan yang ke-409 dah…kira antara komik yang tertua ler dalam sejarah komik hong kong-malaysia nih…

nak di citerkan ler, satu watak yang penting dalam komik nih, iaitu Tanpa Nama (image atas) yang sesaper baca komik nih pasti tau, kira antara watak-watak yang terhebat ler…(kira handal kung fu ler nih…) sepanjang citer nih kira dier sentiasa hebat…lawan dengan mana-mana musuh, sampai hilang tangan sebelah, tapi tetap hebat, tapi dalam keluaran ke 409 nih (sebenarnyer dalam beberaper episod seblom nih, dier telah dicabar oleh abang angkat nyer iaitu Mu Ying Xiong, watak yang hebat gaks, untuk bertarung dengannya) merupakan kesudahan riwayat Tanpa Nama, dan juga abang angkat nya. Selepas habis bertarung, masing-masing telah kehabisan tenaga, dan terhumban jauh di tempat yang berasingan… dipendekkan citer , mereka telah berjumpa semula, dan masing-masing menghembuskan nafas terakhir bersama-sama, seperti tajuk keluaran nyer, “hidup dan mati mesti bersama“, kira begitulah hubungan derang adek beradik nih….

i know i know, mesti kelakarkan aku tulis camnih..? tapi kira aku respek ler kat penulis citer nih…cara yang baik nak endingkan watak yang hebat…iyer takleh ler matikan watak tuh camtuh jerk…:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p