• luahan…?

    Dah nak dekat 2 minggu semenjak pemergian ibu tercinta…masih ada secebis rasa tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan…dalam diri terasa semacam kosong sahaja…sekali sekala mengeluh termenung fikiran melayang entah ke mana-mana…

    Aku start menggantikan kerja arwah ibu sebagai penjaga akaun di syarikat bapak aku…(bagi yang tak tau laie, bengkel membaiki kereta). Mula-mula memang terasa susah, nak handle inventori, gaji pekerja, aliran tunai keluar masuk…tapi aku pikir mungkin akan menjadi kebiasaan, dalam 2-3 bulan kot…

    Hari nih pon surat dari UH sampai, kandungan nyer, bil rawatan semasa arwah ibu aku berada di hospital, sebanyak rm3,924.00. Abah aku biler dapat tau, aku dapat rasakan yang dier pon mengeluh gaks, mana naknyer, bisnes tak baper baik sejak akhir-akhir nih…nak bayar sewa ,gaji pekerja, bil sparepart…memacam laie ler…arwah mak laks tak memohon mana-mana insurans perubatan…tambah laks, kawasan tempat perniagaan yang agak tak berapa baik…maybe abah aku cadang nak pindah ke tempat lain, tatau ler biler….

    Dalam hati dan pemikiran aku sekarang nih, memacam yang aku pikirkan, tak terluah gak ler…dan gak tertulis dalam blog nih…

    kami sekeluarga (termasuk abang aku sorang, kami 3 beranak jerk, yang tinggal sekarang) tetap tabah, semoga Allah swt berikan ketabahan untuk menghadapi ujian Nya ini…

    Tak boleh selama-lamanya nak bersedih kan…? lepas nih aku gerenti yang entry akan datang akan kembali normal…

Leave a comment

:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p